"Kenapa hidup aku macam ni?...."-Ina
Hanya kerana dia mempunyai wajah seperti orang barat semua orang menjauh darinya. Itulah kehidupan seorang gadis yang bernama Siti Aminah sangat penuhi dengan cabaran dan ujian yang berat baginya.
Dibesarkan oleh...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Ina diam merenung pada tangan yang pegang sepucuk surat dengan tulisan seperti sebuah alamat rumah. Aldo yang memandu kereta itu mengerling pandang Ina di sebelahnya.
"Ina....."
Terhinjut bahu Ina mendengar suara garau milik Aldo. Ina berpaling dan mendongak pandang Aldo.
"Ya?"
"Are you okay? Ina" Tanya Aldo.
"Oh um.. saya okay, kenapa?"
"Because you seem quite that's why I asked"
Ina mengangguk kepalanya dan perlahan berpaling kepalanya menghadap tingkap di tepinya. Tangannya yang pegang sepucuk kertas di naik dan pandang kertas di tangannya itu.
Dia tidak tahu mahu rasa bahagia atau sedih selepas dia dapat tahu yang Imelda iaitu ibu kepada Sofia. Wanita yang dia pernah tolong 1 bulan yang lalu.
Memberi dia sebuah alamat di mana tempat tinggal ibu kandungnya. Dan Imelda memberitahu kepada dia di tempat tinggal itu agak jauh dari kawasan kota Rome. Mungkin di situ keluarganya berada.
Ina menatap surat itu dan memejam matanya. Air matanya keluar perlahan mengalir di pipinya. Dia rasa sangat gembira dan sedih kerana akhirnya dia akan berjumpa dengan keluarga kandungnya.
Aldo mengerling kepalanya sedikit pandang Ina. Terlihat air mata yang mengalir di pipi Ina. Membuat mata terbeliak.
"Ina.... Are you okay? Why you cry Ina?"
Ina membuka matanya dan menoleh ke tepi dengan air matanya masih mengalir di pipinya. Ina mengukir senyuman pada Aldo.
"Akhirnya, saya boleh berjumpa dengan keluarga saya, Aldo"
Ina mengeluarkan gambar dari begnya. Merenung wajah ibu bapanya dan juga abangnya. Di bawa gambar itu ke bibirnya dan mengucup lembut gambar itu dengan mata di pejam.
Air matanya mula mengalir dengan deras. Dia tidak dapat menahan air matanya. Dia berasa bersyukur kerana telah berjaya menemui maklumat tentang keluarganya.
Ina membuka matanya dan berpaling menoleh kepalanya pandang ke Aldo.
"Terima kasih, Aldo, sebab tolong saya selama ni"
Aldo mengukir senyuman nipis sambil pandang Ina.
"Sama-sama, Ina."
Ina menatap dirinya di cermin dengan tangannya sedang membaiki shawl putih yang sudah lilit di kepalanya. Tiba-tiba kedengaran bunyi hentakan yang sangat kuat dari luar biliknya. Ina berpaling pandang ke pintu dan bangun berlalu keluar dari biliknya.
Ina menuruni anak tangga dan berlalu berjalan ke lorong. Matanya melihat pintu bilik yang terbuka itu. Pintu bilik ialah bilik anak kepada Madam Gabrielle. Bilik yang dia pernah masuk tanpa minta izin. Dengan lantas kakinya berjalan pergi ke pintu itu.