𝐁𝐚𝐛 30

151 6 0
                                    

LEON melihat wajah Zayyan dan Ayunina berselang-seli. Dia sudah lama menganggak hari ini pasti akan tiba, namun tidak pula dia sangka akan secepat ini. Baru saja sebentar tadi Zayyan dan Ayunina meletakkan surat perletakan jawatan di atas mejanya.

"Kamu berdua pasti dengan keputusan ni?" Leon sedang duduk bersandar pada kerusinya sambil berpeluk tubuh. Zayyan dan Ayunina pula duduk di hadapannya sambil berpegangan tangan.

"Kami yakin. Maafkan kami Leon. Untuk apa yang terjadi selama ni, kami rasa kami perlu tinggalkan Mystique," jawab Zayyan bagi pihak dia dan Ayunina. Zayyan perasan yang Ayunina langsung tidak bersuara sejak tadi. Dia hanya turutkan saja semua yang dikatakan Zayyan.

"Ayunina, kau masih berdendam dengan Mystique? Ataupun kau nak berhenti sebab aku tak benarkan Hooper beroperasi?" Leon memandang tepat kepada Ayunina. Sengaja dia mahu menguji.

Ayunina tersentak apabila namanya disebut. Sejak daripada tadi dia hanya mengelamun. Langsung tidak mengambil perhatian dengan apa yang terjadi. Ada benda yang dia fikirkan sekarang. Zayyan berbisik pada Ayunina.

"Leon tanya, awak dendam lagi dengan Mystique, ataupun awak nak berhenti sebab Hooper?"

Ayunina mengangguk faham. "Apa yang terjadi pada Aazam, aku langsung tak dendam. Awal-awal kau dah bagi amaran pada kami, Leon, bekerja di bawah Mystique akan ada kesannya termasuk nyawa kami sendiri. Aku dah lama ikhlas dengan apa yang terjadi, untuk berdendam ataupun menyalahkan Mystique, dan kau semata-mata sangatlah tidak adil."

Ayunina menarik nafas sebelum menyambung lagi, "Untuk Hooper, setelah ambil masa dan bertenang, aku faham kenapa semua orang tak setuju. Ada benda, kita patut biarkan atas garis takdir, untuk mengubah apa yang dah terjadi dan bakal terjadi, akan ada banyak kesan yang kita mungkin tak akan dapat bayangkan.

Dengan rela hati, aku akan tamatkan Hooper. Aku berhenti daripada Mystique bukan atas sebab-sebab yang kau kata tadi, tapi aku cuma nak hidup aku. Cukuplah pengalaman yang ada dan aku berterima kasih pada Mystique untuk itu. Mungkin inilah penamat untuk aku, Zayyan dan Mystique."

Zayyan tersenyum bangga. Ayunina sudah kembali seperti pertama kali mereka jumpa dulu. Wanita yang sentiasa rasional dalam berbicara, matang dalam berfikir dan tenang dalam mengambil keputusan.

Leon menganguk, puas hati dengan jawapan yang diberikan. "Ingat, walaupun kamu berdua dah tinggalkan Mystique, kamu berdua masih tertakluk dengan undang-undang di sini. Apa yang terjadi dalam Mystique akan kekal di sini. Faham kan apa yang saya cuba sampaikan?"

"Kami faham." Mereka berdua membalas serentak.

Ayunina meletakkan sebuah pendrive berwarna hitam di atas meja.

"Dalam pendrive ni ada semua kerja yang menciptakan Hooper, mana tahu, suatu hari nanti Mystique akan perlukan benda ni. Aku amanahkan ini pada kau Leon."

"Terima kasih Ayunina dan Zayyan. Semoga kamu berdua berjaya di luar sana. Mystique akan sentiasa mengingati kamu berdua."


"AWAK betul tak nak saya teman?" Zayyan menyoal sekali lagi untuk kepastian.

"Awak risaukan saya ke atau awak risaukan saya ganyang Zulaikha sekali lagi? Baik awak cakap betul-betul." Ayunina menyoal sambil mengangkat sebelah keningnya. Sudah lebih daripada 10 kali Zayyan bertanya soalan yang sama.

"Saya sentiasa risaukan awak, tapi kali ni saya lebih risaukan yang nombor dua tu." Zayyan ketawa kecil.

Mata Ayunina sudah disepetkan, lengan Zayyan dipukul perlahan. "Awak ni..."

"Ye la, saya bergurau je. Dah pergi masuk. Semua orang dah lama tunggu awak."

Ayunina menarik nafas dalam dan menghembus nafas perlahan. Dia berpaling sekali lagi melihat Zayyan di sebelah. Zayyan di sebelah hanya tersenyum sambil mengangguk. Meniupkan sedikit semangat buat isterinya. Ayunina memulas tombol pintu dan melangkah masuk.

Di dalam bilik itu, Zulaikha, Puteri dan Selena sudah lama menanti sejak dari tadi. Leon sudah memaklumkan kepada mereka yang Zayyan dan Ayunina bakal meninggalkan Mystique. Sebaik saja Ayunina masuk, Puteri terus menerpa. Ayunina di tarik ke dalam pelukan.

"Kau memang nak pergi ke Ayunina? Kau terasa dengan kami?" Puteri sungguh rasa bersalah. Kasihan Ayunina, dah banyak benda yang dia lalui, bukan saja kehilangan Aazam tapi kebanyakan ahli Mystique banyak mencemuhnya.

"Tak ada la, lama aku fikir, dan aku rasa ini keputusan terbaik. Aku dah hilang diri aku sekali, Puteri. Cukuplah, aku tak nak hilang Zayyan juga. Bukan sebab aku terasa dengan kau."

"Kau yakin? Kau betul-betul tak nak tarik balik keputusan kau? Sunyi la Mystique lepas ni. Tak ada lagi aku nak mendengar bebelan kau." Puteri berkata perlahan. Satu-satu orang penting meninggalkan Mystique.

"Aku yakin, kau jangan risau ya. Kat luar kita boleh jumpa lagi." Ayunina tersenyum sambil mengusap perlahan bahu Puteri. Dia turut sedih untuk meninggalkan Mystique, tapi tekadnya masih kuat.

Puteri hanya mengangguk lemah. "Kau hati-hati ya."

"Kau pun."

Selena menghampiri. Ayunina melihat perempuan yang paling dipercayai dalam Mystique. Selena merupakan ejen yang paling lama berkhidmat. Patutlah Leon paling sayang dengan Selena. Melihat wajah Selena, dia tahu wajah anggun ni tidak banyak beza usianya dengan Leon.

"Aku minta maaf sebab tuduh kau, Selena. Aku yakin kau cuma yang nak terbaik untuk Mystique. Aku banyak salah faham dengan kau."

Selena tersenyum nipis. "Sesiapa di tempat kau akan buat benda yang sama. Aku tak nafikan, kemampuan kau lebih daripada apa yang aku bayangkan. Kau ada potensi. Jangan biarkan emosi mempengaruhi rasional. Aku yakin kau takkan disia-siakan di luar sana. Aku pun nak jernihkan keadaan. Kadang-kadang aku memang tak boleh tahan diri aku daripada bersuara seperti sinis. Aku tak maksudkan begitu, aku memang dilahirkan macam ni. Aku minta maaf."

"Aku faham. Terima kasih atas tunjuk ajar kau selama ni." Ayunina mengangguk perlahan. Sedikit-sebanyak rasa bersalah menjerut diri. Akhirnya terjawab kenapa Selena sentiasa diam daripada bersuara. Kerjanya banyak melibatkan teknologi saja. Selena sendiri bergelut dengan kemampuan dalam caranya untuk berkomunikasi, ramai yang salah faham termasuk dia sendiri.

Kini, mata Ayunina tertuju kepada seseorang yang masih duduk memerhati mereka bertiga dari tadi sambil berpeluk tubuh. Wajah itu hanya kosong tanpa riak. Tiada sebarang emosi terpancar. Kesan lebam dan luka sudah surut minggu lalu sudah surut.

Apabila melihat Ayunina melihat ke arah Zulaikha, Puteri dan Selena masing-masing sudah faham. "Kami berdua keluar dulu." Puteri berkata untuk memecahkan kesunyian. Tidak lama selepas itu, tinggallah Zulaikha dan Ayunina berdua di dalam ruang itu.

Semakin hampir Ayunina kepada Zulaikha, semakin jelas wajah Zulaikha yang memandangnya tepat. Mata Zulaikha sudah merah dan dihiasi dengan tangisan tanpa suara.

"Kau nak tahu kenapa selama ni aku benci kau sangat, Ayunina?"

C | 𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚 Where stories live. Discover now