Setelah selesai kerja mereka balik rumah ambil barang-barang untuk pindah rumah baharu Mereka.Sesampainya mereka di rumah Emy terus masuk terus kemas-kemas barang tanpa tunggu Zaf yang masih terpegun di situ.Zaf terus mengikuti langkah isterinya setelah sampai di depan pintu bilik dia melihat Emy yang leka mengangkat beg bagasi nya.
"Nak abang tolong ke"
"Takpe Emy boleh angkat sendiri".Padahal dalam hati dia nak sangat Zaf tolong dia.Harap-harap Zaf faham lah maksud sekarang dia ni.
"Ok lah kalau sayang cakap macam tu" Zaf terus berjalan meninggalkan Emy yang masih mengangkat beg bagasi yang berat itu.
"Hah dia tinggal aku macam tu je ishh".Emy terus mengangkat sendiri beg-beg itu sehinggalah kelima-lima beg bagasi nya itu diletakkan di depan kereta suaminya.Zaf terus mengangkat beg bagasi itu masuk ke dalam bonet kereta dan setengah lagi dia masukkan di dalam kereta di bahagian seat belakang oleh kerana tidak muat apabila diletakkan semua di dalam bonet kereta tanpa Zaf sedari yang wajah isterinya sudah cemberut."Ni je ke barang sayang?".soal Zaf polos
"Abang ni tak nampak ke dah lima beg tu takkan abang nak Emy bawak katil tu sekali"
"Ala abang tanya je kenapa nak kena marah-marah macam ni hmm?".Zaf hairan dengan Emy yang tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba ja nak marah macam ni.
"Dah lah Emy Penat angkat barang-barang ni abang boleh tanya soalan yang tak masuk akal macam ni siapa suruh".Geram betul Emy dengan Zaf ni dah lah tak nak tolong dia tadi.
"Tadi kan Abang tanya nak abang tolong tak tapi sayang yang cakap takpe sayang boleh angkat sendiri"
"Abang ni kalau Emy cakap takpe tu maksudnya abang tetap kena tolong juga kalau abang tak boleh faham perasaan perempuan baik abang kahwin je dengan Encik Khairil."
"Mana lah abang tahu .lain kali sayang cakap je terus terang abang mana faham apa yang saya cakap.Sayang ni tahu lah marah tapi takkan sayang nak tengok abang kahwin dengan khairil pulak haih abang ni normal tau".Tatkala Emy hanya mengangguk
"Nampak nya aku kena beli kamus perempuan lepas ni tapi ada jual kat mana eh".Zaf Bermonolog sendirian dalam hati saja.
"Sorry ye sayang"
"Hm ye lah jom lah nanti lambat pulak kita sampai".Abah dan Umi datang dari arah belakang rumah berhala ke arah mereka.Zaf dan Emy terus salam tangan umi dan abah untuk minta diri sebelum pergi."Zaf pergi dulu ye umi abah".
Umi terus memeluk Emy sebelum mereka pergi untuk melepaskan rindu terhadap menantu nya itu.: Nanti umi akan rindu Emy lah hmm".
"Eh umi menantu je ke anak sendiri pun dah lupa kan hmm sampai hati umi"kata Zaf dengan nada yang merajuk
"Mana ada umi rindu juga lah kat Irfan .Dah-dah lah tu merajuk dah ada bini pun nak merajuk macam budak-budak lagi ke.Emy dengar cakap umi ni tau Kalau Irfan merajuk jangan layan sangat dia memang mengada je lebih nanti dia akan ok sendiri je walaupun orang tak pujuk,umi ni kenal sangat lah anak umi sorang ni".
"Umi ni nak bukan nak pujuk Irfan tapi boleh pulak kutuk Irfan depan isteri Irfan pulak tu."
"Dah-dah jangan nak berdrama sangat pergilah cepat nanti lambat kau orang sampai.Zaf hati-hati bawak kereta tu".kata Abah setelah lama mendiamkan diri dari tadi memerhati perbualan mereka.
"Ye umi abah kita orang pergi dulu".Zaf dan Emy terus berjalan masuk ke dalam kereta . Sebelum mereka meninggalkan umi dan abah Emy sempat melambai tangan ke arah mereka.
Sila vote sebagai tanda memberi semangat kepada author🥺
YOU ARE READING
MR. LOVELY EX-CRUSH(COMPLETE ✅)
RomanceIni first story saya, Author masih baru belajar kalau ada yangg salah atau typo tu sorry ye ataupun korg blh dm untuk author betulkan Emy seorang perempuan yang suka akan seseorang lelaki nakal di sekolah yang bernama zafriel .Emy selalu di ganggu...