"KAU punca aku hilang Aazam. Kau punca..." Zulaikha merasakan air matanya tidak dapat ditahan lagi. Terhinjut-hinjut bahunya menghamburkan tangis.
"Kau fikir kau sorang yang kehilangan? Aku macam mana? Aku adik dia, Zulaikha. Abang yang paling aku sayang. Kalau kau rasa kau sakit, aku sepuluh kali ganda sakit. Kalau kau rasa ada sesuatu yang hilang, aku rasa separuh daripada aku yang pergi. Aku tak nafikan rasa yang kau ada Zulaikha, tapi tak selamanya kau boleh letakkan kesalahan tu atas bahu aku. Kalau aku tahu apa yang akan jadi, aku takkan pilih untuk ada dekat sini." Kerusi bertentangan di tarik dan Ayunina duduk mengadap Zulaikha.
"Aazam dah janji, dia nak kahwin dengan aku." Zulaikha berkata perlahan.
Dia masih ingat janji yang dikatakan Aazam. Sejak kali pertama dia berjumpa Aazam, dia sudah terpaut dengan sifat penyayang lelaki itu. Setelah setahun pengenalan, akhirnya Aazam dapat mengehtahui tentang rahsia hatinya dan dia diterima baik. Cuma, disebabkan keadaan Mystique tidak berapa baik, mereka terpaksa merahsiakan hubungan mereka kerana takut akan ada yang mengambil kesempatan.
"Apa maksud kau kahwin?" Riak muka Ayunina jelas terkejut. "Kau... kau perempuan, maksud aku teman wanita abang?" Ayunina menyoal dengan rasa tidak percaya.
Zulaikha hanya tersenyum hambar sambil menganggu. Adik Aazam sendiri tidak mengehtahui tentang hubungan mereka. "Aku dan Aazam dah lama bercinta. Selama ni sengaja kami rahsiakan. Aku nampak Aazam pergi depan mata aku, jadi aku tak boleh tahan diri aku dan terus salahkan kau."
Ayunina terus bangun dan menghampiri Zulaikha.
"Aku tak tahu, aku betul-betul tak tahu. Aku minta maaf." Zulaikha ditarik erat ke dalam pelukan. Dia teringat perbualan dia dengan Aazam dulu.
"Abang buat apa tu?" Tanpa meminta izin, Ayunina terus melangkah masuk ke bilik abangnya. Aazam dan Zayyan yang berada di situ terkejut melihat wajah Ayunina yang penuh tanda tanya.
Ayunina memandang sekeliling. Kertas pembalut hadiah yang telah digunting, reben-reben serta kertas-kertas warna bertaburan di lantai. Bilik abangnya seperti dilanda taufan. Ayunina menyepetkan matanya. Pasti ada yang mereka berdua sembunyikan. Bila Aazam dan Zayyan bersembunyi, percayalah, ada saja 'kerja' yang mereka sedang buat berdua dan 'kerja' itu sengaja dirahsiakan.
"Abang... Ayu tanya ni, abang buat apa tu?" Ayunina semakin hampir, muka Aazam kelihatan semakin cemas. Zayyan di sebelah juga seperti cacing kepanasan.
"Ma-mana ada apa-apa." Aazam ketawa janggal. Habislah kalau rahsianya dikehtahui oleh Ayunina. Pasti belum apa-apa Ayunina akan maklumkan kepada Asmah dan Zubir. Ibu dan abahnya memang tak sabar-sabar nak tengok dia kahwin. Makin sakit kepalanya nanti.
"Awak, awak buat apa dengan abang?" Ayunina menyoal Zayyan yang gelisah. Berpeluh-peluh dahi lelaki itu walaupun suhu bilik ini tidaklah panas mana.
"Mana ada apa-apa, sayang. Saya cuma datang nak tanya khabar Aazam je. Kan abang awak ni lama tak balik." Zayyan berharap Ayunina akan percaya dengan bohongnya. Kasihan pula dia apabila Aazam meminta tolongnya untuk sama-sama membuat hadiah untuk dihadiahkan pada teman wanita Aazam, Zulaikha. Dengan syarat, ini semua rahsia.
"Betul tu, jangan nak curiga sangat la. Abang pinjam Zayyan kejap pun nak cemburu ke?" Aazam sengaja mengalihkan perhatian Ayunina kepadanya. Zayyan bukan boleh menipu banyak sangat, semakin tak logik jawapan yang keluar nanti.
"Abang..." Ayunina sudah memanggil dengan nada meleret.
"Sayang, saya rasa saya lapar la. Jom makan ayam percik. Jom." Tanpa menunggu persetujuan Ayunina, Zayyan terus memaut lengan Ayunina dan membawa isterinya keluar. Sempat dia berpaling kepada Aazam dan membuat simbol 'thumbs up'.
YOU ARE READING
C | 𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚
RomanceLima tahun lalu Ayunina terlibat dengan sebuah kemalangan yang menyebabkan dia hilang ingatan. Ayunina memilih untuk tidak terlampau menekankan diri dengan cuba mengingati masa lampau. Bagi Ayunina, setiap kenangan pasti akan kembali semula pada wak...