Di Watson...
Ina berjalan keluar dari kedai Watson bersama Fayyad di sebelahnya, dengan beg plastik hijau yang berisi barang yang dia beli tadi di tangannya. Dari keluar kedai, senyuman langsung tidak lepas dari bibirnya kerana gembira membeli barang-barang yang dia sudah lama nak.
Dan akhirnya dia dapat juga. Berterima kasih kepada Fayyad yang telah sanggup menghabiskan gaji bonus dia untuk Ina.
"Terima kasih, Angah sebab belanja ni semua. Adik nak tiga barang je tadi tapi tak sangka lah pula angah ambil barang lain. Pandai angah pilih, cantik pula tu" Kata Ina.
"Tengok lah siapa ni? Muhammad Fayyad bin Ahmad Fathi ni." Ujar Fayyad dengan bangga di sebelah Ina.
Ina hanya gelak kecil sahaja sambil menggeleng kepalanya melihat tingkah lucu abangnya itu.
Setelah itu mereka berdua bergerak jalan menuju ke pintu keluar untuk pulang ke rumah setelah 2 jam di mall. Keadaan seperti normal namun secara tiba-tiba Fayyad yang di sebelah Ina itu berhenti berjalan menyebabkan Ina turut berhenti.
"Kenapa angah?" Tanya Ina melihat abangnya secara tiba-tiba berhenti.
Pertanyaan dari Ina tidak dijawab hanya dijawab dengan dengusan halus Fayyad yang dalam kesakitan. Fayyad menyentuh perutnya yang terasa pedih dengan badan di bongkok.
"Aduh... Alah kenapa pula perut ni" Kata Fayyad sambil mendesis kesakitan.
"Kenapa ni angah?" Tanya Ina buat sekali lagi.
"Angah sakit perut lah. Aduh." Jawap Fayyad dengan dahi berkerut kerana menahan sakit dan pedih di perutnya.
Dia tak nak lah buang air besar di tandas pusat beli-belah tapi perutnya tidak belah pihak pada dia. Kalau nak tunggu sampai ke rumah, memang tak boleh lah kalau dah pedih macam ni.
"Aduh... Adik tunggu sini sekejap... Angah rasa dah sampai ke hujung dah ni" Kata Fayyad dengan wajah berkerut.
"Oh okay .. adik tunggu sini. Pergilah nantikan..." Tak sampai hati dia nak habiskan ayat itu.
Fayyad mengangguk kepalanya dan berlari pergi ke tandas. Nasib di tingkat bawah ada tandas. Tak payah dia nak berlari naik ke atas macam orang gila.
Ina yang ditinggalkan bersendirian di situ, hanya berdiri sambil pandang Fayyad yang berlari pergi. Ina berpaling ke depan dan bersandar badannya ke dinding, menunggu Fayyad menyelesaikan urusan di tandas.
Ina berdiri berseorangan dengan angin yang sejuk di dalam pusat beli-belah menyapa pada wajahnya sambil merenung di lantai pusat beli-belah warna putih yang bersih dan bersinar dengan suara kanak-kanak yang sedang gelak ada juga suara tangisan bayi dan juga langkah kaki orang yang lalu-lalang di situ.
Sedang dia merenung itu, secara tiba-tiba dia teringat sesuatu iaitu waktu dia berada di Itali selama 2 bulan lebih untuk mencari keluarga kandungnya di sana. Wajah-wajah abang kandungnya dan juga neneknya mula bermain di dalam kepalanya. Rindu pula rasa dengan mereka di sana. Lagi-lagi tentang khabar neneknya, sudah makan ke belum. Tidur lena ke tidak.
Dan ada satu nama yang terbisik di hati, Aldo. Lelaki yang tidak muncul sejak kejadian itu. Ina teringat waktu dia bersama dengan Aldo. Sebagaimana Aldo yang sudi membantunya untuk mencari keluarga kandungnya walaupun pelbagai banyak cabaran yang dihadapi oleh mereka berdua selama 1 bulan lebih tak dapat cari keluarga kandungnya dahulu.
Dan banyak complaint dari Aldo yang buat dia tidak boleh lupakan.
Walaupun dia tahu siapa diri Aldo yang sebenar kerana Haziq sudah bongkar identiti sebenar Aldo tapi dia tidak boleh menafikan yang bahawa Aldo ialah seorang penjenayah sedangkan selama 1 bulan lebih Aldo bantu dia ketika dia dalam keadaan kesukaran pada masa itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bidadari Mr.Aldo
Romans"Kenapa hidup aku macam ni?...."-Ina Hanya kerana dia mempunyai wajah seperti orang barat semua orang menjauh darinya. Itulah kehidupan seorang gadis yang bernama Siti Aminah sangat penuhi dengan cabaran dan ujian yang berat baginya. Dibesarkan oleh...
