AYUNINA dan Puteri sudah tiba di bakeri. Kunci bakeri dipegang oleh Jay. Jay risau jika Ayunina sampai ke bakeri seorang diri sebab tu Jay memegang kunci dahulu, supaya bila Ayunina tiba dia sudah berada di sana. Ayunina ni bukannya boleh percaya sangat. Tapi sekarang ni siapa yang bos? Dia satu-satunya bos yang ditindas, bukannya pekerja. Kena report pejabat buruh tak kalau situasi macam ni?
"Bukan selalu aku nampak Jay jadi pekerja contoh. Awal-awal dah mop lantai." Puteri tak dapat mengawal ketawanya apabila melihat Jay mop lantai siap berapron pagi-pagi lagi. Selalunya Jay memang anti dengan batang mop. Itu semua sebenarnya skop kerja Zulaikha.
Klik klik!
Ayunina melihat skrin telefonnya, berpuas hati dengan gambar yang ditangkap. Wajah Jay yang masih tidak bersedia dan merenung Puteri dengan riak tak berpuas hati ditangkap.
"Tengok sikit," kata Puteri. Tersengih-sengih wajahnya. Akhirnya Jay terkena kalini.
Ayunina menunjukkan skrin telefonnya kepada Puteri.
"Nanti aku print besar-besar lepastu tampal dekat depan kaunter."
"Bagus-bagus." Kedua-dua mereka kemudiannya tertawa besar. Jay hanya mencebik. Makin dia layan, makin diusik. Ha... baru faham perasaan mereka yang selalu diusik oleh Jay bila tuan badan sendiri dah kena.
"Zulaikha mana? Tak nampak pun." Ayunina mengintai di sebalik pintu dapur, namun bayang Zulaikha tidak kelihatan.
"Ada ni." Zulaikha muncul dari bilik persalinan. Wajahnya lebam dan luka-luka macam baru lepas bertumbuk. Ayunina dan Puteri terus menerpa ke arah Zulaikha.
"Kau accident ke? Kenapa ni?"
"Kau gaduh ke Zulaikha? Jay ambil peti kecemasan tu." Jay hanya menurut arahan Ayunina. Dia berlalu pergi ke dapur.
Bertubi-tubi soalan yang keluar daripada mulut Ayunina dan Puteri seperti bertih jagung. Zulaikha pun pening nak jawab mana satu. Makcik berdua ni kalau bergabung memang sakit kepala. Mother mode on.
"Aku tak gaduh la. Aku tolong orang kena ragut tadi. Tak tahu pula pencuri tu berhati besar nak bergaduh dengan aku. Aku pun apa lagi, pantang dicabar." Terangguk-angguk mereka dengan penjelasan panjang Zulaikha. Tidak dinafikan gadis pendiam seperti Zulaikha ini memang pantang dicabar. Sebab itu orang kata, orang pendiam ini jangan diusik selalu. Sekali dia melawan, memang kecut perut. Ayunina menyapu minyak perlahan-lahan ke tempat luka. Kadang-kadang Zulaikha berdecit perlahan apabila terasa sakit.
"Patutla Jay bermurah hati nak mop lantai pagi ni." Puteri memandang Jay sekilas. Jay hanya bersandar di meja berpeluk tubuh sambil menyilangkan kaki.
"Sibuk la kau." Jay menjelirkan lidah kepada Puteri. Puteri pula menjeling hebat. Macam anjing dengan kucing saja dua manusia ni.
"Tolong orang tu bagus, tapi jangan sampai sakitkan diri sendiri. Jangan susahkan diri sendiri semata-mata nak tengok orang lain okey. Put yourself on the first queue. Hati-hati lepas ni." Tiga pasang mata hanya melihat Ayunina. Mulut mereka mahu katakan sesuatu, namun mereka memilih untuk terus mendiamkan diri.
MEREKA semua duduk membentuk satu bulatan. Masing-masing diam dengan wajah yang beriak tegang dan gusar. Ayunina merenung wajah mereka satu-persatu. Wajah mereka sekarang tak ubah seperti kali pertama dia menerima kertas yang sama.
Aww. Comelnya anjing-anjing belaan you Ayunina. Semuanya protective sangat.-Z
Zayyan meronyok kertas itu dalam gengamannya. Jay pula meraup wajahnya. Kedua-duanya tegang. Ayunina pula hanya berdiri menekur lantai di antara Puteri dan Zulaikha. Dia mengangkat kepala dan melihat wajah mereka satu-persatu.
"Dia makin berani." Zayyan mula bersuara. Mereka yang lain hanya mengangguk tanda setuju.
"Mana awak jumpa kertas ni Ayunina?" Wajah Zayyan tanpa secalit senyuman agak menakutkan. Ayunina sedikit terasa. Kenapa semua orang macam marahkan dia sekarang?
"Ada delivery tadi. Dia hantar kotak dengan kertas atas tu. Kotak tu saya tak buka lagi, ada atas kaunter." Jarinya menunjukkan yang terletak di atas kaunter. Kotak kecil itu dibalut dengan pembalut hadiah berwarna ungu. Tanpa dipinta Jay terus ke kaunter dan mengambil kotak itu. Pembalut hadiah dikoyak rakus. Sekeping gambar dikeluarkan, Ayunina cuba mengintai untuk melihat sama, namun gagal.
Jay menunjukkan gambar itu kepada Zayyan. Riak wajah Zayyan sedikit terkejut. Kemudian dia meraup kasar mukanya. Ayunina semakin hairan. Zayyan lebih mengenali diri dia yang dulu. Mengapa Zayyan tahu begitu banyak tentang dia?
Zayyan memandang wajah Ayunina sekilas. Mata mereka bersambung. Agak lama sebelum Zayyan sendiri mengalihkan pandangan.
"Jaga dia. Aku ada benda nak kena buat." Mereka hanya mengangguk.
"Awak tak nak beli kek harini?" Ayunina bertanya tanpa memandang wajah Zayyan. Dia sudah siap-siap membungkus kek yang selalu dipesan Zayyan. Terlalu banyak perkara yang berlaku kebelakangan ini, dia hanya mahu melihat Zayyan senyum kepada dia. Cakaplah dia mengada, tapi itu hakikatnya. Senyuman Zayyan mampu memberi ketenangan kepada dia.
"Ayunina." Mendengar namanya disebut, Ayunina mengangkat kepala dan melihat wajah Zayyan di hadapannya.
Zayyan tersenyum manis. Senyuman yang kalau boleh Ayunina nak ambil dan buat bantal tidur. That smile feels familiar.
"Tolong hati-hati. Jangan terlampau percaya lagi." Zayyan berkata dengan harapan Ayunina faham. Gadis itu terlampau lembut berbanding versi lamanya. Jujur dia rindu. Dia berlalu pergi tanpa menjawab pertanyaan Ayunina.
Ayunina hanya memandang susuk tubuh Zayyan daripada belakang yang sudah berlalu keluar. Sungguh dia buntu. Dia masih tak faham dengan apa yang terjadi.
YOU ARE READING
C | 𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚
RomanceLima tahun lalu Ayunina terlibat dengan sebuah kemalangan yang menyebabkan dia hilang ingatan. Ayunina memilih untuk tidak terlampau menekankan diri dengan cuba mengingati masa lampau. Bagi Ayunina, setiap kenangan pasti akan kembali semula pada wak...