"Kenapa hidup aku macam ni?...."-Ina
Hanya kerana dia mempunyai wajah seperti orang barat semua orang menjauh darinya. Itulah kehidupan seorang gadis yang bernama Siti Aminah sangat penuhi dengan cabaran dan ujian yang berat baginya.
Dibesarkan oleh...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
TOK TOK TOK!
"Sayang! Sayang buka pintu ni!"
Jerit seorang lelaki dari luar pintu dengan luar yang hujan lebat. Seorang wanita dari dapur itu keluar apabila mendengar bunyi ketukan pintu.
Dia pelik kenapa tidak buka sahaja pintu dengan kunci rumah yang di bawa oleh lelaki itu. Tanpa memikir panjang dia lantas pergi ke pintu dan membuka pintu dengan kunci.
Pintu itu di buka luas dan seorang lelaki yang berbaju hujan berwarna biru kehitaman sambil memegang kotak yang bersaiz sederhana itu masuk ke dalam rumah dengan keadaan yang basah bersama kotak itu.
"Apa tu bang?" Tanya wanita itu.
"Tak tahu lah abang masa abang balik tadi kotak ni dah ada dekat depan pintu rumah kita" Jawap lelaki itu.
Lelaki itu meletakkan kotak itu di atas meja makan. Dan membuka hood dari kepalanya.
"Apa tu ibu ayah?"
Seorang lelaki yang lingkungan 12 tahun bersama seorang kanak-kanak lelaki 6 tahun itu turun dari tangga dan berjalan menghampiri ibu ayah mereka.
"Tak tahu lah ibu. Ayah kamu jumpa dekat depan rumah" Kata wanita itu.
Lelaki yang bernama Fathi itu merenung kotak yang sudah berada di atas meja. Tangan Fathi mula ingin membuka kotak itu namun dia terhenti apabila mendengar suara yang halus dari kotak itu.
Saat mereka berempat mendengar suara itu dari kotak suasana menjadi diam. Melur isteri kepada Fathi perlahan memusing kepala pandang Fathi dengan wajah terkejut. Fathi pun sama. Terkejut mendengar suara itu.
"Suara apa tu ibu ayah?" Soal anak kecil mereka dengan ketakutan
Tiba-tiba suara tangisan bayi di dalam kotak membuat mereka berempat terkejut. Dengan lantas Fathi membuka kotak dan melihat sosok bayi yang di bendung dengan kain berwarna hijau yang lipis.
"Astaghfirullah Al Azim!"
Terkejut Fathi melihat bayi yang baru lahir di dalam kotak itu tersebut. Turut dengan Melur yang lagi terkejut melihat bayi kecil itu badan kecil menggigil kerana kesejukan.
"Fir! Pergi ambil kain yang tebal dekat almari bilik ibu. Sekarang!"
Firdaus anak lelaki pertama mereka mengangguk dan bergegas pergi ke bilik ibu dan ayah atas arahan Hasanah tadi. Fathi mengangkat bayi itu tersebut dan saat bayi itu di angkat bayi itu terus diam.
"Nah ibu...."
Firdaus memberi kain yang di minta oleh ibunya tadi kepada ibunya. Melur mengambil kain itu dan membalut bayi itu dengan kain itu tersebut. Melur menatap wajah bayi yang malang itu dengan hati yang sedih. Melihat wajah bayi malang itu dia teringat anak perempuannya yang baru lahir sudah pergi buat selama-lamanya.