waktu balik sekolahEmy,Aisyah dan Aqilah berjalan keluar dari kelas.Emy memberitahu mereka berdua yang dia harus ke perpustakaan sekarang.
Emy bergegas ke arah perpustakaan.setelah sampai Emy mencari kelibat Zaf tapi Emy masih belum melihatnya sama sekali.
"Mana dia ni,tadi aku nampak dia keluar awal dari aku takkan tak sampai lagi.Aku terus melabuhkan punggung ku sementara menunggu zaf datang.
Setelah hampir dua jam Emy tunggu zaf langsung tak datang-datang lagi.perpuastakaan pulak dah nak tutup.
"Dia nak mempermainkan aku ke ni"kata Emy dalam hati.Emy terus bangun dari tempat duduk untuk beredar dari situ.
..........
ZAF POV
"Kenapa kau masih terjegat kat sini agi.Bukan ke kau bagitau Emy yang kau nak jumpa dia kat perpustakaan kan"
"HAHAHAHAHA"kau ingat aku nak jumpa dia sangat ke.Tak ingin lah aku nak tengok muka dia tu.Aku cuma nak kenakan dia je"balasan Zaf dengan muka yang tak ada perasaan.
"Astaghfirullah kau ni Zaf tak habis-habis kau buli Emy tu kesian aku tengok dia.Aku risau juga takut sekarang ni kau benci dia,Tup tup nanti dia jodoh kau"
"Kalau kau kesian pergilah kat dia,aku rasa aku perlu balik rumah dulu.Jodoh erkk?? uwerrkk tak ingin aku perempuan macam dia tu please lah."
Walaupun Adam kawan baik Zaf tapi Adam tidak pernah setuju dengan perbuatan kawannya itu.Adam masih mempunyai sifat kemanusiaan dalam dirinya.Tanpa berfikir panjang Adam terus pergi ke perpustakaan untuk berjumpa dengan Emy.
Setibanya Adam di perpustakaan.Dia ingin mengatur langkah menuju ke arah Emy namun langkahnya terhenti melihat Aqil menuju ke arah Emy.Lalu Adam pun membatalkan niat nya berjumpa Emy.Dia terus berjalan untuk balik ke rumah
......
EMY POV
Emy keluar dari perpustakaan dan mengatur langkah untuk beredar dari situ namun langkahnya terhenti apabila melihat Aqil menuju ke arahnya
"Kenapa kau tak balik lagi dah lewat dah ni"Soal Aqil dengan nada kerisauan
"Aku baru nak balik lah ni,aku datang sini sebab nak cari maklumat untuk pembentangan esok"Emy berbohong takkan nak bagitahu yang sepupunya Zaf itu mempermainkannya untuk ke sini.
"Oh,yeke aku ingatkan kenapa lah kau kat sekolah lagi waktu macam ni."
"Takde ape"dahlah qil aku balik dulu takut papa risau pulak aku tak balik lagi .bye assalamualaikum"
"Waalaikumussalam bye.hati-hati tau"
Emy hanya mengangguk lalu dia beredar dari situ.
Sila vote sebagai tanda memberi semangat kepada author🥺
YOU ARE READING
MR. LOVELY EX-CRUSH(COMPLETE ✅)
RomanceIni first story saya, Author masih baru belajar kalau ada yangg salah atau typo tu sorry ye ataupun korg blh dm untuk author betulkan Emy seorang perempuan yang suka akan seseorang lelaki nakal di sekolah yang bernama zafriel .Emy selalu di ganggu...