AYUNINA menolak pintu bakeri. Terdapat dua orang pelanggan yang sedang melihat kek di rak kaca. Jay dan Puteri pula seperti lipas kudung. Membungkus pesanan pelanggan. Tanpa membuang masa, Ayunina terus berjalan ke kaunter untuk membantu mereka. Dalam kekalutan, Ayunina terlanggar seorang wanita.
"Maaf, saya tak sengaja." Ayunina pantas berpaling dan memohon maaf. Nasib baik dia tak bawa kek. Kalau jatuh tadi, kan dah rugi. Pelanggan marah satu hal, pembaziran kek pula tu.
"Tak apa. Hati-hati." Wanita itu tersenyum ramah. Langsung tiada tanda-tanda untuk melenting. Kalau spesies 'karen' mesti dah keluar ayat, 'I want to speak to your manager'. Haru sungguh. Bersilat pula mereka semua waktu itu.
Ayunina mengangkat kepalanya. Wanita itu berambut panjang paras pinggang. Memakai pant suit berwarna kelabu dan berkasut tumit tinggi. Wanita itu tampak elegan. Raut wajahnya kelihatan berusia, namun masih ada manisnya. Wangian yang menyentuh rongga hidung juga agak lembut.
"Terima kasih. Saya minta maaf sekali lagi." Ayunina sekali lagi menunduk dan memohon maaf. Dia masih tak habis terkesima melihat penampilan wanita itu. Jelita, perkataan yang paling sesuai untuk Ayunina gambarkan rupanya.
"Ayunina kan?"
Ayunina mengangguk perlahan. Wanita ini kenal dia? Adakah dia sama seperti Zayyan? Terlampau banyak soalan di benak fikirannya kini. Pada masa yang sama, dia agak teruja setiap kali ada orang baru yang mengenali dia pada masa lalu.
Bahu Ayunina ditepuk lembut.
"Ada orang suruh bagi ni kat kamu." Wanita itu menghulurkan sehelai kertas putih yang dilipat. Ayunina teragak-agak untuk mengambil. Ayunina melihat kertas itu. Siapa pula yang bagi surat cinta ni?
"Saya pergi dulu." Belum sempat untuk Ayunina bertanya namanya dan daripada siapa, wanita itu berlalu pergi. Ayunina masih melihat ke daun pintu meskipun wanita itu sudah lama beransur pergi.
"Ayunina, tolong kejap. Zayyan dah sampai," laung Jay. Pelanggan masih ramai. Ayunina ni sempat pula dia termenung di depan muka pintu. Tangan dia ada dua saja ni. Kalau dia sotongkan bagus. Cepat sikit dia dapat siapkan kerja.
"Aku datang ni." Terkocoh-kocoh Ayunina berjalan menghampiri kaunter. Dia tak nampak pun Zayyan masuk tadi. Zayyan ni dah kerja Part time jadi ninja ke? Ada saja lelaki itu dimana-mana. Senyap pula tu.
Helaian kertas itu diletakkan di atas meja kaunter. Sebuah kalkulator diambil untuk menindan kertas itu daripada terbang. Ayunina belum berkesempatan untuk membaca isi kandungan kertas itu.
"Bila awak sampai Zayyan? Saya tak nampak pun." Ayunina menyarungkan sehelai apron berwarna merah jambu. Apron itu siap berenda lagi. Ini semua Jay punya idea. Beria-beria dia nak semua orang sarung apron itu. Terpaksa mereka semua bersetuju, kalau tak memang merajuk seminggu Si Jay. Apron corak begitu tampak lebih berseri dan bertenaga katanya. Pelanggan pun tertarik nak masuk kedai.
"Memang awak tak perasan sebab awak sibuk berdiri tegak depan muka pintu sambil berangan. Kalau awak rindu saya bagitahu je, tak payah nak sedih-sedih depan muka pintu sambil tunggu saya." Zayyan mengenyitkan sebelah matanya sambil senyum yang mengusik. Seronok dia melihat muka Ayunina yang menyampah dengan usikannya.
Ayunina hanya mencebik. Sama sahaja perangai Zayyan dan Jay. Suka memerli dia.
"Awak jangan cakap nak kek strawberi lagi harini.Rahsia awak saya dah tahu. Apa kata awak ambil kek longan hari ni?"
"Mana awak tahu harini saya nak kek longan. Pandai betul Cik Ayunina kita ni." Zayyan berkata dengan senyuman manisnya. Aduh Zayyan, lagi manis daripada kek macam mana ni?
YOU ARE READING
C | 𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚
Любовные романыLima tahun lalu Ayunina terlibat dengan sebuah kemalangan yang menyebabkan dia hilang ingatan. Ayunina memilih untuk tidak terlampau menekankan diri dengan cuba mengingati masa lampau. Bagi Ayunina, setiap kenangan pasti akan kembali semula pada wak...