AAZAM duduk diam di atas pangkin kayu yang terletak di tengah halaman. Di hadapannya, sebuah meja bulat yang diperbuat daripada kayu jati dengan dua kerusi di sisi. Di atas meja, sepinggan kek lapis baru sahaja dihidangkan oleh Asmah, ibu memang mahir dalam bidang masakan kuih. Aazam sejak beberapa saat tadi hanya merenung ke kejauhan sambil membiarkan wap teh panas membelai bibirnya.
Tiba-tiba, langkah Ayunina memecah kesunyian. Dia perlahan-lahan mendekati Aazam, menarik kerusi, dan duduk di sebelah.
"Abang." Aazam hanya membalas dengan mengangkat keningnya, memberi isyarat menyambut ringkas.
Ayunina merenung secawan teh lemon di atas meja. Aazam tunggu dia. Aazam tahu minuman kesukaannya yang satu itu. Teh yang sepatutnya panas kini mula terasa suam, tambahan pula angin yang meniup agak kencang kerana cuaca seperti nak hujan.
"Abang tunggu Ayu ya?"
"Abang minta maaf, pada Ayu... pada Zayyan." Bagai satu batu di dadanya sudah luruh, Aazam berasa lega. Dia memandang muka adik kesayangannya itu dengan senyuman yang ikhlas.
"Ayu pun nak minta maaf dengan abang. Ayu tak sepatutnya sama marah dengan abang haritu." Ayunina merasakan air matanya bakal jatuh pada bila-bila masa saja. Sungguh dia rindukan satu-satunya adik-beradik yang dia ada.
"Abang terlupa Ayu, abang terlupa yang Ayu tetap akan dewasa. Tak cukup dengan Ayu nak kahwin dulu, sekarang siapa sangka kita bekerja dalam syarikat yang sama. Abang sentiasa nampak Ayu masih bertocang dua tau, dan abang tak sedar abang sebenarnya kena lepaskan Ayu sekarang. You can already fly by yourself, Ayunina."
Ayunina tidak mampu menahan air matanya lagi. Berjurai-jurai air mata itu jatuh, membawa sekali rasa bersalah yang membebani dirinya selama ini. Dia pantas bangun dan terus memeluk pinggang abangnya.
Aazam tersenyum sambil membalas kembali pelukan itu. Aazam mengusap lembut kepala adiknya.
"Ayu, you always be my little one."
Ayunina masih memeluk Aazam erat, air matanya masih mengalir. Dia akhirnya menuturkan kata-kata yang tersimpan di dalam hati.
"Abang, Ayu rindu zaman kita kecik dulu, abang selalu angkut Ayu pergi main bola sekali dengan abang. Abang takut Ayu tak ada kawan," bisik Ayunina. Balik-balik, mesti Aazam kena marah sebab Ayunina sudah bersalut dengan lumpur.
Aazam tersenyum, merenung masa lalu yang sama. "Ayu, abang pun rindu masa-masa itu. Abang nak Ayu tahu yang abang sentiasa nak yang terbaik untuk Ayu."
"Abang, Ayu tahu sekarang abang cuma nak lindungi Ayu. Tapi Ayu pun kena belajar berdikari dan buat keputusan sendiri. Terima kasih sebab ajar Ayu, abanglah cikgu terbaik Ayu tau."
Aazam tersenyum lebih lebar. "Itulah yang abang sentiasa inginkan, Ayu, untuk Ayu membesar menjadi seorang yang kuat dan berdikari. Abang sentiasa ada untuk Ayu, walau sejauh mana abang terbang nanti."
Ayunina mengesat air mata di pipinya dengan hujung jari. "Abang, Ayu janji kita akan takkan ada salah faham yang macam ni lagi antara satu sama lain, tiada lagi perasaan marah yang berlebihan antara kita."
Aazam mengangguk setuju.
Asmah, Zubir dan Zayyan yang memerhati disebalik tirai masing-masing tersenyum senang. Bukannya Asmah dan Zubir tidak tahu tentang pergaduhan yang tercetus antara Aazam dan Ayunina. Namun, mereka pilih untuk tidak masuk campur. Mereka yakin anak mereka sudah cukup matang untuk membaiki hubungan yang tidak mungkin akan putus itu.
"Lega Zayyan tengok diorang dah berbaik," Ucap Zayyan lega dengan nada berbisik.
"Kan abah dah cakap, lambat-laun mesti Ayu dengan Aazam akan berbaik semula. Kamu jangan risau Zayyan, abah kenal anak-anak abah."
Asmah hanya tersenyum sambil menggeleng kepalanya perlahan,"Betul tu, tengok sana, dah drama air mata kat depan tu."
Ayunina mula bersemangat kembali untuk bercerita tentang pelbagai peristiwa yang berlaku dalam hidupnya kepada Aazam, yang ditinggalkan lama sejak pergaduhan mereka dulu. Kecoh suaranya memenuhi ruang. Kini semua yang buruk-buruk mereka tinggalkan jauh di masa lalu.

YOU ARE READING
C | 𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚
عاطفيةLima tahun lalu Ayunina terlibat dengan sebuah kemalangan yang menyebabkan dia hilang ingatan. Ayunina memilih untuk tidak terlampau menekankan diri dengan cuba mengingati masa lampau. Bagi Ayunina, setiap kenangan pasti akan kembali semula pada wak...