Zaf bersiap untuk pergi ke pejabat dia agak kelam kabut sedikit kerana hari ni dia terlambat bangun.Setelah bersiap Zaf turun tangga untuk sarapan.
"Irfan lambat nya bangun hari ni"
"Ye umi Irfan tidur lambat semalam.nasib sempat solat subuh"
"Haih kerja tu kerjalah juga tapi jangan sampai tak fikir kan kesihatan Irfan tu"
"Ye umi lepas ni Irfan bagi masa dengan baik"
"Yelah cepat makan mee goreng tu nanti lagi lambat pergi kerja."
Zaf meniti jam di tangannya yang sudah menunjukkan pukul 8:30 am .Zaf bergegas ambil kasutnya dan terus masuk ke dalam kereta honda Civic miliknya.Dia terus memandu laju kereta nya.
Setelah Zaf sampai di pejabat dia melihat semua mata pekerja nya tertuju pada nya.
"Selamat pagi bos" sapa khairil
"Ye selamat pagi"balas Zaf
"Bos tak baca group Facebook ke"
"Tak lagi ..aku belum sempat buka telefon lagi pagi ni"
"Takpe lah nanti bos buka lah ye"
"Ye"Balas zaf singkat
Zaf berjalan masuk je dalam bilik nya.Zaf terus membuka telefon nya kerana dia ingin tahu apa yang khairil nak sangat dia buka group tu.Zaf terkejut membaca group Facebook yang mengatakan Dato Zafriel Irfan anak kedua Dato Zarif akan menamatkan Zaman bujang nya tidak lama lagi .katanya Dia akan bertunang 2 Minggu lagi dari sekarang.
"Haih cepat betul berita ni tersebar"lalu dia menutup kembali layar Telefon nya.Tapi tidak lama kemudian telefon nya berdering menandakan seseorang menelefon nya.Dia melihat nama itu lalu terlihat nama adam di layar Telefon nya.Dia terus mengangkat panggilan tersebut.
"Hello bro buat apa tu"suara adam di hujung panggilan
"Aku kat pejabat lah kerja.. ada apa kau call aku ni"
"Tak boleh nak call dah ke sekarang ..Aku tau lah kau nak jadi tunang orang dah takkan lah kau nak lupakan aku pulak" kata Adam dengan nada yang merajuk
"Eh kau tau juga pasal tu"
"Macam mana aku boleh tak tahu pulak dah berita kau nak tunang tu tersebar dah..kau ni dah ada gf tak bagi tahu aku pun kan sampai hati"
"Kau jangan nak buat drama sangat lah aku tak pernah ada gf pun.Aku tunang ni pun Abah aku yang suruh dia yang jodoh kan aku dengan anak kawan lama dia tu."
"Hah biar betul,kau kenal ke siapa perempuan tu?"
"Tak" balas Zaf singkat saja
"Seriuslah kau tak minta gambar dia ..macam mana kalau dia tak cantik ke?"
"Tak,malas aku nak fikir lagipun aku tunang pun sebab Abah aku yang suruh"
"Senang je kan kau cakap "
"Nanti mesti dah tunang umi aku akan tunjuk juga gambar dia "Balas Zaf selamba saja
"Suka hati kau lah Zaf malas aku nak cakap dengan kau ni, lagipun ni urusan peribadi kau aku tak ada hak nak masuk campur." Adam terus memutuskan panggilan tersebut.Zaf letakkan kembali telefon nya dia atas meja dan dia sambung melakukan kerjanya.
YOU ARE READING
MR. LOVELY EX-CRUSH(COMPLETE ✅)
RomanceIni first story saya, Author masih baru belajar kalau ada yangg salah atau typo tu sorry ye ataupun korg blh dm untuk author betulkan Emy seorang perempuan yang suka akan seseorang lelaki nakal di sekolah yang bernama zafriel .Emy selalu di ganggu...