"KITA nak buat apa pula kat sana?" Ayunina hanya mengekori Zayyan dari tadi. Kata Zayyan mereka berdua perlu ke satu bilik di mana yang lain sedang menunggu mereka. Leon sudah memanggil ejen-ejen yang lain di sana. Ayunina perasan yang Zayyan sedang menyembunyikan senyumannya.
Zayyan memasukkan kod untuk bilik itu, selepas itu pintu itu terbuka secara automatik. Zayyan memandang muka Ayunina yang jelas tertanya-tanya.
"Awak masuk dulu." Zayyan memberi laluan kepada Ayunina yang berada di belakangnya untuk masuk dulu.
Ayunina melangkah perlahan, apabila melihat Zayyan yang mengangguk kecil sambil tersenyum, dia lebih yakin untuk masuk. Apabila dia masuk ke dalam, dia disajikan dengan wajah-wajah yang dikenali. Ada Asmah, Zubir dan ejen-ejen lain iaitu Puteri dan Zulaikha. Jay juga berada di situ.
"Abah! Ibu! Kenapa ibu dengan abah ada dekat sini? Bukan ibu dengan abah ada dekat Perak ke?" Ayunina terus menerpa ke arah orang tuanya. Tubuh Asmah dipeluk erat disusuli Zubir. Risau sungguh dia lepas rumah mereka dipecah masuk. Syukur dia apabila melihat orang tuanya dalam keadaan yang baik-baik.
Ayunina berpaling semula pada Zulaikha dan Puteri. Mereka bertiga berpelukan. "Kau orang okey ke? Aku minta maaf sebab tinggal kau orang berdua. Sejak bila pandai silat-silat ni? Aku je ke yang tak tahu apa-apa," Soal Ayunina sambil memeriksa wajah Zulaikha dan Puteri bersilih ganti, mujur mereka hanya cedera ringan. Hanya luka-luka kecil saja.
"Kitaorang okey je la. Kau tak payah risau la," kata Puteri.
"Nasib baik kau lari semalam, kalau tak memang kau nak kena sekeh dengan aku. Lain kali orang suruh lari tu, lari. Degil." Zulaikha mencubit perlahan pipi Ayunina.
Ayunina hanya mencebik. Mana la dia tahu semua orang pandai berlawan. Kalau dia tahu, dah lama dia lari dulu. Tapi dia pun risau dengan keselamatan pekerja-pekerjanya. Sebagai bos, logik la kan? Diaorang masih pekerja bakeri kan? Ke bukan? Dia masih ingat dengan jelas kejadian bakeri diserang semalam. Zulaikha, Jay dan Puteri menunjukkan kehebatan masing-masing. Puteri yang ayu ni pun mampu untuk buat orang bertopeng itu 'terbang'. Zulaikha? Wajah yang sentiasa dingin itu juga menjadi semakin dingin. Memang selepas ini Zulaikha adalah orang pertama yang dia elakkan untuk buat Zulaikha marah. Seram. Jay? oh Jay. Terus dia berpaling. Jay sedang bersandar pada dinding sambil berpeluk tubuh. Sejak tadi dia hanya memerhati 'jejak kasih' di situ.
Apabila Jay perasan yang Ayunina sedang tersenyum ke arahnya, dia menangkat simbol 'thumbs up' tanda dia okey. Sihat dan masih hidup di situ.
"Dah? Boleh aku terangkan sekarang apa yang terjadi?" Leon mula bersuara apabila melihat keadaan semakin tenang. Yang lain hanya diam, masing-masing sudah mengambil tempat mereka di situ.
"Ayunina, kamu tak pelik ke kenapa abah dengan ibu kami ni selalu sangat bercuti? Tahulah dah bersara, tapi kamu tak rasa ke keterlaluan sangat untuk mereka bercuti sampai berbulan-bulan lamanya. Tinggalkan kamu seorang diri," soal Leon pada Ayunina.
Ayunina mengangkat kedua-dua belah bahunya. "Semenjak saya sihat sepenuhnya, abah dengan ibu memang tak pernah lekat di rumah. Jadi, saya dah terbiasa dan tak ada apa-apa yang pelik. Abah dengan ibu ada sembunyikan apa-apa ke?" Ayunina berpaling Asmah dan Zubir yang duduk dihadapannya. Mereka hanya terpisah dengan meja besar yang terletak di tengah-tengah ruang itu.
Zubir menarik nafas panjang. Lama dia menyimpankan perkara ini. "Kalau kamu nak tahu, abah merupakan bekas ejen Mystique. Abah, Malik dan Selena bangunkan Mystique bersama-sama. Tapi bila kamu dengan Aazam ada, abah dapat rasakan yang tiba masanya untuk abah berhenti. Tapi abah tak sangka Aazam dan Ayunina masuk ke dalam Mystique. Malik pun satu, anak-anak aku juga dia tarik," Zubir menjeling rakan karibnya yang sedang berdiri dan memerhati di situ.
![](https://img.wattpad.com/cover/363883097-288-k910431.jpg)
YOU ARE READING
C | 𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚
عاطفيةLima tahun lalu Ayunina terlibat dengan sebuah kemalangan yang menyebabkan dia hilang ingatan. Ayunina memilih untuk tidak terlampau menekankan diri dengan cuba mengingati masa lampau. Bagi Ayunina, setiap kenangan pasti akan kembali semula pada wak...