Di Malaysia...
Setelah 18 jam lebih di dalam pesawat, akhirnya Ina selamat tiba di Malaysia. Melihat dari jendela dalam kapal terbang, langit di Malaysia sudah gelap tapi diterangi oleh cahaya lampu indah di bangunan lapangan terbang dan juga lampu di atas jalan tempat kapal terbang mendarat.
Sebaiknya kapal terbang mendarat dengan selamat, semua penumpang yang naik pesawat tersebut turun dan berjalan menuju ke lapangan terbang.
Ina berjalan menuju ke pintu bersama bagasi di bawa sambil membetulkan tekaknya yang terasa lenguh yang duduk dalam pesawat selama 18 jam lebih. Penat tau.
Dia berjalan keluar dari pintu besar tersebut bersama penumpang yang lain. Suasana dalam lapangan terbang begitu sibuk dengan orang-orang walaupun sudahpun larut malam.
Apabila dia berjalan keluar itu, dia mata melilau pandang sekeliling lapangan terbang hingga dia ternampak sosok kedua orang yang dia paling iaitu kedua ibu bapa tercintanya berdiri di sana sedang menunggu kepulangannya.
Dengan senyuman terukir di bibirnya, dia berjalan pergi ke arah ibu bapanya. Ketika dia sudah dekat dengan kedudukan Fathi dan Melur, Melur dengan pantas menyambut dengan pelukan hangat. Ina memeluk tubuh ibunya dengan erat dan penuh rindu.
"Ya Allah, rindunya ibu dekat anak ibu" Ucap Melur sambil tangannya menggosok belakang Ina dengan lembut.
Dua wanita itu lepas pelukan mereka. Ina berpaling ke seorang lelaki tua yang digelar ayah. Dipeluk tubuh ayahnya dengan erat. Fathi turut memeluk anak gadisnya sambil mengucup dahi puterinya itu.
Ina tersenyum apabila menerima kucupan yang penuh hangat dari ayahnya. Pelukan mereka berdua dilonggarkan. Wajah tua Fathi direnung oleh Ina dengan senyuman tidak lekang dari bibirnya. Ya Allah rindunya terhadap kedua orang insan yang dia sayang.
"Ibu ayah sihat?" Tanya Ina tentang khabar kedua ibu bapa sambil menyalam tangan kedua orang tuanya.
"Alhamdulillah, ibu dengan ayah sihat je" Jawap Fathi.
"Mana Along dengan abang ngah?" Soal Ina apabila kelibat dua orang abangnya tidak terlihat.
Bagasi yang masih dipegang oleh Ina, dirampas dengan lembut oleh Fathi.
"Along datang sebab kerja. Angah pula, ada kelas tambahan untuk budak-budak dia." Jawap Melur untuk soalan Ina.
Ina menganggap kepalanya dengan perlahan. Lengan Ina dicempung lembut oleh Melur.
"Mari kita balik, mesti anak ibu penat kan?"
Ina mengangguk dengan senyuman di bibirnya yang tidak hilang langsung walaupun dirinya terasa sangat penat kerana duduk dalam kapal terbang 18 jam lebih dari Itali ke Malaysia.
Mereka bertiga mula berjalan pergi menuju ke pintu keluar seperti bentuk keluarga yang penuh bahagia.
Pada keesokan harinya...
Suasana di pagi hari begitu indah dengan langit yang cerah dan berwarna biru dengan bunyi burung berkicauan di atas pokok yang keluar dari sarang mereka untuk mencari rezeki.
Bunyi pinggan mangkuk bersama dengan bunyi air yang mengalir keluar datang dari dapur. Sosok tubuh Melur yang berdiri di hadapan sinki sedang mencuci pinggan di sinki. Dengan atas meja terdapat sarapan yang disiapkan oleh dia.
Bersama aroma kopi panas di dalam jag kaca yang terletak di atas meja. Fathi duduk di meja makan sedang membaca surat khabar dengan secawan kopi panas di atas meja depannya itu.
Bunyi langkah kaki berjalan masuk ke dalam dapur. Bunyi tapak kaki itu berhenti dan sepasang kaki yang mengena stokin hitam berdiri di depan pintu masuk.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bidadari Mr.Aldo
Romance"Kenapa hidup aku macam ni?...."-Ina Hanya kerana dia mempunyai wajah seperti orang barat semua orang menjauh darinya. Itulah kehidupan seorang gadis yang bernama Siti Aminah sangat penuhi dengan cabaran dan ujian yang berat baginya. Dibesarkan oleh...
