Bab 55

47 2 0
                                        

Selepas sarapan pagi tadi, Ina masuk ke dalam bilik untuk bersiap sebelum keluar bersama abangnya dalam pukul 2 petang. Apabila sudah siap menunaikan solat fardhu zohor, dia mengambil kain tuala dan berjalan masuk ke dalam bilik air untuk mandi pada petang hari.

Dalam beberapa minit, Ina sudahpun siap dengan baju t-shirt putih berlengan panjang dan juga kain rok panjang warna coklat lembut. Dia berdiri di hadapan cermin meja sedang membaiki tudung shawl hitam yang dipakai.

Selepas puas dengan tudung shawl dia itu, Ina berjalan menuju ke pintu. Pintu bilik ditarik buka oleh dia kemudian berjalan keluar dari bilik sambil menarik pintu untuk menutup biliknya.

Setelah dia tutup pintu bilik, Ina berjalan di koridor menuju ke tangga untuk ke lantai bawah. Dia berjalan turun dari anak tangga satu per satu sehingga dia ternampak sosok kedua ibu dan ayahnya berada di ruang tamu.

Sebaik kakinya sudah menjejakkan di lantai tingkat bawah, dia berjalan masuk ke ruang tamu untuk duduk bersama dengan kedua ibu bapanya sementara menunggu abangnya yang masih dalam bilik yang tengah bersiap.

Fathi yang duduk di atas sofa bujang itu mengangkat wajahnya dari Al-Quran apabila menyedari sosok tubuh puterinya yang berjalan masuk ke dalam ruang tamu itu. Ina mengambil tempat duduk di sebelah Melur yang sedang menjahit kain itu.

"Adik, mana angah? Kata nak pergi ke Mall." Tanya Fathi.

Ina pandang ayahnya sambil melabuhkan punggung ke atas sofa sebelahan dengan Melur yang leka menjahit baju melayu Fayyad itu.

"Tengah bersiap lagi tu. Bersiap mengalah dengan perempuan" Kata Ina.

Fathi hanya gelak kecil sambil menggeleng kepalanya. Anak keduanya tu memang sejenis yang suka lambat bersiap. Entah apa yang lama sangatlah dia buatnya kalau nak dibandingkan Ina dengan Fayyad, Fayyad lah orang terakhir bersiap tau.

"Hmm angah kamu tu memang macam tu. Nasib masa kenduri Cik Fatimah kamu, dia bersiap awal." Kata Melur.

Ina tertawa kecil mendengar itu kerana kelucuan abangnya yang diceritakan oleh ibunya.

"Ibu tengah buat apa tu?" Tanya Ina.

"Ibu tengah jahit butang baju Melayu abang kamu ni. Lepas cuti ni, dekat sekolah dia ada persembahan. Tak tahu lah macam boleh tercabut butang baju dia." Kata Melur sambil menggeleng kepalanya.

Anak kedua memang macam ni eh? Ganas semacam sampai butang baju pun tercabut. Ada hari itu ketika Fayyad masih kecil lagi, punya ganas sangat sampai panjang pokok rambutan sebab nak makan rambutan punya pasal. Lambat betul orang yang pergi ambil galah tu.

"Hmmm ibu, Along bila nak balik? Adik rindu lah dekat Along" Kata Ina.

Sebenarnya dia jarang sekali berjumpa dengan abang sulungnya itu. Berjumpa bila hari minggu je. Dia tahu yang abang sulungnya sangat sibuk dengan urusan kerja tapi tak akan hari cuti pun masih kerja lagi.

"Entahlah ibu. Ibu adalah mesej dia, suruh datang ke sini tapi dia cakap dia sibuk dengan business dia sekarang." Kata Melur sambil menjahit baju Fayyad itu.

Ina mengangguk kepalanya dengan mulutnya berbentuk bulat.

"Kalau macam tu, adik pergi pejabat dia lah esok bawak sambal petai. Mesti dia suka, kan ibu?"

Melur pandang anak gadisnya yang duduk di sebelahnya itu sambil tersenyum.

"Mestilah dia suka, lagi-lagi adik yang datang melawat dia. Adik nak masak ke atau nak ibu yang masak sambal petai tu?" Tanya Melur.

Ina hanya terdiam sahaja sambil tersenyum. Melur tertawa kecil sambil menggeleng kepalanya. Sebenarnya dia sudah tahu jawapannya tapi sahaja tanya.

Muka dah macam mat Salleh semestinya tak suka dengan petai, apatah lagi nak bau petai tu. Bukan setakat petai je, Ina tak suka. Durian pun dia tak suka. Kalau keluarga dia makan durian dekat luar, Ina rela duduk di dalam kereta berseorangan, tak pun beli buah lain.

Bidadari Mr.AldoCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang