Night dream.

4 0 0
                                    

Perbualan mereka mengambil masa berapa jam sehingga Nina terlelap di atas katil Harrz. Pada jam 11:43 Nina baru tersedar.

Nina menggosok matanya sebelum duduk dari baring di atas katil. melihat sekeliling malap cuma ada lampu tidur berwarna kuning cair disebelah katil di atas meja kecil. Tatapan mata Nina beralih ke arah pintu bilik.

"...Harrz...?" panggilnya perlahan nada yang separuh ngantuk. Tiada jawapan Nina turun dari katil itu perlahan dan berjalan menuju ke arah pintu. Apabila dia cuba mempulas tombol pintu itu ia terkunci. dia serta-merta terkedu. "Harrz..?" Dia cuba lagi memulas tombol tersebut tapi masih sama, tidak boleh buka.

"......."

"Bangang jenis apa dia beli, dalam ni pun kena guna kad ke?" Rengus Nina geram. Dia menoleh semula ke arah meja kecil yang ada lampu malap. baru dia perasan bahawa ada sekecil kad di situ, tanpa membuang masa dia mencapai kad tersebut dan terus membuka pintu.

'Payah orang terlalu kaya ni' Bisik hatinya keluar dari bilik menuju ke tangga dalaman moden yang minimalis dengan tangga hitam dan kaca. Tangga diperbuat daripada batu gelap dan mempunyai reka bentuk kontemporari yang anggun. Pagar kaca menambah sentuhan keanggunan dan membolehkan pemandangan ruang sekeliling yang jelas. Dindingnya dicat hitam, dan lantainya diperbuat daripada marmar gelap. Pencahayaan adalah halus dan mewujudkan suasana murung. (ideas by illventza ^~^)

Nina menghabiskan langkah sehingga ke lantai bawah melihat Harrz berada di ruang tamu yang luas dengan reka bentuk moden dan minimalis. Bilik ini dihiasi dengan warna kelabu dan hitam mewujudkan suasana menenangkan yang canggih. Ruang tamu menunjukkan sofa pilihan besar, meja kopi, pendiangan dan meja makan. Bilik itu terang benderang dengan warna putih yang tersembunyi.

Nina berjalan ke arah Harrz dan menepuk bahunya. "Oi, kenapa tak kejut aku? Tengok sekarang pukul berapa? kalau yang lain cari kita macam mana?" soalnya memandang Harrz yang lagi menaip sesuatu di laptop di atas ribanya. Harrz menoleh ke atas melihat Nina berdiri di depannya dan senyum lembut.

"Kenapa nak risau? Diorang tau aku bawak kau dekat rumah ni. lagi pun kenapa diroang nak cari kau kalau kau ada dekat sini... dekat dengan aku." Ujarnya lembut dengan hazel eyes menatap mata Nina.

Nina tersetak dengan tatapan dia.
"Kau kenapa? mabuk eh?"
Balasnya selamba sambil duduk disebelah Harrz. Pikir balik lebih baik Nina tinggal sebentar di rumah Harrz kerana dia tidak mahu melihat Kaien.
Harrz sepintas lalu memandang Nina disebelahnya hanya diam mamandang bawah seperti berfikir jauh.

"Fikir panjang tak guna, Kaien memang dah larang tak boleh jejak situ, cuma aku je yang salah bawak kau kat tempat tu semata-mata nak tunjuk buku tu" terang Harrz lembut

Nina berkerut "Aku tak paham lah, Apa yang penting sangat dengan Dewan buruk tu? dia pun bukan tak boleh masuk ke sebab ada line larangan kat situ?" Soalnya bengang.

Harrz hanya mengeluh perlahan sebelum meletakka tangan ke bahu Nina menariknya rapat. "Line tu kitorang yang letak, Dewan tu... Tempat dekat mana Leader pertama kitorang hilang... Nampak bodoh kan... tapi itu lah yang kitorang hadap sebelum ni." Mengadunya perlahan sambil hidung disentuh pada leher Nina.

"Korang yang letak..." Nina ulang semula perlahan.
"Tak nak bagitau...macam mana korang kenal? Macam Kau,Kaien, Zaydien,Alif, Rizze,Ozzy..semua tu?"

Harrz tersenyum nakal "Tak nak." sambil menggeleng kepala.
Nina berkerut dan memukul bahu Harrz dengan kusyen di atas sofa itu.
"Gi mampus ah kau! Jahat!" Cebik Nina melihat Harrz hanya ketawa dipukul olenya.

"Nanti kau tahu jugak, Don't worry bebeh." Ejek Harrz mengusutkan rambut Nina lembut. Nina mengerling lalu memukulnya lagi dengan bantal.
"Bebeh bapak kau. dah ah aku nak tidur-!"

Harrz terus menjatuhkan Nina ke sofa, sekarang Harrz berada di atas Nina sambil memegang kedua belah pergelangan tangan Nina sambil tersenyum nakal. Matanya yang liar memandang bola mata Nina.

"Sleep already, Cara? It's just about to start-" Lutut Nina yang berada di bawah celah kangkang Harrz menyiku 🐦 Harrz dengan riak wajah yang yang bengang.

"Owf-!" Harrz tersenak terus melepaskan gengaman dari pergelangan Nina lalu jatuh ke bawah sofa sambil memegang🐦 dia.

Nina dengus sambil mengerling ke arah Harrz. "Try ah buat lagi. Tengok lepas ni aku letak gergaji terus." Nina berdiri terus naik tangga ke atas meninggalkan Harrz yang senak tu.

Harrz menjeling Nina yang dalam perjalanan nak ke tangga. Merah muka Harrz geram dengan tindakan Nina yang tidak dijangka. Dalam berapa saat dia tergelak kecil, Jahat.
"She's something..."

DOUBLE DATE?Where stories live. Discover now