LEON merenung skrin komputernya, cuba mencari petunjuk. Wajah Zayyad terpampang pada skrin itu. Wajah itu tidak jauh beza daripada Zayyan, hanya tahi lalat kecil di hujung mata kiri yang membezakan mereka. Di tangannya pula terdapat kertas-kertas yang mengandungi sejarah hidup Zayyan dan Zayyad. Mengapa dia tidak peka tentang itu sebelum ini? Zayyad berjaya meloloskan diri sekali lagi. Tapi kalini, dia yakin yang Zayyad takkan bertahan lama. Zayyad cedera parah ketika Mystique menyelamatkan Ayunina dan Zayyan.
Dia mendengar pintu dibuka dari luar. Tidak ramai yang mempunyai akses kepada biliknya. Beberapa ejen saja. Dia pun sememangnya sedang menunggu Puteri setelah dia meminta Puteri mencari satu maklumat untuknya.
"So, Puteri, apa yang kau – ," ayatnya tergantung apabila melihat figura itu dihadapannya. Apabila dia yakin itu bukan Puteri, dia terus pantas berdiri. "Macam mana kau boleh ada dekat sini?"
Lelaki itu hanya mendiamkan diri. Dia meletakkan pendrive di atas meja. Leon mengambil pendrive itu dan memandang lelaki itu kembali. Rupa-rupanya benar yang dikatakan Zayyad, bukan lelaki itu yang mengambil Hooper. Tapi mengapa Hooper jatuh ke tangan lelaki ini pula?
"Macam mana Hooper boleh ada dengan kau? Mind to explain everything?"
"Ada musuh dalam selimut, dalam Mystique sendiri. Aku tak tahu nak percayakan siapa dan aku takut nak percayakan sesiapa. Pastikan kau jangan cuai lagi, Leon. Berhati-hati dalam membuat keputusan. Benda yang jadi, biarkan ia jadi sekali dan pastikan situasi macam ni tak berulang lagi," Suara lelaki itu penuh dengan amaran.
LEON melangkah masuk ke bilik mesyuarat itu. Dia melihat Zulaikha, Puteri, Selena dan Zayyan yang sedia menanti.
"Zayyan, macam mana keadaan Ayunina?" Leon bertanya kepada Zayyan. Zayyan sejak tadi memanggung kepalanya kini memandang ke arah Leon. Matanya kosong. Sekosong-kosongnya. Hidupnya sekelip mata bertukar gelap. Jika dulu dia kuat kerana dia tahu Ayunina sentiasa ada di sisi, tapi sekarang tidak lagi. Dia hilang orang yang paling penting dalam hidupnya.
"Doktor dah sahkan Ayunina hilang ingatan. Doktor masih cuba kesan puncanya, tapi mungkin kepala Ayunina terhentak teruk di batu atau pokok waktu jatuh. She's bleeding for three days after that fall, alone. She was alone, Leon," ujar Zayyan lemah. Suara Zayyan semakin tenggelam. Air matanya mengalir lagi. Sejak tadi dia cuba menahan diri, untuk menjadi lebih kuat. Namun dia gagal.
Semua mata memandang simpati ke arah Zayyan. Mereka turut berduka mendengar khabar itu. Suasana ruang itu bertukar sunyi sebelum Leon bersuara kembali.
"Zulaikha, Puteri kamu ada jumpa Ayunina?"
"Ada, tapi dia masih tak ingat kami siapa. Berbanding situasi Zayyan, dia lebih bertenang ketika berjumpa dengan kami. Buat masa sekarang dia hanya percayakan Encik Zubir dan Puan Asmah sepenuhnya. Selebihnya, dia tak ingat apa-apa, termasuk diri dia sendiri. Dia juga tak banyak cakap, hanya diam dan banyak termenung. Kami dah letakkan kawalan di luar hospital, dan di wad Ayunina sendiri. Buat masa sekarang, keselamatan dia terjamin," Zulaikha menjawab pertanyaan Leon, sekaligus merangkumi jawapan yang akan diberikan oleh Puteri.
"El, macam mana? Kau dapat kesan Zayyad?" Leon bertanya pada Selena pula. Semua mata kini tertumpu pada Selena.
"Kita dah manipulasi bekalan senjata dan berjaya selitkan beberapa MystiCom ke dalam Shadow, kumpulan bawah Zayyad. Tapi, semuanya seperti dapat dihidu oleh mereka. Kali terakhir aku dapat mengesan Zayyad, dia berada di satu apartment tinggal. Aku ada hantar beberapa ejen untuk pergi ke sana, tapi negatif. Zayyad berjaya meloloskan diri dan yang tinggal hanya alat pengesan. Aku yakin, Zayyad masih hidup. Keadaan makin terdesak sebab kita kekurangan petunjuk. Aku tak dapat jejak lokasi dia yang terkini," jawab Selena dengan tenang. Raut wajah Selena kelihatan penat. Sudah beberapa malam dia tidak cukup rehat untuk menjejaki Zayyad. Sungguh licik lelaki itu meloloskan diri. Dia cuba sedaya-upaya namun semuanya masih samar-samar.
"Kenapa dia buat macam tu dekat aku dan Ayu? Aku ingat dia dah mati. Aku dah cuba, dah cuba cari dia. Dah lama aku cari dia. Mana mungkin aku akan diam kalau aku tahu dia masih hidup," Zayyan mempersoalkan dirinya sendiri. Jika dia tak mengalah untuk mencari Zayyad, pasti adiknya tidak berdendam begitu.
"Aku tahu kau jejak adik kau selama ni, Zayyan," Leon memandang wajah Zayyan.
