𝗕𝗮𝗯 47

156 7 0
                                    

AYUNINA turun ke dapur untuk mengambil segelas air. Lalu saja di ruang tamu, dia melihat Aazam yang sedang duduk seorang diri. Pagi-pagi begini, mesti Asmah dan Zubir ke pasar. Bayang-bayang Zulaikha dan Zayyan pula tak kelihatan. Hari-hari minggu macam ni takkan kerja jugak?

Ayunina melangkah perlahan ke arah Aazam. Rasa bersalah semalam mula menjalar perlahan. Betul juga apa yang Zayyan kata semalam. Macam mana sekarang? Damage is done right? Penampilan Aazam sekarang berbeza dengan Jay. Tiada lagi berwarna terang dan pelbagai warna seperti pelangi. Tiada juga rambut panjang separas bahu, sekarang rambut itu dipotong pendek dan kemas. Aazam kelihatan lebih kemas dan kacak sekarang. Ayunina dapat melihat dengan jelas rambut Aazam yang sudah berselang-seli dengan warna putih. Jika dia sudah 35 tahun, usia Aazam pula pasti sudah menjangkau 40 tahun kerana jarak usia mereka hanya lima tahun.

"Abang buat apa tu?" tegur Ayunina sambil mengambil tempat di sebelah Aazam.

Dia lihat Aazam sejak tadi ralit melihat telefon bimbitnya. Gaya dah macam abah-abah. Zulaikha dengan Aazam masih tak ada anak ke? Usia abangnya itu dah lebih daripada layak untuk menjadi seoarang bapa.

"Tengok ni ha, macam best kan?" Aazam menunjukkan skrin telefon pintarnya. Gambar taman tema yang terletak lebih kurang sejam dari tempat mereka.

Ayunina melentokkan kepalanya di bahu Aazam. Aazam hanya tersenyum senang.

"Abang ajak la Kak Zu. Bukan selalu," kata Ayunina.

"Kak Zu tu gayat. Itu tak nak naik, ini takut jatuh. Lagipun abang dah tua untuk benda-benda macam ni. Tak apalah, tengok je pun dah seronok," kata Aazam perlahan.

Sebenarnya dia mahu ajak Ayunina, tapi tak tahu jika Ayunina mahu pergi bersama. Mereka dua beradik memang gemarkan aktiviti-aktiviti begini. Dulu, ketika dia di universiti dan Ayunina masih sekolah, pasti mereka akan pergi ke taman tema. Hampir setiap bulan. Balik rumah saja, dia mesti kena marah dengan Zubir sebab mengajar Ayunina dengan aktiviti-aktiviti lasak macam tu.

"Jom, nak pergi dengan Ayu tak? Ayu pun dah lama tak pergi tempat-tempat macam ni," ajak Ayu. Dia tak tahu dulu dia seronok ke tak bermain permainan macam ni, tapi mengapa tidak kan? Ini sebagai salah satu cara untuk merapatkan semula hubungan dia dan abangnya yang sudah lama renggang.

"Boleh, tapi Ayu kena tanya Zayyan dulu," beritahu Aazam.

Ayunina sudah membuat riak tak berpuas hati. Dia duduk tegak dan membetulkan kedudukannya. "Kenapa pulak Ayu kena tanya Zayyan?" soal Ayunina.

"Sebab kamu tu isteri orang. Kalau Zayyan tak bagi macam mana? Ataupun Zayyan nak ikut ke, kena la bawa sekali. Ada faham?" Aazam mencubit lembut pipi Ayunina.

"Zayyan tak nak ikut. Dah janji dengan abah nak pergi kedai ikan. Nak beli ikan baru gantikan 'Leon'. Kau bawa la Ayu keluar ambik udara segar sikit. Kerja Si Ayu ni asyik berkurung je dalam rumah," kata Zayyan yang baru tiba di ruang tamu itu. Sempat dia mendengar perbualan dua beradik itu yang melibatkan namanya.

"Betul ni?"

"Betul. Pergilah," Jawab Zayyan yakin


DENGAN mata yang penuh dengan rasa kagum, Ayunina melangkah masuk ke pintu pagar yang tersergam indah menuju ke taman tema. Suasana riuh rendah tertanam di udara, gelak tawa kanak-kanak yang riuh, lampu berkilauan bermandikan warna, dan aroma manis gula-gula kapas menggoda deria baunya.

Di kejauhan, sebuah roller coaster yang menjulang tinggi dengan kereta api berwarna-warni melalui pada kelajuan tinggi, mengeluarkan jeritan riang daripada pengunjung yang menikmati sensasi yang menakjubkan. Di sebelah kanan, tarikan air menunjukkan jet air yang tinggi dan riak yang menyeronokkan, menarik perhatian orang ramai yang berkerumun di sekelilingnya. Mata Ayunina sudah bersinar-sinar, tiba-tiba keterujaan menguasai diri.

C | 𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚 Where stories live. Discover now