Bab 53

55 2 0
                                        

Di lapangan terbang...

Suasana dalam lapangan terbang dipenuhi dengan bunyi langkah kasut dalam kalangan manusia yang berjalan keluar dan masuk dalam lapangan terbang. Dan juga suara pengumuman bergema sayup-sayup, memanggil setiap penumpang yang ada dalam lapangan terbang untuk menyatakan penerbangan mereka.

Ina salah satu penumpang yang akan berangkat untuk pulang ke Malaysia dalam beberapa minit lagi, berdiri di tengah dalam lapangan terbang dengan mata merenung ke atas papan tanda panduan lapangan terbang itu.

Dia perlahan menoleh ke belakang dan tersenyum apabila melihat kelibat empat figura manusia yang berdiri situ. Adzriel bersama neneknya dan juga Karl. Dan di samping Karl, seorang wanita tua ialah Madam Gabrielle, nenek kepada Aldo. Turut hadir juga di lapangan terbang untuk mengucap selamat tinggal kepada Ina.

Adzriel orang pertama, mengambil langkah berjalan untuk ke arah Ina dan dia berdiri dekat di hadapan Ina. Ina mendongak wajahnya sedikit untuk pandang wajah abangnya yang tinggi dalam 180cm itu.

Adzriel merenung wajah adiknya dengan bibirnya mengukir senyuman. Tangan diangkat dan mencempung pipi gebu Ina itu lalu diusap-usap dengan ibu jarinya dengan lembut.

"Jaga diri adik baik-baik ye dekat sana. Kalau dah sampai.... Telefon abang... Kirim salam dekat keluarga adik" Kata Adzriel.

Ina mengukir senyuman di bibirnya dan mengangguk kepalanya.

"Okey. Abang pun jaga diri baik-baik tau dan jaga nenek juga. Abang jangan lupakan adik, tau." Ujar Ina.

Adzriel tertawa kecil dan mengucup dahi Ina dengan lembut dan penuh kasih sayang terhadap adik bongsunya itu. Adzriel menarik bibirnya dari dahi Ina, pandang wajah adiknya.

"Abang tak akan pernah lupakan adik abang ni. Lagi-lagi muka comel macam ni, macam mana abang nak lupa" tangannya cubit manja pipi gebu milik Ina itu.

Ina tertawa suka apabila abangnya cubit manja di pipinya. Sedang dua beradik itu bermanja, kedengaran suara seseorang berdehem. Dua beradik itu menoleh ke belakang dan mereka lupa yang mereka buka berdua je.

"Amboi, bermanja pula si dua beradik. Dah lupa dah orang dekat belakang ni" Kata Karl. Eh potong line lah kau ni.

Adzriel menggulingkan matanya ke atas. Biarlah, adik aku.

Ina tertawa kecil dan berjalan, pergi ke arah ketiga orang manusia yang berdiri di situ. Ina berdiri di hadapan neneknya.

Ina menatap ketiga wajah yang berada di hadapannya, Neneknya, Madam Gabrielle Dan juga Karl. Tapi seorang lagi yang tertinggal. Iaitu Aldo.

Jejaka itu terus lenyap dalam senarai. Seperti dihilangkan di atas muka bumi ni. Dengan penuh harapan di dalam hatinya, dia pandang ke belakang. Berharap yang Aldo akan muncul di belakang sebelum dia pergi.

Tapi, tidak semua harapan yang kita inginkan itu akan jadi. Tiada langsung sosok Aldo yang muncul, sedang berjalan di belakang.

Sebuah tangan berkedut bergerak dengan perlahan, mencapai tangan Ina. Ina tersedar dari lamunan itu, dia menoleh pandang, melihat neneknya yang menggenggam tangannya.

Digenggam tangan cucu perempuannya dengan penuh lembut dan kasih sayang terhadap cucu perempuannya. Takde dah orang nak berpimpin tangan dengan dia nanti lepas ni

"Ina, jaga diri, Ina elok-elok tau. Dengar cakap mak ayah Ina. Sayang mereka selagi ada. sayang mereka macam mak ayah Ina, walaupun mereka sudah tiada" Pesan Adelina.

Ina mengukir senyuman dengan matanya sudah panas kerana air mata sudah bertakung dalam matanya itu. Tapi ditahan air mata itu dari mengalir di pipinya. Tak nak menangis time-time ni. Tak jadi nak balik kan.

Bidadari Mr.AldoCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang