Part 6 MR.LOVELY EX-CRUSH

81 13 1
                                    


ZAF POV

Sesampainya Zaf di rumah.Dia menuju ke dapur menukar pakaian terlebih dahulu seragam sekolahnya kerana perutnya sudah berbunyi meminta makanan.

Setibanya Zaf di dapur dia tidak melihat sesiapa di dapur.Zaf membuka tudung salji lalu dia melihat makanan kesukaan nya yang dimasak oleh umi iaitu sambal udang petai dan ikan bakar.Nyam nyam bau makanan itu membuatkan Zaf tidak sabar lagi.Zaf terus melangkah menuju ke sinki untuk mencuci tangan namun langkahnya terhenti apabila melihat umi yang muncul dari ruang tamu.

"Kenapa tak tukar baju sekolah dulu sebelum nak makan ni Irfan, Banyak kali dah kan umi pesan sebelum nak makan tu bersihkan diri dulu barulah kamu turun makan."Jelas umi

"Baiklah umi,Zaf pergi naik atas dulu" Balas Zaf dengan nada pasrah.Dia tak boleh ingkar arahan umi kerana syurga terletak di telapak kaki umi nya.

Setelah selesai bersihkan diri Zaf turun semula ke dapur untuk makan.Tanpa berfikir panjang Zaf mencuci tangan dan menuangkan nasi ke dalam pinggan.Zaf membaca doa makan lalu makan makanan itu dengan selera.

"Sedap nya masakkan umi ni"puji Zaf setelah melihat umi datang ke arah dapur.Memang bukan niat dia ambil hati tapi memang masakan umi nya sangat sedap.

...........

EMY POV

Jam menunjukkan sudah pukul 4 pm.Emy bangun dari tidur untuk membersihkan diri terlebih dahulu.Setelah selesai mandi Emy pergi ke arah meja study untuk menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh gurunya di sekolah tadi.

Setelah beberapa lama kemudian ,akhirnya Emy telah siapkan kerja rumah matematik nya lalu dia pergi ke bilik air untuk mengambil wuduk kerana azan telah berkumandang beberapa minit yang lalu.setelah usai mengambil wuduk dia terus menunaikan solat asar.

Selepas menunaikan solat Asar .Emy menuju ke arah ruang tamu.Dia melihat dua orang adiknya sedang leka menonton drama di televisyen.

"Amir,Syifa"panggil Emy yang membuatkan mereka berdua terkejut.

"Ye,kenapa along ".balas amir

"Kau orang pergi mana?kenapa along balik sekolah tadi tiada siapa di rumah.soal Emy kepada adiknya.

"Oh ,tadi pergi ke rumah kawan abah dato zarul"Balas Syifa pula

"Oh patut lah masa balik tadi tiada orang di rumah"balas Emy

"Masa kita orang balik tadi angah ketuk bilik along tapi along tak buka pintu pun"kata Amir.

"Sorry angah mungkin masa angah ketuk tadi along tengah tidur."kata ku dengan serba salah

"Oh takpe along"balas Amir dengan senyuman



Sila vote sebagai tanda memberi semangat kepada author🥺

MR. LOVELY EX-CRUSH(COMPLETE ✅)Where stories live. Discover now