Sebuah kereta berhenti di depan bangunan yang kosong dan lama itu. Adzriel melangkah keluar dari kereta dan tanpa teragak-agak, dia berlari masuk ke dalam bangunan tersebut untuk mencari adiknya.
Dia masuk ke dalam dan berjalan di koridor yang sunyi itu dengan mata pandang sekeliling setiap ruang dalam bangunan itu. Apabila dia ada di depan suatu ruangan, dia ternampak Ina yang diikat di atas kerusi dan tidak sedarkan diri.
"Adik!"
Adzriel berlari ke arah Ina yang tidak sedarkan diri di atas kerusi. Adzriel menyentuh pipi Ina dan mendongak wajah Ina untuk dia lihat.
"Adik..." Adzriel panggil Ina sambil menepuk pipi Ina dengan lembut.
Dia meletakkan kedua jarinya pada leher Ina yang tertutup dengan kain tudung dan menekannya untuk merasakan nadi Ina. Adzriel dapat rasa nadi Ina sudah lemah. Mungkin kerana kesan ubat itu.
Adzriel melihat Ina tidak sedarkan diri itu, lantas pergi ke belakang Ina untuk membuka ikatan. Namun tanpa dia sedar seseorang sembunyi di sebalik dinding di belakangnya perlahan keluar dari dinding itu.
Haziq berjalan keluar dari dinding itu. Dengan pisau di tangannya. Dia perlahan berjalan pergi ke belakang Adzriel dengan pisau setia di dalam tangannya.
Haziq mengibas pisau ke arah Adzriel namun Adzriel dengan pantas sedar kehadiran Haziq dari belakang, menahan pisau dengan menggengam pisau itu dengan tangannya.
Telapak tangan Adzriel mula berdarah. Haziq menolak pisau itu ke arah Adzriel dengan kuat sehingga mata tajam pisau itu dekat dengan wajah Adzriel.
Adzriel menahan mata tajam pisau yang dekat dengan wajah dengan menggenggam pisau itu dan kemudian menendang Haziq di bahagian perut dengan kakinya.
Haziq terhumban ke belakang dan terjatuh di atas lantai akibat tendangan Adzriel tadi. Dia mendongak wajah dan perlahan bangun sambil menyentuh perutnya yang terasa sakit itu.
"Hugo.... Tolong lepaskan adik aku. Dia tiada kaitan dalam hal ni." Kata Adzriel.
Haziq mengeluarkan tawa kecil sambil tersenyum sengih ke arah Adzriel.
"Kenapa? Lagipun dia umpan untuk aku.... Bawa Aldo dalam kandang aku" Kata Haziq.
"Kalau dia... Boleh rampas orang yang aku sayang... Aku boleh rampas orang yang dia sayang juga!"
Haziq berlari dan mengibas pisau ke arah Adzriel. Namun Adzriel dengan cepat menendang tangan Haziq dan pisau tercampak keluar dari tangan Haziq.
Adzriel memukul Haziq di pipi lalu menendang Haziq dengan kuat sehingga Haziq kembali jatuh di atas lantai sambil mengerang kesakitan.
Adzriel melihat telapak tangannya yang sudah berdarah itu dan menoleh ke belakang, melihat Ina masih di atas kerusi yang tidak sedar.
Adzriel berjalan pergi ke arah Ina dan membuka ikatan di belakang Ina. Namun Haziq di belakang perlahan bangun dan mengambil pisau di atas lantai itu.
Dia pandang ke arah Adzriel yang sedang membuka ikatan Ina. Dengan kesempatan ini, dia pegang pisau dengan erat dan berlari, menyerang Adzriel dari belakang sambil mengimbas pisau tersebut.
BANG!
"Argh!" Haziq menjerit kesakitan apabila tangannya ditembak menyebabkan pisau itu terlepas sekali lagi.
Aldo berdiri di tengah pintu masuk dengan pistol di tangannya yang berasap selepas melepaskan tembakan kepada Haziq tadi.
Adzriel mendongak wajahnya dan terkejut melihat Aldo sudah ada di depan pintu masuk bersama Karl di belakang Aldo.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bidadari Mr.Aldo
Romance"Kenapa hidup aku macam ni?...."-Ina Hanya kerana dia mempunyai wajah seperti orang barat semua orang menjauh darinya. Itulah kehidupan seorang gadis yang bernama Siti Aminah sangat penuhi dengan cabaran dan ujian yang berat baginya. Dibesarkan oleh...
