"Kenapa hidup aku macam ni?...."-Ina
Hanya kerana dia mempunyai wajah seperti orang barat semua orang menjauh darinya. Itulah kehidupan seorang gadis yang bernama Siti Aminah sangat penuhi dengan cabaran dan ujian yang berat baginya.
Dibesarkan oleh...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Ina berada di dapur sedang mengaul acuan tepung di dalam sebuah mangkuk besi selepas 3 hari dia tidak masuk kerja dan 3 hari dia tidak bercakap dengan ibu dan ayahnya bersama Aarav juga mengaul acuan tepung di depannya.
Dalam masa yang sama dia masih memikirkan tentang malam itu. Malam itu tidak akan dia lupakan di dalam kotak memorinya. Rasa kecewa masih ada tapi rasa sayangnya kepada keluarganya sekarang ada walaupun dia tahu bahawa dia hanya anak susuan sahaja. Bukan dia mahu marah tapi kecewa kerana dari kecil hingga ke besar mengetahui yang dia bukan anak kandung.
Walaupun dia tahu anak susuan dalam Islam telah menjadi mahram kepada ayah dan kedua abangnya, dia masih tidak percaya lagi yang dia bukan anak kandung kepada ibu dan ayahnya.
Pintu dapur di buka oleh Mei Lin dan menglankah masuk ke dalam dapur. Kepalanya menoleh pandang ke arah Ina dan Aarav sedang mengaul acuan tepung itu. Kaki di bawa pergi ke dua orang rakannya.
"Ina....." Panggil Mei Lin namun tiada sahutan dari Ina
"Ina......."
Aarav yang berada di situ pandang dua orang gadis itu dengan tangan tidak henti mengaul.
"Ina..!" Kini Mei Lin terpaksa untuk meninggikan suara tapi masih nada lembut sambil mengoyak bahu Ina.
Tersentak Ina apabila bahunya di goyang. Dan dia berpaling ke tepi dan melihat Mei Lin berdiri di sebelah dengan wajah yang risau. Begitu juga dengan Aarav. Di depannya sedang mengaul acuan tepung. Melihat Ina dengan risau.
"Ada apa Mei Lin?" Tanya Ina.
"Kak Layla nak jumpa awak"
Ina mengangguk dan berhenti mengamuk acuan tersebut. Ina berjalan ke sinki untuk membasuh tangannya yang kotor dengan acuan tadi. Kepala sinki di tutup. Tangannya yang basah itu di kibas agar air itu hilang dari tangannya.
Ina menanggal apron dari tubuhnya dan bergerak jalan keluar dari dapur. Mei Lin dan Aarav pandang kepergian Ina dan tinggal mereka berdua sahaja di dapur dengan sunyi sepi.
"Kenapa dengan Ina tu? Dari pagi tadi saya tengok muka dia muram je. Tak cakap langsung" Kata Aarav.
Mei Lin pandang Aarav dan mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Dari pagi hingga sekarang Ina langsung tidak buka mulut.
Tidak pernah sepanjang mereka bekerja dengan Ina, nampak Ina diam je sepanjang bekerja. Selalu Ina lah yang paling banyak cakap dan suka senyum. Tapi tidak tahu mengapa hari ini Ina menjadi diam dan tidak senyum.
"Mungkin abc kot" Kata Mei Lin.
Aarav mendengar itu membuat wajah keliru. Mei Lin yang sedar itu pandang ke Aarav dan berbisik.
"Masalah wanita......."
Aarav yang sudah faham itu mengangguk dengan mulut berbentuk o dan kembali mengacau acuan semula.