𝗕𝗮𝗯 8

180 17 4
                                    

AYUNINA hanya membuntuti Nad memasuki sebuah restoran. Restoran itu terletak di sebuah bangunan kecil. Pelanggan juga tidak berapa ramai membuatkan suasana agak santai. Nad memesan menu yang dimahukan. Apabila ditanya, Ayunina serahkan sahaja menunya untuk dipilih oleh Nad. Agak banyak juga makanan yang dipesan Nad.

"Kenapa kau pesan banyak sangat makanan ni Nad? Kita berdua je nak makan." Kalau ikutkan Nad, satu menu dia nak pesan. Mahu tersandar mereka berdua nanti. Keluar sahaja nanti, dua-dua kembung perut.

"Boyfriend aku dengan kawan-kawan dia nak datang kejap lagi," Jawab Nad ringkas.

Ayunina hanya mengangguk. Nad ada teman lelaki? Tengok lagaknya yang bersahaja membuatkan dia tak sangka gadis itu boleh ada teman lelaki. Selalunya mereka yang mempunyai teman lelaki pasti menjadikan itu sebagai topik perbualan. Bergayut di telefon untuk mesej sepanjang masa. Tapi Nadhirah tak macam tu pun. Apabila teringatkan Zayyan pula, benarkah dia menolak lelaki itu dulu?

Setelah memesan makanan mereka berdua hanya diam. Nadhirah ralit bersama telefonnya manakala Ayunina hanya menongkat dagu. Dia terasa bosan. Matanya meliar melihat sekeliling restoran itu. Konsep restoran itu sama seperti bakerinya. Hampir setiap design dalam restoran ini menepati cita rasanya. Macam mana dia terdetik untuk buka sebuah bakeri dulu ya? Kalau dilihat apa yang dia belajar sekarang, sangat jauh berbeza dengan pekerjaannya di masa depan.

"Sayang." Satu suara yang muncul telah menarik perhatian Nad dan Ayunina. Wajah Nadhirah berubah manis, menyambut kedatangan lelaki yang memanggilnya tadi.

Lelaki itu menarik bangku di sebelah Nad. Empat lelaki lain turut menarik bangku dan duduk. Terkebil-kebil Ayunina melihat raut wajah salah satu lelaki yang kini mengambil tempat di hadapannya.

"Zayyan." Tanpa sedar nama itu meniti di bibir. Zayyan yang mendengar namanya di panggil sudah memandang ke arah Ayunina. Tanpa sebarang riak, dia hanya mengangkat kedua-dua keningnya sebagai respon 'hai'.

"Ayunina... lama tak nampak kau. Patutla beria-ria Nad suruh aku bawa kawan-kawan aku harini." Terangkat-angkat kening lelaki itu dengan senyuman mengusik.

'Siapa pulak ni?' desis hatinya. Ayunina sudah gelabah. Semuanya dia tak kenal tapi mereka semua kenal dia. Melihat respon Ayunina yang masih terpinga-pinga, lelaki itu bersuara lagi.

"Kau gaduh dengan Nad ke? Sayang buat apa dekat Cik Ayu kita? Nampak pasif je dia harini." Lelaki itu memandang pula teman wanita di sebelah yang ralit melihat telefon. Rakan teman wanitanya selalu saja berceloteh. Sama naik dengan Nadhirah, tapi harini sangat senyap.

"Don't ask me, she's weird since this morning.Ayu kau tak kenal Aiman ke? Boyfriend aku?" Belum sempat Ayunina menjawab soalan Nad, pelayan itu meletakkan makanan yang dipesan tadi. Fuh, selamat dia daripada nak menjawab.

Tiba-tiba seorang pelayan meletakkan sepotong kek strawberi di hadapan Ayunina? Berkerut dahi gadis itu. Siapa yang pesan? Dia tahu Nad juga tidak memesan kek tadi.

"Maaf, saya tak order kek ni." Ayunina menolak kembali kek itu kepada pelayan.

"Tapi Zayyan yang order untuk kau." salah seorang kawan kepada Aiman bersuara. Selepas mendengar respon Aiman, pelayan itu meminta izin untuk berlalu pergi.

Mata Ayunina beralih kepada Zayyan pula. Namun lelaki itu hanya membuat tidak tahu. Matanya langsung tidak memandang Ayunina sebaliknya dia sibuk menulis sesuatu dalam sebuah buku nota.

"She's indeed weird." Hakimi salah satu rakan Aiman juga memberi pendapatnya.

"Saya masih tak faham." Ayunina mula rimas. Dia tak faham apa yang berlaku dan seorang pun tak memberi jawapan yang dia inginkan. Termasuk Zayyan.

C | 𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚 Where stories live. Discover now