"Kenapa hidup aku macam ni?...."-Ina
Hanya kerana dia mempunyai wajah seperti orang barat semua orang menjauh darinya. Itulah kehidupan seorang gadis yang bernama Siti Aminah sangat penuhi dengan cabaran dan ujian yang berat baginya.
Dibesarkan oleh...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
POV Ina...
Ina berada di dalam dapur sedang menyiapkan sarapan di atas meja untuk pagi ini. Adelina berjalan masuk ke dalam dengan tongkat kayu untuk bantu dia berjalan.
Ina yang melihat neneknya berjalan masuk, lantas pergi ke arah neneknya.
"Nek... Kenapa nenek tak duduk dalam bilik? Kan Ina cakap, duduk je dekat bilik, nanti Ina bawa makanan dekat bilik nenek" Kata Ina sambil memimpin lengan neneknya untuk bantu berjalan.
Adelina hanya tertawa kecil dan perlahan melabuh duduk di atas kerusi.
"Biarlah nenek nak duduk dekat sini, tengok cucu nenek sediakan sarapan ni. Lagipun, kalau nenek banyak gerak, tambah sihat lah nenek" Kata Adelina.
"Hish, nenek ni, ada-ada je cakap macam tu. Nenek sepatutnya berehat tau. Dah beberapa tahun berkhidmat sebagai ibu dan isteri yang menjalankan tugasnya tanpa henti" Kata Ina sambil membawa secawan teh panas untuk neneknya tanpa gula.
Adelina tertawa dan mengambil cawan dari Ina sambil mengucap terima kasih kepada cucunya. Adelina menghirup teh itu dan letak di atas meja.
"Hmmm abang mana, nek? Tak sampai lagi ke? Penat tau, Ina masak untuk dia" Kata Ina.
"Entahlah abang kamu. Katanya dah on the way..."
Pintu rumah diketuk oleh seseorang dari luar rumah. Kedua wanita itu berpaling pandang ke arah pintu depan yang diketuk itu.
Ina perlahan berjalan ke arah pintu itu dan membuka. Ketika pintu dibuka, muncul kelibat Haziq yang berdiri di hadapannya. Nasib baik dia pakai tudung sarung. Kalau tak, freeshow lah untuk Haziq.
"Haziq? Awak buat apa dekat sini?" Tanya Ina.
Haziq senyum kepada dia.
"Saya ke sini sebab nak ajak awak keluar lah"
Ina berkerut dahi apabila Haziq mengajak dia keluar. Urusan apa yang Haziq nak ajak dia keluar? Kalau bukan ada urusan, dia tak nak keluar dengan Haziq.
"Ummmm sebab apa awak nak ajak saya keluar?"
Haziq hanya tersenyum sahaja sambil pandang Ina.
"Sebenarnya... Aldo, dia nak jumpa dengan awak" Kata Haziq.
Mendengar nama Aldo yang keluar dari mulut Haziq, dia terkedu dan jantungnya berhenti berdegup. Ada apa Aldo nak jumpa dengan dia? Misi dia dah selesai kan? Jadi tak perlu lah kot nak berjumpa bagai.
"Ina... Saya tahu yang awak marah dekat dia tapi... Dia betul-betul nak jumpa dengan awak sekarang"
Ina mendongak pandangan ke Haziq. Dia mengeluarkan keluhan.
"Kalau macam tu, baiklah. Awak masuklah dulu, saya nak bersiap" Kata Ina.