Tidak seperti kawan-kawannya yang lain,hidup Amir telah musnah sepenuhnya angkara video leak miliknya yang disebarkan oleh Mubin dan Zairol.Malunya bukan kepalang lagi,teruk juga dia dimarahi oleh ibubapa dan adik beradiknya yang lain. Saudara maranya pasti akan memerlinya sekiranya mereka bertemu di kampung.
Video itu mula tersebar semasa dia berada dalam Ting 4 sewaktu pertengahan tahun.Pada mulanya tiada sesiapapun yang mengetahui bahawa individu dalam video tersebut adalah dirinya.Amir hanya mengetahui videonya tersebar setelah dia dapat separuh video tersebut melalui pesanan MMS dari individu yang tidak dikenali.Sebelum ini ada juga dia merayu kepada Zairol dan Mubin agar memadamkan videonya,permintaan Amir diterima dan sebagai syarat Amir perlu membayar sejumlah wang kepada mereka.
Tetapi Zairol dan Mubin memungkiri janji mereka berdua.Setelah mendapat wang tersebut,kedua mereka gagal dihubungi oleh Amir.Pada mulanya dia bersangka baik kerana tidak diganggu lagi,tetapi video yang dia terima itu menganggu kembali hidupnya.Setiap hari dia berharap agar video itu tidak sampai dalam pengetahuan kawan kawan sekolahnya yang lain di Batang Kali.
Tetapi rahsia itu pecah apabila video itu mula beredar di dalam internet. Ada rakan-rakan sekolah Amir di sini dapat mengecam bahawa Amir adalah individu yang berada di dalam video tersebut.Sejak daripada itu kawan kawannya mula menjauhkan diri daripada Amir.Tiada sesiapa yang benar-benar ikhlas berkawan dengannya.Tekanan ini menyebabkan prestasi pembelajaran Amir terganggu dan dia mendapat keputusan yang teruk dalam SPM.
Kini dia bekerja sebagai operator kilang sahaja di kawasan perindustrian di Tanjung Malim.Dia cuba mengubah hidupnya di sini.Mujurlah kawan-kawannya di kilang tempat dia bekerja tidak mengetahui sisi gelap hidupnya.Amir menyewa bilik di kawasan ini.Dia memang sudah lama tidak pulang ke rumahnya selepas mendapat keputusan SPM.
Sememangnya dia masih berdendam lagi dengan Mubin dan juga Zairol.Api dendamnya sentiasa membara apabila dia teringat akan perkara itu.Dia berazam akan membalas dendam di atas 2 perbuatan rakan lamanya itu.Hari ini dia tidak bekerja,dia mengambil keputusan untuk berehat di biliknya sahaja pada hari ini.
Dia mahu membuka "Myspace" nya pada hari ini.Sebenanrnya sudah agak lama juga dia tidak melayari laman sosial tersebut.Tambahan dia masih trauma setelah apa yang berlaku.Setelah beberapa tahun berlalu,hari ini dia mempunyai sedikit keberanian.Tambahan pula ketika ini pengguna MySpace sudah pun beralih kepada Facebook.Jadi dia yakin ramai friendnya di MySpace sudah beralih ke sana.
Banyak notification dan chat di dalam yg diterimanya di dalam MySpace. Rata-ratanya adalah chat yang mengeji dan mengutuknya.Ada juga chat nakal daripada individu yang dia tidak kenali.Kebanyakkan chat yang diterimanya kira-kira 4 tahun yang lalu ketika video leaknya tersebar.
- Hi bro,harap kau sihat.Aku ada terdengar pasal video lucah kau tersebar dekat myspace dengan internet.Aku tak pasti betul or tak tu video kau sebab aku tak sempat tengok. Tapi kalau betul aku harap kau kuat, semua orang pernah buat kesilapan. Jaga kesihatan,semoga kau terus kuat.
- Wafi -Hatinya begitu sebak membaca chat daripada Wafi.Dia tidak menyangka kawan yang dia cuba khianati sebelum ini memberikan sokongan dan dorongan kepadanya.Dia tidak sangka juga Wafi telah mengetepikan dan melupakan apa yang terjadi diantara mereka sebelum ini.
--------------------------------------------------------------
Aku dan Shazuan menikmati percutian kami berdua di Ladang Teh dan Stawberi di Cameron Highlands.Agak janggal juga aku rasakan kerana kebanyakkan mereka yang datang di sini bersama ahli keluarga mereka, suami isteri atau pasangan kekasih. Lain pula situasinya untuk kami berdua.Rasa malu itu tetap ada,tapi aku dan Shazuan bersepakat untuk mengabaikan perasaan tersebut dan menikmati keindahan di sini.Malamnya pula aku dan Shazuan melepak di Pasar Malam Brinchang dan berjalan di sekitar sini.Aku ada memberitahu Shazuan yang kami akan pulang ke Kajang esok untuk menziarahi keluargaku dan Shazuan setuju.Aku juga akan tidur di sana sekurangnya 3 malam.Dapatlah nanti aku melepak bersama Taufik dan kawan-kawan tamanku yang lain.
Aku ada menelefon Taufik tadi dan dia sangat gembira apabila aku memberitahunya akan berada di sana pada minggu ini.Dia meminta aku memberitahunya apabila sudah berada di Kajang.
YOU ARE READING
REMAJA 2011
RomanceBERCERITA TENTANG AKU YANG BERUMUR 19 TAHUN PADA TAHUN INI DAN TELAH PUN DITERIMA UNTUK MASUK KE MAKTAB PERGURUAN. TAHUN INI JUGA BERMULA PERKENALANKU DENGAN SHAUKI DAN IKHTIARKU BERSAMA SHAZUAN DAN KAWAN-KAWAN YANG LAIN UNTUK MEMBANGUNKAN TANAH TER...