"Sepatutnya aku kena terus cari kan?" Zayyan meraup kasar wajahnya. Serabut dengan apa yang jadi. Dia juga sepatutnya jujur kepada Ayunina dan keluarganya. Selama ni mereka ingatkan dia hanya sebatang kara. Tapi dia lupa, Zayyad wujud.
"Technically, it's not your fault. Kau dah cari dia selama mana kau hidup, Zayyan. Dia sendiri yang matikan diri sendiri. Di rumah anak yatim, Zayyad telah diambil oleh seorang lelaki bernama Yusof. Yusof merupakan ketua Shadow sebelum ini. Disebabkan isteri dia mandul, dia memilih untuk ambil anak angkat. Keadaan normal, seperti biasa. Sehingga, Yusof mahukan pengganti untuk Shadow. Zayyad akan dibelasah teruk jika dia tak mencapai ekspetasi Yusof. Keadaan mendesak, kesihatan Yusof sendiri makin merosot. Bila umur Zayyad 18 tahun, dia tak tahan lagi dan..."
"Dia bunuh Yusof. Sebab itulah Zayyad yang berkuasa sekarang. Shadow used to be trusted, but not anymore. Shadow pernah menjadi rakan kongsi Mystique, tapi dah lama kita putuskan hubungan tu. Shadow dan Mystique berbeza, dan masing-masing membawa misi yang berbeza. Sebab itulah aku pelik kenapa Shadow menyerang kita, aku ingatkan ada kumpulan lain dengan nama yang sama. Rupa-rupanya kepala yang dah bertukar." Puteri menyambung ayat Leon. Dia tersenyum sinis, sungguh dia tak percaya dengan maklumat yang dia sendiri jumpa. Beberapa hari risikan menemukan rahsia besar itu.
"Habis kenapa aku jumpa bukti yang dia dah mati?" Zayyan menyoal lagi. Itu punca utama kenapa dia berhenti mencari Zayyad.
"Dokumen yang kau jumpa, semua tu palsu. Aku dah periksa semuanya. Aku tak tahu apa motif yang kau ditipu. But all of the documents that you found, it's a solid lie." Selena pula memberitahu hasil darinya. Semua dokumen telah Zayyan serahkan padanya. Dan semua itu hanya dokumen yang dibuat-buat.
"Macam mana sekarang?" Zayyan menyoal lemah.
"Buat masa sekarang, kita kena cuba sedarkan Ayunina. Dengan keadaan sekarang, kita tidak boleh terlalu aggresif. Kita hanya mampu buat dia sedar secara perlahan-lahan. Naturally. Hanya Ayunina yang tahu tentang Hooper. Aku yakin, Ayunina ada jalan lain. Tapi keadaan sekarang sangat tak mengizinkan. Ayunina bukan Ayunina lagi. Aku tahu yang semua faham apa yang aku cuba nak sampaikan sekarang." Leon memandang satu-persatu wajah mereka semua.
"Zayyan, kalau kau sanggup aku akan teruskan dengan rancangan kita." Leon menyambung lagi. Dia memandang Zayyan meminta penjelasan kerana apa yang mereka bakal teruskan, Zayyan yang paling sakit. Bersediakah lelaki itu?
"Jika ini jalan terakhir, demi Ayunina aku sanggup. Kalini, giliran aku untuk melindungi dia pula. She's done enough." Zayyan tekad, tiada sesiapa yang akan menyakiti Ayunina lagi. Biarlah dia yang menjadi benteng itu.
ZAYYAN mengucup lembut dahi licin itu. Rambut Ayunina yang menutupi muka diselitkan di belakang telinga perlahan-lahan. Tidak mahu Ayunina sedar daripada tidur. Jika Ayunina terjaga sekarang, pasti Zayyan akan ditolak jauh. Zayyan tersenyum menatap wajah polos yang sedang lena dibuai mimpi.
"Saya tak dapat nak tengok awak macam ni lepas ni. Jaga diri okey? Saya sentiasa ada walaupun saya jauh. Saya tak mampu nak berdiri di sebelah awak. Untuk kali ni, kali terakhir Ayu, saya minta awak untuk kuat. Untuk kita. Ingatlah semua secepat yang awak boleh, tapi jangan paksa diri. Saya akan sabar untuk tunggu hari dimana awak berada dalam dakapan saya sekali lagi. Hari di mana hanya ada saya, awak dan bahagia yang kita tunggu. Saya sayang awak sangat-sangat, Ayunina. I'll wait for you and I love you," bisik Zayyan perlahan pada cuping telinga Ayunina. Zayyan mengelus lembut pipi itu. Dia menatap Ayunina sepuas-puasnya.
Zubir dan Asmah hanya memerhati. Asmah menyeka air matanya yang mengalir sejak tadi. Rancangan Zayyan dan Mystique sudah diberitahu pada Asmah dan Zubir. Puas mereka memujuk Zayyan, namun Zayyan berkata inilah jalan terbaik untuk mereka.
"Ibu, Abah, Zayyan minta tolong tengokkan Ayu. Doakan kami." Zayyan menyalami kedua-dua orang mertuanya itu. Mereka bertiga berpelukan.
"Kamu jangan risau, abah akan jaga dia. Abah akan serahkan balik Ayunina kepada kamu bila tiba masanya. Kamu tak akan hilang dia."
"Terima kasih abah," Zayyan berkata perlahan sambil tersenyum. Ya, dia tak akan hilang Ayunina lagi selepas ini.
YOU ARE READING
C | 𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚
RomanceLima tahun lalu Ayunina terlibat dengan sebuah kemalangan yang menyebabkan dia hilang ingatan. Ayunina memilih untuk tidak terlampau menekankan diri dengan cuba mengingati masa lampau. Bagi Ayunina, setiap kenangan pasti akan kembali semula pada wak...