Harrz berjalan ke arah kantin mencari Nina dan Ozzy, Kiri kanan kepalanya mencari mereka seperti orang hilang anak. Tiba-tiba seorang gadis menepuk bahu Harrz dari belakang secara tiba-tiba,Harrz terus menapis pantas.
"Kau nak apa lagi!-"
berubah terus mukanya dari bengang jadi lembut mukanya."Ouh..Nina ke...sorry aku ingat betina mana main tepuk bahu aku." lembut dia berkata. Nina di situ hanya senyum.
"Ooo~ kau ingat aku betina tu ker?~"
Usik Nina memegang roti sandwich ditangan sambil memukul bahu Harrz menggunakan sebelah tangan yang kosong."Eh tau,tau je kau ni..."Ujar Harrz. pipinya merah terang dengan usikkan Nina.Ozzy berada di belakang Nina hanya memandang mereka mengusik sesama sendiri. Dia mana kesah janji dapat makanan dia diam la.
"Of course la aku tahu, tadi aku nampak kau mengamuk dekat dia waktu aku dengan Ozzy beratur dekat kantin,kuat pula tu suara." Terang Nina ringkas.
Nina terfikir sesuatu dan ingin bertanya.
"Eh, tadi dia sebut nama siapa? Elle's-"
Tidak sempat Nina menghabiskan ayatnya, Suara Alif sudah muncul di hujung lorong hendak ke kantin menjerit nama Nina."NINA!! BELI MAKANAN TAK AJAK!!" Selamba Alif menjerit sebelah telinga Zaydien.Semua orang tertumpu ke arah Alif dan mula lah gadis-gadis murah di situ membisik. ("Comel la dia ni.") ("Hensem pulak tu."). Bisik gadis yang berada di tepi loker.
Zaydien hanya melayan sahaja karenahnya,malu tu tak ada lah,yang ada cuma jealous sebab iya lah paham, paham la kau nanti. Zaydien terus menarik tangan Alif lembut dan bergerak ke arah Nina dan yang lain.
"Jangan jerit nanti perempuan suka."
Bisik Zaydien mengerling ke arah perempuan yang memuji Alif tadi.Riak wajah Alif terus berubah dan menggeleng kepala lalu memeluk erat lengan Zaydien. "Eee tak nak aku." Ujarnya.
"Mana 2 orang lagi?" Tanya Nina melihat Rizze dan Kaien tiada bersama. "Entah lah tadi lepas aku gaduh aku ingat diorang ikut belakang." Jawab Harrz sambil matanya memandang sekeliling. Tidak lama kemudian, Rizze muncul. "Ha panjang umur kau bang.Kau pergi ke mana tadi? Mana sorang lagi?"
Ujar Harrz melihat Rizze seorang sahaja yang berada di situ."Eh mamat ni tanya aku pulak. Dia ikut kau kan masa aku halau budak-budak tu masuk kelas?" Balasnya selamba.
"Yang kau halau manusia-manusia tu masuk kelas kenapa? baru je masuk rehat bangang." Sambung Ozzy mengunyah roti sandwich.
"Aku baru tahu lah,tadi aku gerak jugak masuk kelas tengok kosong je lepastu aku check jam baru pukul 10:12,tu yang aku datang kantin, Ingat ada Kaien sekali, rupanya tak de jugak."
Jelas Rizze bersandar di dinding."Ouhh"
"Ouhh" Balas mereka serentak.
Nina melihat kiri kanan mencari Kaien kut,kut ada ke tapi batang hidung pun tak nampak. "Korang rehat lah dulu,aku nak cari Kaien." Ujarnya kepada mereka yang ada di situ."Nak ikut" Sampuk Harrz,tapi Nina tidak bagi dia ikutnya mencari,Si Harrz ni pulak keras kepala nak ikut jugak,terpaksalah Nina membawanya jugak memusing satu sekolah mencari Kaien.
Sementara tengah mencari tu, Harrz dan Nina hanya diam sambil mencari Kaien, Niat dalam hati Harrz nak cari sambil pegang tangan Nina,matanya asyik memandang tangan Nina,bukannya nak mencari sangat kawannya itu.
Dia berdehem "Tak jumpa lah mamat tu kat mana, sekolah ni besar sangat." Ujarnya masih memandang sekilas tangan Nina.
"Entah lah nak kata besar sekolah ni banyak blok, banyak tempat rahsia un ada lah, tapi memang batang hidung pun tak nampak."
rungut Nina.Harrz memandang Nina."Nina,aku tau kot kat mana dia lepak."
Katanya dengan nada bersahaja.
"Iya,iya je kau,Kaien cakap kau bukan tahu mana hala tuju sekolah ni sebab kau bukan sekolah sini dulu." Omelnya."Haish,tu dulu sekarang aku dah sekolah sini tau." Balasnya selamba menarik tangan Nina menuju ke satu tempat yang memang tak ada orang jejak kaki di situ.
•Dewan terbiar•
"Aik? sejak bila ada Dewan ni?"

ANDA SEDANG MEMBACA
DOUBLE DATE?
Fiction Historiquea woman who has two boyfriend S1 female hunter.more about her? read yourself>•< I buat cerita ni suka ii je update setiap Random muah 💋 just a random story meh