Part 19 MR.LOVELY EX-CRUSH

84 10 4
                                    

Emy memakai baju kemeja putih dengan seluar slack berwarna hitam.Emy mengambil sedikit bedak powder lalu dia sapukan ke mukanya , kemudian dia mengambil lipstick berwarna nude lalu dia oleskan di bibirnya.Emy hanya make up simple saja kerana dia seorang yang tidak suka make up tebal-tebal. lalu dia mengambil shawl hitam dan dia lilit kan di atas kepala nya.Akhirnya Emy telah siap.

"Done" kata Emy setelah melihat dirinya di depan cermin.setelah dia berpuas hati dengan penampilan nya dia turun ke dapur untuk hidangkan sarapan yang dia masak awal pagi tadi.semasa Emy sedang sibuk menghidangkan sarapan Encik Hashim sedang turun dari anak tangga menuju ke arah meja makan

"Adik-adik tak turun lagi ke along"

"Belum lagi, papa tunggu sini biar along pergi panggil angah dengan adik turun"

Emy berjalan menaiki anak tangga lalu dia memberhentikan langkahnya di hadapan pintu bilik adik lelaki itu.Emy mula mengetuk pintu.

"Angah cepat lah turun sarapan papa dah tunggu kat bawah tu"

"jap along angah nak keluar dah ni"

"Yelah jangan lambat ya" setelah mengatakan itu Emy berjalan menuju ke bilik adik perempuan pula.Belum sempat Emy ingin mengetuk pintu adiknya terlebih dahulu membuka pintu dari dalam.

"Jom turun sarapan papa dah tunggu kat bawah" kata Emy setelah melihat adiknya di depan pintu dengan lengkap memakai seragam sekolah.

"Ye adik memang nak turun dah pun tadi.Angah tak turun lagi ke along?"

"Nanti dia turun lah tu along panggil dia dah tadi ,jom lah kita turun dulu" Emy berjalan lalu diikuti oleh adiknya turun ke dapur.

"Adik cepat makan sarapan tu nanti lambat" kata Encik Hashim kepada anak bongsu nya itu

"Ya pa adik nak makan dah ni" Balas Syifa

"Papa Along minta diri pergi kerja dulu ye"

"Along tak sarapan dulu ke"

"Along dah makan sandwich dah tadi"Emy pergi ke arah papanya terus salam tangan papanya.

Sesampainya di pejabat Emy berjalan masuk.semasa dia sedang berjalan menuju ke tempat nya dia mendengar pekerja lain sedang bergosip tentang boss.

"Aku dengar bos nak tunang"kata salah seorang pekerja

"Tu lah tak sangka kan bos kita tu tak pernah bercinta last -last tengok nak tunang dah" kata salah seorang pekerja lain pula

"Hahh bos nak tunang juga ke,kenapa macam sama ja aku pun nak tunang juga nanti.aishh Emy kau ni pun memang lah aku dengan dia sama-sama nak tunang bukan nya sama tarikh pun .Dah lah stop fikir benda mengarut macam ni"gerutu Emy dalam hati

"Emy termenung apa tu" tegur Qaisara yang dari tadi memerhati Emy yang diam seperti memikirkan sesuatu.

"Eh Qaisara..Takde lah saya cuma teringatkan sesuatu.

"Ya saya lah ni, awak fikir pasal bos kita nak tunang tu ke" teka Qaisara

"Awak pun tahu ke"soal Emy

"Mestilah Tahu,semua orang di pejabat kita ni dah tau tentang hal ni"

"Oh jadi saya lah yang baru tahu rupa nya" kata Emy sambil senyum

"Sebenarnya saya hairan juga bos tak pernah bercinta dengan sesiapa tapi tiba-tiba je dengar yang dia nak tunang.pelik kan?

"Serius lah bos tak pernah bercinta, Mungkin dia ada ja girlfriend cuma dia tak hebohkan kat semua orang. Itu kan hal peribadi dia, mana kita nak tahu kan"

"Betul juga apa yang awak cakap tu.Dah stop lah kita fikir pasal dia ,baik kita pergi buat kerja nanti tak pasal-pasal kena potong gaji pulak"kata Qaisara sambil ketawa kecil.

Sila vote sebagai tanda memberi semangat kepada author🥺




MR. LOVELY EX-CRUSH(COMPLETE ✅)Where stories live. Discover now