Bab 58

78 2 0
                                        

3 tahun kemudian....

Suasana di dalam rumah begitu meriah dengan kehadiran tetamu, saudara-mara dan juga rakan-rakan yang hadir pada majlis kahwin yang berlangsung itu. Fayyad kelihatan segak dengan berbaju Melayu warna putih bersama songkok pada kepalanya dan berlengkap dengan samping duduk di atas pelamin bersama buah hatinya, iaitu isterinya bernama Nur Hidayah.

Alhamdulillah, setelah 3 tahun ini, Fayyad telah menamatkan zaman bujang dengan berkahwin dengan rakan sekolah dahulu. Dulu Fayyad suka sangat dengan Hidayah ini. Sampai Hidayah jadi benci dengan si Fayyad. Dan betullah orang tua-tua kata, benci lama-lama naik atas pelamin juga.

Fayyad pun tidak sangka yang dia boleh berkahwin dengan budak perempuan sekolahnya yang dia selalu usik. Iyalah, Fayyad ini boleh dikatakan budak nakal tau tapi tak senakal itu, nakal-nakal pun tak pernah ponteng sekolah atau hisap r#kok.

Nak dikatakan Fayyad ini berdisplin lah sedikit.

Jurugambar yang hadir pada majlis kahwin itu bertugas mengambil gambar-gambar pengantin baru, berdiri di hadapan untuk mengambil gambar pengantin bersama tetamu itu.

"Okey semua, senyum" Arah Jurugambar itu menyuruh tetamu dan pengantin baru untuk tersenyum dan bersedia sebelum dia mengambil gambar.

Fayyad bersama isterinya itu pandang ke arah kamera dengan senyuman diukir pada bibir mereka berdua

Melihat semuanya sudah bersedia, jurugambar itu menekan tombol kamera itu berkali-kali.

Klik klik klik

"Makcik yang baju purple, ke depan sedikit" Arah Jurugambar.

Makcik yang berbaju kurung warna ungu itu ke depan sedikit dan membaiki ke posisinya sambil pandang ke arah kamera dengan senyuman.

Klik klik klik

Kamera ditekan buat dua kali dengan mengeluarkan cahaya dari kamera itu.

Di tempat lain, Ina yang berbaju kurung berwarna nude dan bertudung shawl cream sedangkan sibuk di dalam dapur bersama dengan ibunya dan juga beberapa ahli keluarga lain juga.

Seorang wanita tua yang mengisi kuah gulai daging dalam bekas itu, menoleh pandang Ina yang duduk di atas lantai tengah sibuk memotong tembikai di papan pemotong.

"Ha, Ina...." Ina mendongak wajahnya dan pandang wanita tua itu. Wanita tua itu berjalan ke arah Ina dan menghulurkan bekas yang berisi penuh dengan kuah gulai daging itu.

"Tolong hantar kuah gulai ini, kejap? Biar mak teh yang potong tembikai tu"

"Oh, baik Mak teh" Ina perlahan bangun dari atas lantai dan mengambil bekas itu dari Mak Teh.

Ina berjalan menuju ke pintu dapur dengan kuah gulai daging dalam kedua tangan. Sampai di depan pintu, Ina berhenti dulu kerana ingin memakai selipar dahulu. Dia menyarungkan kedua kaki dengan selipar yang berada di bawah.

Setelah itu, dia berjalan, bergerak dengan membawa bekas itu, menuju ke arah kanopi dengan penuh berhati-hati agar kuah gulai dibawa dalam tangannya itu tidak tertumpah, jatuh ke bawah.

Apabila dia sudah di depan rumah, dia ternampak sosok adik sepupunya yang berbaju melayu navy blue sedang bersandar di pagar rumah.

"Imran..." Ina memanggil adik sepupunya yang duduk di tepi pagar rumah itu.

Remaja lelaki yang berusia 17 tahun, mendongak wajah dan berpaling ke belakang apabila mendengar seseorang memanggilnya. Dengan itu lekas pergi ke arah Ina.

"Ini, bawa kuah gulai ini dengan abang Firdaus." Arah Ina.

Imran mengangguk kepalanya tanpa berlengah, dia mengambil bekas itu dari Ina dan bawa pergi ke bawah kanopi itu. Ina berdiri di situ melihat Imran yang membawa kuah gulai ke bawah kanopi sebelum dia berjalan pergi menuju ke pintu belakang dapur semula untuk ambil makanan lain juga.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Aug 01 ⏰

Tambah cerita ini ke Pustaka anda untuk dapatkan notifikasi tentang bahagian baharu!

Bidadari Mr.AldoCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang