Part 27 MR.LOVELY EX-CRUSH

74 8 1
                                    

  Emy memakai baju songket berwarna light purple kerana ini merupakan tema majlis perkahwinan hari kedua pengantin belah lelaki jadi Emy hanya mengikuti sahaja.

"Masyallah cantik nya menantu umi ni" puji umi dari luar pintu bilik.

"Biasa je umi.. Ramai ke yang datang hari ni umi"

"Tak ada lah Ramai sangat pun kawan umi 500 orang,kawan abah 200 orang lepastu saudara mara semua dalam 100 lebih dan kawan Irfan dalam 30 lebih macam tu je dia tak ramai sangat kawan irfan tu"

"Hah...tak ramai umi kata haih tu kira ramai lah umi ..haih segan nya aku"Monolog Emy dalam hati

"Oh" balas Emy ringkas

"Nanti dah siap Emy turun bawah ye umi nak pergi tengok abah jap"

"Ye baik umi"

Emy berjalan menuju ke arah pelamin . Hampir semua mata tertumpu padanya.Sesampainya Emy di atas pelamin dia duduk di sebelah Zaf.

"Cantiknya isteri abang ni"

"Biasa je"wajah Emy dah memerah siapa ja tak blushing bila suami sendiri puji kita cantik kan."sabar-sabar Emy jangan pengsan kat sini"Zaf hanya tersenyum melihat wajah isterinya yang menahan malu itu.



"Pengantin sila senyum"Arah jurukamera itu yang dari tadi tidak henti-henti mengambil gambar mereka.Emy dan Zaf mengikuti arahan dari lelaki itu mereka pun senyum dengan seikhlas hati.

"Pengantin lelaki boleh tak rapat sikit dengan pengantin perempuan kalau boleh peluk pinggang pengantin perempuan"Emy terkejut apabila pinggang nya dipeluk oleh Zaf "Dia ni peluk aku tak minta persetujuan aku dulu ke"Emy hanya mengomel dalam hati.

"Wow cantik nya result gambar ni"Puji Emy dengan wajah yang gembira setelah melihat gambar itu.

"Terima kasih datin ini ja yang saya mampu" balas Jurukamera itu

"Eh patut nya saya yang cakap terima kasih.."


              ....

Di ruang tamu.

"Irfan pergilah bawa Emy masuk bilik dulu.Kesian abah tengok dia macam dah penat tu"

"Ye baik bah.Irfan masuk bilik dulu ye"

"Jom Sayang masuk bilik dulu".Zaf terus menggenggam tangan Emy berjalan masuk ke bilik.

"Ya Allah abang saya happy nya tengok budak berdua tu harap sangat pilihan kita ni yang terbaik untuk anak kita."

"Ye abang pun harap bergitu lah sebab anak Hashim tu memang anak yang baik, sopan santun dan cantik pulak tu memang untung anak kita dapat isteri macam Emy tu."Datin Melati hanya mengangguk tanda setuju dengan kata Dato Zarif.


"Sayang tidur dulu ye sebab abang ada kerja sikit nak kena settle kan"

"Ok abang"balas Emy ringkas.Zaf terus melangkah ke arah meja untuk menyiapkan kerja nya.Manakala Emy pula berjalan ke arah katil."penat juga ya jadi pengantin ni nasib sekali je seumur hidup".Emy terus menarik selimut dan terus memejamkan matanya.

  Setelah lama kemudian Zaf pun telah selesai menyiapkan kerja nya.Dia melihat ke arah jam sudah menunjukkan pukul 12:35 am."lama betul aku settle kerja-kerja ni"

Zaf menutup lampu bilik dan terus dia berbaring di sebelah isterinya.Dia menatap wajah Emy yang sedang nyenyak tidur itu lalu dia berkata  "Ya Allah cantik nya isteri aku ni bila tidur.Kenapa lah aku tak pernah sedar dia masa zaman sekolah dulu dan kenapa aku perlu layan dia dengan buruk.Alhamdulilah Ya Allah terima kasih sangat sebab hadirkan dia untuk melengkapi hidup aku yang dulu sunyi .Akan aku pastikan dia bersamaku.Aku takut kehilangan dia Ya Allah .Aku takkan sanggup untuk hadapi kehidupan aku tanpa dia"Setelah itu dia kucup lembut dahi isteri nya sebelum dia memejamkan mata nya.







Sila vote sebagai tanda memberi semangat kepada author🥺

MR. LOVELY EX-CRUSH(COMPLETE ✅)Where stories live. Discover now