Bab 52

37 1 0
                                        

Di hospital...

Matanya perlahan buka dan cahaya lampu yang begitu terang menusuk ke dalam matanya menyebabkan dia mengerang kesakitan dan menutup matanya semula.

Adzriel yang duduk di sebelah katil, lantas bangun apabila nampak yang Ina mula sedar itu.

"Adik..." Adzriel mendekatinya dengan menarik tubuhnya lebih dekat dengan Ina dan tangannya diangkat, letak di atas dahi Ina.

Mata Ina perlahan bergerak ke tepi, melihat abangnya berada di sebelahnya. Dia masih lemah lagi untuk mengeluarkan suaranya akibat kesan ubat yang disuntik oleh Haziq yang sangat kuat.

Adzriel senyum nipis dan  tangannya di atas dahi Ina, perlahan mengusap dahi bersih milik Ina dengan ibu jari secara lembut. Adzriel menatap wajah Ina dalam beberapa saat sebelum membuka mulut.

"Syukur Alhamdulillah... Adik dah sedar..." Ucap Adzriel dengan nada lembut sambil tersenyum nipis.

Ina perlahan cuba bangun namun, Adzriel menolak bahu Ina dengan lembut untuk membaringkan Ina semula di atas katil.

"Adik jangan bangun, badan adik masih lemah lagi" Kata Adzriel.

Ina hanya diam dengan dia perlahan baring di atas katil semula dengan bahu kecilnya ditolak oleh Adzriel. Matanya yang lemah itu pandang sekeliling ruang dalam bilik wad seperti mencari sosok seseorang.

Semasa dia pengsan di bangunan kosong itu, dia ada dengar suara Aldo sebelum Adzriel membawa dia pergi. Tapi sosok Aldo tidak kelihatan di dalam bilik wad.

TOK TOK TOK

Adzriel mengerling di bahunya, pandang pintu yang diketuk oleh seseorang dari luar bilik. Dia lantas bangun dan membaiki tudung Ina sedikit untuk memastikan tiada satu helai rambut terkeluar dari tudung Ina sebelum dia pergi ke pintu

Ina di atas katil itu hanya pandang abangnya berjalan pergi ke pintu dan dia perlahan menutup matanya.

Pintu dibuka oleh Adzriel dan kelihatan sosok Karl yang berdiri di hadapannya. Adzriel menyepikan diri ke tepi untuk beri laluan Karl masuk ke dalam.

Karl perlahan masuk ke dalam bilik wad sehingga matanya tertangkap sosok tubuh kecil Ina yang ditutup dengan kain selimut di atas katil dengan mata sudah terlelap. Adzriel menutup pintu bilik dan menoleh pandang rakannya sebelum berjalan pergi ke Karl.

"Jadi... Macam mana? Signore tak apa-apa, bukan?" Tanya Adzriel dengan nada risau terhadap majikannya.

Sebaik sahaja dia dengan Karl bawa Ina ke hospital, Adzriel menyuruh Karl pergi ke tempat itu untuk bantu dan melihat keadaan Aldo.

Karl perlahan menoleh pandang rakannya dan perlahan menggeleng kepalanya. Berkerut dahi Adzriel apabila melihat Karl menggeleng kepala.

"Semasa aku... Dekat sana.... Aku tak nampak Signore... Sama juga dengan Hugo... Diorang berdua takde kat sana tapi yang aku nampak... Ada kesan darah dekat atas lantai." Kata Karl.

Terkejut Adzriel mendengar itu. Darah? Jadi bermaksud yang Aldo telahpun tewas ke? Tapi mustahil lah Aldo boleh ditewaskan semudah itu kerana dia kenal sangat dengan Aldo ni.

"Kau pasti? Kau dah check seluruh kawasan dalam bangunan tu? Mesti.. ada jumpa kesan lain selain darah, kan?"

Karl menggeleng kepalanya.

"Takde. Aku dah cari semua kawasan dalam bangunan tu. Tiada langsung kesan Signore dengan Hugo. Macam diorang dah dibawa pergi." Ujar Karl.

Dah semua tempat dia pergi, mahu di luar atau dalam kawasan bangunan tu, tiada satu kesan pun menunjukkan keberadaan Aldo.

Bidadari Mr.AldoCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang