𝗕𝗮𝗯 4

224 22 0
                                    

KINI Ayunina sudah selamat 'mengukur tilam'. Huru-hara betul makan malam tadi. Inilah padahnya bila kawan sendiri tahu siapa crush kita. Dia diusik habis-habisan, tambah-tambah pula wujud spesies lalat seperti Jay. Ada sahaja modalnya hendak mengacau ketenteraman Ayunina.

Sewaktu Ayunina tiba di rumah, suasana terasa kosong dan sunyi. Zubir dan Asmah mungkin kini berada dalam penerbangan mereka ke Turki. Kadangkala Ayunina agak pelik kenapa kedua ibu dan abahnya tidak pernah mempersoalkan tentang jodoh. Like a normal parents. Tambah-tambah pula dengan umurnya kini, jangankan isteri orang, mak orang pun dia layak. Mungkin ibu dan abahnya ingat dia masih tertekan memikirkan kejadian lima tahun dulu. Mereka tak nak menambah keserabutan yang ada dan bakal memberi kesan kepada kesihatannya.

Telefon pintar milik Ayunina berdering. Telefon masih terletak di dalam beg tangan. Kelam-kabut Ayunina bangun daripada perbaringan dan menggeledah beg tangannya. Sudah serupa peti harta karun. Penuh dengan resit, alat solek, dompet, kunci rumah, kunci kedai, kunci kereta dan macam-macam lagi. Tinggal jodoh sahaja dia tak angkut sekali dalam beg tu. Orang kata normal untuk beg tangan perempuan begitu. Macam poket doraemon.

"Jumpa pun." Ayunina menghembus nafas lega. Nama Puteri tertera di skrin. Butang hijau ditolak untuk menjawab panggilan itu.

"Ayu, kau dah sampai rumah?" Puteri menyoal. Puteri ini seperti 'mak' sahaja bagi mereka berempat. Dia pasti menelefon setiap seorang daripada mereka untuk memastikan semuanya tiba di rumah dengan selamat.

"Dah, siap dengan pakej aku berangan lagi. Kau selamat sampai dah ke?"

Puteri tertawa kecil. "Sama, aku pun."

"Puteri... terima kasih."

"Untuk?"

"Berani tanya soalan high demand dekat Zayyan tadi. Tersuluh cerah sikit masa depan aku dengan Zayyan." Jelaslah sudah status Zayyan yang Ayunina fikir sebagai suami orang pada mulanya. Semuanya terjawab dengan soalan Puteri tadi. Namun, Ayunina masih tidak dapat berhenti memikirkan jawapan Zayyan tentang isterinya. Dia pendamkan sahaja persoalan di benak fikiran.

"Takda apa la. Anything for you. Nombor akaun aku pun tersedia kalau kau nak menghargai aku dengan cara lain."

Eleh Puteri ni. Rasuah ini semua.

"Pandai kau ya. Malas layan."

"Hahaha... okey la aku nak tidur dah. Kirim salah dekat Pak Cik Zubir dan Mak Cik Asmah ya." Sebagai pekerja Ayunina, mereka semua agak rapat dengan kedua orang tua Ayunina. Mereka semua sudah rapat seperti satu keluarga.

"Dia orang tak ada kat rumah. Pergi Turki dalam tiga minggu macam tu." Seraya itu Ayunina mengerling jam dinding di biliknya, sudah menganjak jam dua belas malam. Agak lewat juga dia balik ke rumah harini.

"Amboi, dating la tu. Lama juga. Kau okey kan? Kalau kau nak aku datang teman bagitahu tau." Kedengaran suara Puteri yang agak risau disebalik talian.

Disebabkan Ayunina sejenis manusia yang takutkan hujan yang lebat, guruh dan kilat, pernah suatu malam Ayunina menelefon Puteri sambil menangis-nangis minta diteman ketika dia berseorangan. Waktu itu, ibu dan abahnya bercuti juga di luar negara. Buat malu betul. Nasib baik rahsia itu Puteri simpan baik-baik. Kalau terlepas ke telinga Jay, mahu ke cicit dia nanti kena bahan. Bukan cucu ya, cicit terus. Ayunina tidak tahu kenapa, dia sangat takut dengan tiga benda itu.

"Aku okay. Terima kasih Puteri."

"Takda hal. kalau macam tu aku letak dulu ya. Bye." Seraya itu, Puteri menamatkan panggilan telefon.

Ayunina hanya merenung skrin telefon pintarnya sehingga akhirnya skrin itu berubah gelap. Sunyi. Perasaan itu kembali lagi. Ayunina kembali semua merenung sekeliling biliknya. Tiada apa-apa yang menarik perhatiannya, sehinggalah dia melihat kotak hadiah pemberian orang tuanya yang terletak di meja kecil bersebelahan katil.

Ayunina mencapai kotak itu. Pembalut hadiah dikoyak pantas. Kotak itu dibuka dan kelihatan sebuah telefon pintar berwarna hitam di dalam kotak itu. Kening Ayunina berkerut.

"Telefon lagi?" Ayunina kehairanan.

Rasanya Zubir dan Asmah sedia maklum yang anak dia orang ni baru sahaja beli telefon pintar baharu pada minggu lepas, iaitu telefon yang dia guna sekarang. Kenapa hadiah yang mereka bagi ni pun telefon bimbit? Bukannya dia tak bersyukur, cuma hairan.

Telefon bimbit itu dikeluarkan dari kotak itu. Jika dibandingkan saiz telefon baru itu dengan telefonnya amat jauh berbeza. Telefon miliknya jauh lebih besar, manakala telefon pemberian Zubir dan Asmah bersaiz kecil, saiznya seperti telefon Nokia 3310.

Ayunina membelek-belek lagi telefon itu untuk mencari jenama. Namun kosong. Telefon itu hanya telefon yang tidak berjenama berwarna unggu cerah. Kenapa pelik sangat telefon ni? Dia tak pernah tengok pun model telefon jenis ini.

Ayunina cuba untuk menekan butang power dengan harapan telefon itu akan menyala. Hampa. Mungkin kehabisan bateri? Tidak menunggu lama, Ayunina menggeledah semula kotak tadi. Terdapat wayar pengecas sahaja. Manual guide pun tiada.

"Jangan-jangan ibu dengan abah ni kena scam. Abah ni orang dah kata jangan percaya sangat benda bukan-bukan macam ni. Ataupun ibu dengan abah sengaja nak prank? Hmm... boleh jadi." Ayunina membebel sendirian.

Zubir dulu pernah ditipu dengan seorang penjual. Katanya dia menjual akuarium besar dengan harga RM50 sahaja. Dengan mudahnya Zubir membayar tanpa banyak soal. Yang sampai ialah akuarium kecil. Ikan gupi pun kena berhimpit kalau nak berenang. Percuma sahaja Ayunina membuka ceramah perdana, siasat dulu kesahihan sebelum bayar. Terangguk-angguk sahaja Zubir ketika itu. Baru anaknya, belum bahagian Asmah, isterinya lagi.

Wayar tadi berjaya dicucuk kepada tempat pengecas di telefon bimbit itu. Skrin masih tidak menyala. Mungkin memang programnya begitu. Mesti dicas penuh terlebih dahulu. Ayunina sudah menguap, matanya juga sudah layu. Dia meletakkan kembali telefon itu di meja kecil. Segala sampah sarap, pembalut hadiah tadi sudah dibuang ke dalam tong sampah kecil yang disediakan. Esok pagi dia akan meneliti telefon itu kembali.

Selimut ditarik ke parasbahu. Selang beberapa minit, bunyi dengkuran halus kedengaran. Ayunina sudahselamat mendarat di alam mimpi. TanpaAyunina sedar, skrin telefon itu mulai menyala. Namun hanya simbol infinitiyang terpapar di skrin. Tiada jenama, mahupun ayat yang tertulis. Hanya simbol. 

C | 𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚 Where stories live. Discover now