AYUNINA sedang ralit menyiram pokok bunga. Kemudian melihat sebuah sampul surat berwarna putih yang terletak di lantai berdekatan pagar rumah. Surat itu diambil dan dia meneliti kulit luar sampul putih itu. Tiada nama pengirim mahupun penerima. Hatinya sudah berubah rentak. Dengan rakus, sampul itu dikoyak dan isinya dikeluarkan.
Gambar dia dan Zayyan yang sedang berpegangan di pasar malam berada dalam sampul itu bersama dengan satu kertas kecil. Ayunina sudah berasa tidak senang. Baru kelmarin gambar itu diambil. Tulisan pada kertas kecil itu pula dibaca.
'Kau ingat kau dah boleh hidup senang? Aku nak Hooper. Bagi, atau mati. – Z'
"Dia hidup lagi ke?" Ayunina berkata sendirian. pertanyaan tanpa jawapan mula berputar di benaknya.
"Siapa yang hidup lagi?"
Ayunina tersentak apabila ditegur Zayyan. Dengan pantas dia memasukkan surat tadi di dalam poket. Dia tak mahu Zayyan tahu tentang itu. Dia berpaling dan memberikan senyuman manis untuk menutup kegusarannya tadi dan berharap Zayyan tidak perasan apa-apa.
"Bila awak bangun?"
"Saya dah lama bangun, awak yang tak perasan. Daripada tadi termenung tengok pagar je. Jom masuk, ibu dah masak cucur udang."
"Okey, saya buang sampah ni dulu, nanti saya masuk."
"Jangan lambat..."
Zayyan sudah hilang disebalik pintu. Ayunina menghembus nafas lega bila Zayyan tidak mengesyaki apa-apa. Dia perlukan lalukan sesuatu dengan segera sebelum benda yang lebih buruk terjadi. Tanpa berfikir panjang, Ayunina mendail satu nombor.
"Zulaikha, kau free tak nanti?"
ZULAIKHA dan Puteri melihat surat-surat dan gambar-gambar yang diletakkan di atas meja. Semuanya surat berbaur ugutan bersama gambar dengan Ayunina dan Zayyan sebagai fokus utama. Zulaikha dan Puteri saling berpandangan.
"Kau nak cakap ini bukan kali pertama kau dapat benda ni?" Puteri menyoal. Dia juga turut terkejut dengan berita yang diberitahu Zulaikha. Matanya tidak lekang daripada membaca isi kandungan surat-surat itu.
"Sejak sebulan lepas. Mula-mula dia hantar dekat kondo kami, disebabkan aku risau jadi apa-apa, aku ajak Zayyan tinggal dekat rumah ibu abah aku. Aku cakap yang aku rindu. Zayyan percaya, dia langsung tak syak apa-apa. Tapi sekarang, keadaan masih tak berubah." Seminggu selepas dia meninggalkan Mystique, dia mula menerima surat berbaur ugutan.
"Zayyan tahu pasal benda ni?" Zulaikha melihat Ayunina yang kelihatan serba salah dihadapannya. Perempuan itu datang seorang, tidak mungkin Zayyan akan lepaskan Ayunina keluar sendirian selepas apa yang terjadi jika Zayyan tahu tentang ni.
Ayunina hanya menggeleng. Zayyan cukup bahagia semenjak mereka meninggalkan Mystique. Dia tak nak Zayyan susah hati lagi dengan benda-benda remeh macam ni.
"Apa pun jadi, kau kena bagitahu Zayyan dulu. Dia suami kau, sepatutnya dia yang tahu dulu. Kalau apa-apa jadi dekat kau, ataupun dekat dia sendiri macam mana? Dia akan rasa tersisih."
Ayunina hanya menunduk merenung jari-jarinya. Ada benar juga apa yang dikatakan oleh Zulaikha. Sudah sebulan lamanya benda ni terjadi, dia pun tak sepatutnya simpan perkara macam ni sendiri. Sekarang macam mana dia nak bagitahu Zayyan. Agak-agak Zayyan marah tak.
"Betul tu, selagi ada masa, kau kena terus terang dengan Zayyan. Buat masa sekarang, bukti-bukti ni kami akan bawa balik ke Mystique untuk siasat, aku dah maklumkan dekat Selena dan Leon. Jangan risau, akan ada orang yang kawal keselamatan kau dengan Zayyan dari jauh." Puteri menyambung lagi.
YOU ARE READING
C | 𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚
RomanceLima tahun lalu Ayunina terlibat dengan sebuah kemalangan yang menyebabkan dia hilang ingatan. Ayunina memilih untuk tidak terlampau menekankan diri dengan cuba mengingati masa lampau. Bagi Ayunina, setiap kenangan pasti akan kembali semula pada wak...