Part 17 MR.LOVELY EX-CRUSH

63 9 0
                                    

Emy bersiap siap untuk keluar dengan Aqilah dan Aisyah hari ini.semasa dia sedang memakai tudung , kedengaran bunyi lagu only you itu bunyi nada dering telefon Emy.Emy mengambilnya lalu dia tekan tombol hijau.Belum sempat Emy bersuara Aqilah dah sembur terlebih dahulu.

Aqilah:Hello Emy bila kau nak keluar ni berjam-jam kita orang tunggu kat luar ni.kita orang bagi kau masa 5 minit lagi kalau kau tak keluar jugak kita orang pergi bom rumah kau

"Ya aku nak keluar dah ni.tunggu lah kejap aduhai sikit-sikit nak ugut bom rumah aku ."Emy menutup panggilan tersebut. Emy cepat-cepat mengambil hand bag berwarna hitam lalu Emy bergegas turun ke bawah mencari papa.Emy lihat papa nya sedang berada di ruang tamu dan dia pun berjalan ke arah ruang tamu.

"Papa Along keluar dengan Aisyah dan Aqilah dulu ye"

"Ya hati-hati tau.Jangan balik lambat sangat nanti risau papa."

"Baik pa" Emy terus salam tangan Encik Hashim lalu terus keluar , takut singa betina akan mengamuk pulak nanti kalau dia lambat.

Emy berjalan menuju ke arah kereta Axia berwarna hitam milik Aqilah.Dia terus masuk ke dalam tapi belum sempat dia duduk dengan tenang Aqilah dah mula berleter terlebih dahulu.

"Kau ni kan kalau siap kalah pengantin.apa yang lama sangat berasap dah kita orang tunggu dalam kereta ni tau."

"Alaaa sorry ler aku punya tudung ni buat hal pulak hari ni .Awning tudung aku tak nak jadi" balas Emy berharap Aqilah faham dengan situasi nya.

"Dahlah tu jom kita pergi nanti lambat pulak kita sampai." Aisya mencelah Kerana dia tak mahu kawan-kawanya itu terus bergaduh.Aqilah hanya mengangguk lalu dia mula memandu kereta nya.

Emy dah dua orang sahabatnya itu telah sampai di sebuah restoran yang agak terkenal juga lah di kuala lumpur ni.Aqilah dan Aisyah berjalan masuk terlebih dahulu mencari meja kosong untuk mereka.Semasa Emy sedang berjalan dia terlanggar bahu seseorang.

"Auch..kau jalan ni pakai mata ke apa hah"lelaki itu bercakap dengan nada yang tegas manakala Emy hanya menunduk ke lantai dia tidak tahu memberi reaksi apa.

"Ya Allah apa patut aku buat ni"gerutu Emy dalam hati

"Kau bisu ke apa,tak ada mulut nak cakap sorry"

"Sorry Encik"Emy memandang ke arah lelaki itu..pekara yang boleh mengejutkan Emy ialah lelaki yang dia langgar itu Zafriel Irfan.

It's okay lain kali kalau jalan tu tengok depan jangan asyik tengok telefon tu je ya cik Emy Syahirah"

"Ya baik boss"terus Emy berjalan meninggalkan Zaf di situ.

"Kau kenapa Emy dah macam nampak hantu je"soal Aqilah

"Takde apa aku ok je.kau orang dah pesan makanan ke"

"Dah untuk kau pun kita orang dah pesan.Macam biasa kan"

"Sebenarnya kau nak beritahu apa kat kita orang"tanya Aqilah yang tidak sabar untuk tahu perkara apa yang Emy sampai tsk boleh cerita dalam telefon ja.

"Kau orang masih ingat lagi kan ex-crush aku masa sekolah dulu"

"Ya ,mamat poyo tu kenapa dengan dia"soal Aisyah

"Aku jumpa dia"

"Whatt betul ke ni kau jumpa dia kat mana "tanya Aqilah pula

"Dia boss aku"balas Emy

"Macam mana kau boleh kerja dengan dia" kata Aqilah dengan nada yang risau

"Nak tak nak aku kena kerja kat situ sebab sekarang ni kan susah nak cari kerja"

"Ya lah kalau dia ada buli kau ke apa ke kau bagitau aku biar aku tumbuk je muka dia tu"

"Yelah Aqilah aku takut kau je yang kena dulu nanti"kata Aisyah sambil ketawa

"Kau jangan nak jatuh cinta dengan dia balik ye. kau tahu kan apa yang dia buat kat kau dulu"Aqilah memberi amaran kepada Emy.

"Ish takkan lah lagipun aku ni kena kahwin dengan anak kawan lama papa aku "

"Biar betik,kau kena kahwin paksa ke apa ni"soal Aisyah terkejut apabila Emy kata yang dia kena Kahwin

"Ye,tapi aku yakin papa aku akan pilih calon suami yang baik untuk aku."

"Haih tak sangka kan kau yang single dari lahir ni nak kahwin dah aku ni yang ada boyfriend pun tak kahwin lagi hmm"

"Betul lah orang cakap yang single ni akan kahwin dulu"balas Aisyah pula.

"Ye lah tu"balas Emy dengan nada datar

"Bila majlis nya"tanya Aqilah teruja

"Ish ish kau ni papa aku baru bincang dengan aku dulu lah dia orang belum tetapkan tarikh lagi .Papa aku cakap kita orang akan tunang dulu."

"Oh ye ke hehehe sorry tak tahu.Nanti jangan lupa jemput kita orang tau.

"Of course lah aku jemput kau orang kan best friend aku dunia dan Akhirat.

Sila vote sebagai tanda memberi semangat kepada author🥺












MR. LOVELY EX-CRUSH(COMPLETE ✅)Where stories live. Discover now