𝐁𝐚𝐛 28

170 10 0
                                    

"AKU tak setuju! Kau tahu tak betapa teruk kesan kalau Hooper ni jatuh dekat tangan yang salah?" Leon menyoal garang. Dia memandang Ayunina yang hanya tenang memandang dia sambil berpeluk tubuh. Langsung tak terusik dengan suara yang meninggi.

Akhirnya setelah berbulan-bulan Hooper dirahsiakan, Ayunina akhirnya membuka pekung rahsianya tentang Hooper kepada Mystique. Sangkanya mereka akan terbuka tentang itu, namun nampaknya sangkaannya meleset sama sekali.

"Kau sendiri kata yang Hooper ni masih tak stabil. Macam mana kau yakin dengan keselamatan orang yang akan gunakan alat ni?"

"Aku dah kata, Hooper belum siap sepenuhnya. Aku dah jumpa cara nak lengkapkan Hooper supaya selamat. Just one last work and it's done!" Ayunina cuba memujuk lagi. Dia melihat Leon masih beriak negatif. Seperti tiada harapan untuk dia dan Hooper.

Suasana di dalam bilik mesyuarat itu dirasakan cukup tegang. Tiada sesiapa yang bersetuju dengan kewujudan Hooper, hanya Zayyan yang kekal berada di sisi. Lelaki itu juga sebenarnya belum cukup yakin dengan cipataan Hooper.

Ayunina menyambung lagi,"Kau takut apa, Leon? Z dah mati. Kau sendiri yang bagi hukuman dekat dia? Dia mati depan mata kita semua." Sudah hampir menginjak dua tahun apabila Mystique menghukum Z. Lelaki tu dah tak wujud, dia dah mati.

Leon hanya diam. Berapa banyak dia respon untuk menidakkan persetujuannya dalam idea Ayunina kali ini, Ayunina tetap berdegil. Dia tahu salah dia dalam sengaja untuk mengurangkan tugas Ayunina dan dia lebih fokus kepada Zayyan. Dia cuma tak mahu emosi Ayunina terus terganggu. Namun dia tak sangka, yang 'masa lapang' itu diisi dengan ciptaan terbaru.

"Ayunina, banyak senjata lain kau boleh cipta, tapi bukan ini. Betul cakap Leon, banyak buruk daripada baiknya bila Hooper ni wujud." Puteri menyuarakan pendapatnya. Dia turut bersetuju dengan Leon. Bukannya dia memandang rendah dengan ciptaan Ayunina, tapi kali ini ciptaannya sangat berbeza. Lebih banyak kesan buruk yang bakal muncul.

Leon mengangguk mendengar pendapat Puteri. "Takkan ada kata dan keputusan lain, aku memang tak akan benarkan Hooper digunakan." Leon sudah memberi kata putus. Bukan dia tidak mahu untuk memberi peluang, dia yakin bakat dan kepakaran Ayunina tiada kurangnya. Tapi dia tahu, penggunaan Hooper sangat merbahaya.

"Kau orang semua memang tak percayakan aku kan? Sejak kejadian MystiCom, tiada sesiapa yang percayakan ciptaan aku. Letaklah sejuta bukti pun yang kata MystiCom disabotaj, semua orang tetap kata apa yang jadi semuanya tetap salah aku." Ayunina menggengam kuat tangannya. Zayyan yang perasan akan perubahan emosi Ayunina terus mengusap lembut lengan sang isteri supaya segera bertenang.

"Kau salah faham Ayunina. Tiada sesiapa yang memilih kasih dekat sini. Kita semua cuma risaukan impak negatif kepada Mystique dan kepada kau sendiri. Kau mungkin akan terdedah dalam bahaya sebagai orang yang bina Hooper itu sendiri." Selena yang sejak tadi hanya berdiam diri dan memerhati keadaan akhirnya bersuara.

"Impak negatif?" Ayunina ketawa dengan penuh sinis sebelum menyambung, "Bukan kau ke yang paling menentang MystiCom dulu?

"Kau nak bunuh siapa lagi Ayunina? Kesan macam mana lagi yang kau nak supaya kau boleh buka mata kau? Kau memang takkan puas kan. Biar semua musnah dan hancur baru kau bahagia." Zulaikha bersuara sambil melangkah maju ke hadapan Ayunina.

"Jadi kau nak tuduh kejadian dulu puncanya aku?" Ayunina memandang tepat ke arah Zulaikha. Mereka saling beradu pandangan. Cukup sinis dan tajam.

"Kalau aku cakap ya, kau nak kata apa? Memang sebab kau pun Aazam tak ada."

C | 𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚 Where stories live. Discover now