zaf masuk ke dalam biliknya lalu terus duduk di kerusi sambil berfikir tentang hal tadi.
"Dia tak kenal aku ke erkk? Takkan dia tak cam muka aku dah.mungkin sebab dia tak tahu nama aku kot kan aku lupa pakai name tag hari ni.Ke memang dia tak tahu aku siapa tapi kalau dia tahu dia akan marah aku ke tak? Haishh apa aku fikir pasal dia je ni banyak benda lagi aku nak kena buat" Zaf cuba untuk membuang semua hal yang difikirkan kerana itu boleh mengganggunya bekerja.
Qaisara membawa Emy ke sekeliling pejabat untuk berkenalan dengan semua pekerja di situ.setelah selesai berkenalan Qaisara terus membawa Emy ke tempat nya..
"Ini tempat awak Emy.tempat saya di situ sambil jari nya menunjuk ke arah meja yang tidak jauh dari tempat Emy.
"Emy hanya mengangguk"sambil mata nya memandang ke arah bilik dihadapannya.memang lah tempat nya dekat dengan bilik boss kan dia tu PA boss tapi dia masih menahan malu dengan percakapannya tadi."haih kau ni pun satu mulut kau ni kan Emy tak boleh nak diam tak pasal-pasal tanggung malu"Emy bermonolong sendiri.
"Kalau macam tu saya pergi dulu ye"
"Qaisara tunggu jap,saya nak tanya sikit ni boleh tak?"
"Mestilah boleh,apa tu ?"
"Boss kita tu garang tak?awak rasa dia akan marah tak kalau saya ada terlepas cakap ke apa?"
"Awak ada terlepas cakap ke?"
Takde lah saya,saya cuma tanya je"
"Boss tu takde pulak lah garang sangat pun tapi kalau mood dia tak ok mungkin dia garang sikit"
"Betul ke ni"
"Ye betul lah Emy,awak takde apa-apa dah kan kalau macam tu saya pergi buat kerja dulu ye"
"Ok baik"
Emy berjalan ke pantri untuk membancuh kopi untuk boss nya itu.Setelah selesai bancuh dia membawa kopi itu menuju ke arah bilik boss
Tok tok tok "Assalamualaikum boss saya ada bawa kopi ni"
"Waalaikumussalam masuk lah"
Emy masuk ke dalam bilik Zaf lalu dia terus meletakkan kopi di atas meja boss nya.Lalu matanya terpandang ke arah bingkai gambar yang terletak dia atas meja itu.
"Kau ada apa-apa lagi ke"soal Zaf hairan.
"Takde apa lah saya keluar dulu ya boss"Lalu Emy terus berlari anak keluar dari bilik itu
"Patut lah aku rasa macam pernah tengok je muka dia rupanya dia Zaf . seorang lelaki yang pernah aku benci dulu.Dia tak kenal aku ke?apa patut aku buat ni kalau aku nak berhenti kerja pun memang dah tak boleh sebab aku dah sign contract yang aku tak boleh berhenti dalam masa tempoh 2 tahun ni tapi kalau takde contract pun aku tetap tak boleh berhenti sekarang ni susah cari kerja lah..Takpe Emy kau kena bertahan,kau buat semua benda ni demi rezeki" kata Emy sendiri dalam hati
Emy melupakan seketika hal itu lalu melanjutkan kerjanya.
Jam menunjukkan pukul 1:00 pm.semua pekerja berpusu-pusu keluar untuk makan tetapi tidak dengan yang masih sibuk melakukan kerjanya tanpa dia sedar yang dia diperhatikan oleh seseorang.Zaf berjalan menuju ke arah Emy.
"Dah-dah lah tu nanti kau sambung balik kerja tu sekarang ni waktu rehat."
"Ye boss"
"Jom cepat sikit aku tunggu ni"
"Hah kenapa boss perlu tunggu saya"
"Awak kena lunch dengan saya sebab nanti lepas makan awak kena ikut saya pergi meeting dekat luar"
"Tapi.."Belum sempat Emy menghabiskan ayatnya Zaf sudah memotong terlebih dahulu"cepat sikit kita dah lambat ni"Zaf terus berjalan lalu aku mengikut langkahnya.
Sila vote sebagai tanda memberi semangat kepada author🥺
YOU ARE READING
MR. LOVELY EX-CRUSH(COMPLETE ✅)
RomanceIni first story saya, Author masih baru belajar kalau ada yangg salah atau typo tu sorry ye ataupun korg blh dm untuk author betulkan Emy seorang perempuan yang suka akan seseorang lelaki nakal di sekolah yang bernama zafriel .Emy selalu di ganggu...