"Kenapa hidup aku macam ni?...."-Ina
Hanya kerana dia mempunyai wajah seperti orang barat semua orang menjauh darinya. Itulah kehidupan seorang gadis yang bernama Siti Aminah sangat penuhi dengan cabaran dan ujian yang berat baginya.
Dibesarkan oleh...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Sudah 3 minggu Ina berada di negara Itali dan 3 minggu itu juga dia masih tidak jumpa tentang apa-apa maklumat keberadaan keluarga kandungnya. Sudah ramai juga dia bertanya namun seorang pun tidak mengenali keluarga kandungnya.
Kini Ina bersama Aldo berada di kedai milik Alex. Ina mengeluh dengan kedua tangannya meletakkan di bawah dagu sambil pandang di luar tingkap yang keadaan hujan berderai di luar. Aldo yang duduk di atas kerusi hadapan Ina sedang menghirup kopi panas yang di hidangkan oleh Alex tadi.
Ina termenung melihat luar jendela. Dia sudah tidak tahu dah mahu mencari mana lagi keberadaan keluarga kandungnya. Tak akan lah dia nak balik terus ke Malaysia.
"Ina......." Panggil Aldo apabila selesai sahaja dia menghirup kopi panas itu.
Cawan kopi itu di letak atas meja. Kaki di naik silang ke atas kaki sebelahnya dan belakang badan di sandar di kerusi. Ina mengerling ekor matanya pandang Aldo. Mata hitam helang Aldo pandang pada tepat ke mata hazel Ina.
"Apa kata awak........ You know just give up?"
Ina mengangkat wajahnya dan berpaling badan menghadap Aldo.
"Kenapa?" Tanya Ina.
Sebenarnya hati rasa geram dengan Aldo. Tiba-tiba je suruh dia kena give up. I will not give up ok!.
Aldo diam. Tiada kata pun keluar dari mulutnya. Hanya mata merenung tajam melihat wajah Ina yang seperti tidak puas hati dengan kata-katanya sebentar tadi.
"Kenapa awak tanya? Ina, dah tiga minggu kita cari keluarga awak tapi nothing we get.We never could found your family"
"Tak, saya tak nak. Saya percaya yang saya akan bertemu dengan keluarga saya walaupun apa pun terjadi" Kata Ina tapi dengan nada tegas.
"Why you such stubborn..." Bisik Aldo
Ina mendengar itu terus tersentak. Dia degil? Degil?!. Ina tertawa kecil sambil tolak dinding pipi dengan lidahnya menahan rasa marahnya.
Alex berada di belakang kaunter pandang pada mereka berdua itu. Macam tengah tengok pasangan sedang bergaduh.
"kalau awak rasa tolong orang tu menyusahkan... Macam awak cakap hari tu... Lebih baik awak tak payah tolong saya. Terima kasih untuk hari ini."
Ina lantas bangun berdiri, mengambil begnya di atas meja dan berjalan keluar dari kedai. Aldo masih terkaku di tempatnya. Tidak tahu mengapa badannya tiba-tiba tidak boleh bergerak dan mulut pun susah mahu membuka.
Biasanya kalau orang melawan cakap dia atau berdegil macam tu, dah berlubang kepala orang tu atau pun pistol dalam poket kot sudah hampir keluar.
Tapi tak akan lah dia nak buat macam tu terhadap Ina. Dia tidak mahu Ina pergi meninggalkannya dan tahu siapa dia sebenarnya.