𝐁𝐚𝐛 18

160 17 9
                                    

BEBERAPA orang bertopeng masuk ke dalam kedai bakeri. Suasana yang tenang terus bertukar kecoh. Bertempiaran beberapa orang pelanggan keluar dari kedai itu untuk menyelamatkan diri.

"Apa kau nak? Duit? Semua aku bagi. Jangan apa-apakan aku." Ayunina mengangkat kedua-dua belah tangannya. Sudahlah yang datang semuanya bersenjata, kalau kena tembak naya saja. Peluh mula merenek di dahi. Jantungnya pula berdetak laju.

"Ikut kami." Salah seorang daripada mereka bersuara.

"Kenapa pula aku kena ikut kau. Kau siapa?" Ayunina mula memberontak. Baru saja tadi dia menawarkan wang ringgit. Ini rompakan ke penculikan?

Salah seorang daripada mereka mula mara. Ayunina pula berundur setapak. Mahu saja dia berjerit sekuat hati untuk memanggil Jay, Puteri dan Zulaikha di belakang, namun memikirkan senjata di tangan mereka yang mampu mengambil nyawanya dalam beberapa saat dia masih kekal bertenang. Fikir Ayunina fikir.

"Ini arahan Z."

Mata Ayunina membulat. Sebaris ayat itu terus mengkucar-kacirkan fikirannya yang dia cuba tenangkan.

"Siapa Z? Apa yang dia tak puas hati sangat dengan aku?!" Tangannya dikepal. Skala sabarnya hampir memuncak. Dia sudah cukup puas untuk berlari dalam kebingungan daripada manusia bernama Z ini. Siapa dia yang sebenarnya?

"Kalau kau nak tahu kau kena la ikut kami. Pekak ke? Zam tarik perempuan ni cepat!"

Lelaki yang bernama Zam itu mara ke depan. Ayunina sudah tiada ruang untuk mengundur apabila belakang badannya sudah berlanggar dengan dinding. Ayunina semakin cemas. Kiri dan kanannya di kepung, tiada ruang untuk dia meloloskan diri. Zam baru saja mahu mencapai pergelangan tangan Ayunina tapi belum sempat dia gapai, ada satu tangan lain menahan. Dapat dilihat keningnya yang berkerut akibat sakit tangannya dicengkam kuat.

"Tak minta izin pun nak culik bos kami?" Jay tersenyum sinis. Tangannya mencengkam kuat lengan Zam seolah-olah mahu mematahkan tangan yang cuba menyetuh Ayunina tadi.

Prap!

Bunyi tangan yang patah dikepak Jay disulami dengan jeritan Zam. Belum yang lain berbuat apa-apa, Zulaikha dan Puteri muncul. Beberapa lelaki yang mengepung ruang itu tadi sudah tumbang. Menendang segala senjata yang dipegang mereka. Suasana bertukar kecoh.

"Tangkap mereka!" Salah seorang daripada lelaki bertopeng itu menjerit.

"Ayunina lari!"

Ayunina sudah cemas melihat suasana kecoh. Apa patut dia buat? Tak akan lah dia nak tinggal mereka bertiga yang berlawan dengan penyangak tak guna tu macam tu je. Melihat mata Jay yang berapi memandangnya, Ayunina faham sendiri. Terasa lengannya ditarik. Ayunina mula meronta-ronta untuk melepaskan diri, namun rontaannya terhenti apabila lelaki itu memalingkan wajahnya.

"Zayyan!"

"We got to go Ayunina. Cepat!" Zayyan terus memegang tangan Ayunina erat dan pantas mencari ruang untuk mereka keluar dari situ.

Mereka berdua berpegangan tangan berlari menuju ke pintu keluar.

"Wow, pasangan merpati sejoli kita." Sudah ada yang menunggu di situ.

Zayyan menarik Ayunina ke belakangnya. Ayunina pula memegang baju Zayyan seperti tak mahu lepas. Zayyan hanya melihat kosong muka lelaki itu manakala Ayunina mengigil ketakutan.

"Bagi dia, kau selamat. Bukan susah pun permintaan aku," Kata lelaki itu dengan senyuman selamba. Liat sangat nak jatuh ke tangan mereka. Perlahan-lahan dia mara ke arah pasangan itu bersama senjata di tangan.

"Langkah mayat aku dulu." Zayyan bertukar begis. Dia pernah lepaskan wanita itu sekali namun tidak kali ini. Itu tekadnya.

Satu pisau yang terbang entah dari mana mendarat elok di dada lelaki bertopeng itu. Ayunina dan Zayyan serentak berpaling. Zulaikha berdiri tegak tak jauh dari belakang mereka.

C | 𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚 Where stories live. Discover now