Aku melepak di mamak bersama Taufik,Mok dan beberapa orang kawanku yang lain.Aku berkongsi kisah dan pengalamanku semasa berada di maktab.Begitu juga dengan mereka berdua.Mok ketika ini mengambil kursus dalam bidang kimpalan di IKBN manakala Taufik mengambil bidang elektrik di ILP.Bagus juga,mana tahu suatu hari nanti aku memanggil mereka untuk membantuku dalam bidang mereka.
Mereka berdua kemudian bercerita tentang kemalangan salah seorang kawan kami di sini yang bernama Adib pada 2 minggu yang lepas.Syukurlah kecederaan yang dialaminya tidaklah terlalu teruk meskipun motosikal yang ditunggangnya total lost.Dalam masa yang sama juga mereka membuka gosip tentang apa yang berlaku di dalam kejiranan kami.
Aku tidak membawa Shazuan untuk melepak bersama mereka ketika ini. Biarlah ketika ini aku menikmati masaku bersama kawan-kawanku yang lain.Lagipun aku pasti dia akan berasa janggal ketika melepak bersama dengan kawanku yang lain.Sebab itu aku rasa lebih baik dia berada dirumah daripada mengikutiku ke sini.
Sedang rancak aku berbual bersama mereka,Shazuan datang ke sini menegurku dan bersalaman dengan kawan-kawanku yang lain.Agak terkejut juga aku apabila dia tiba-tiba datang ke sini apatah lagi dia berjalan kaki ke sini.Tidak jauhpun rumahku dengan mamak ini,dalam 200m sahaja.
Melihat Mok dan kawan kawanku yang lain terpingga pingga dengan kehadiran Shazuan,sengaja aku memperkenalkan Shazuan kepada mereka.
"Lah,asal kau tak bawak dia sekali tadi?", kata Taufik kepadaku selepas aku memperkenalkan Shazuan."Aku ingatkan dia penat,itu yang aku tak bawak.Tak tau lah tiba-tiba datang sini." Jawabku.
"Berapa umur kau Shazuan?", tanya Mok pula.
"18 bang", jawab Shazuan sambil tersenyum.
"Fuhh,dia punya senyum boleh bagi anak dara cair ooo..Mesti banyak awek ni", kata Taufik sambil ketawa.
--------------------------------------------------------------
Shazuan kemudian duduk di sebelah abang angkatnya Wafi.Shazuan hanya mendengar sahaja perbualan rancak abangnya bersama kawan-kawannya yang lain.Sekali sekala dia akan bercakap jika kawan-kawan Wafi ada bertanyakan apa-apa tentang dirinya. Cuma Shazuan berasa sangat rimas kerana asap rokok memenuhi ruang tempat mereke melepak.Tidak semua topik yang Wafi bualkan dengan rakan-rakannya itu dia faham. Lagipun dia sedar abang angkat kesayangannya itu mempunyai pemikiran yang sedikit berbeza dengan orang lain.Ada kalanya Shazuan sendiri tidak memahami karakter sebenar abangnya itu.Cuma cara pergaulan dan percakapan Wafi bersama kawan kawannya di sini amat berbeza sekali.
Jika dengan kawan-kawannya di sekolah dahulu,gaya percakapan Wafi seiring dengan perwatakannya yang tegas.Cuma dengan kawannya di sini, Wafi kelihatan amat tenang dan santai sekali."Selamat malam,kabare? Waras?"
Kedengaran seseorang yang menegur kami semua datang ke sini menghampiri tempat lepak Wafi dan kawan kawannya yang lain.
"Siapa Mat Jambu ni?", tanya lelaki itu kepada kawan-kawannya yang lain.Dia ketika itu menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan kawannya yang lain.
"Anak angkat family abg Wafi kau.Shazuan nama dia.Berkawanlah lagipun korang sebaya", kata Taufik sambil menghembuskan asap rokoknya.
"Oh,Nama aku Shauki.Memang asal dari sini.Sebaya dengan kau gak.", kata Shauki memperkenalkan diri.
"Aku Shazuan.Orang panggil aku Wan je.Aku asal dari Rembau tapi sekarang bercuti dekat rumah family angkat akulah.Family abang Wafi." Kataku ketika memperkenalkan diri kepada Shauki.
Shauki mengambil tempat di sebelah Shazuan.Asalnya di sebelah Shazuan tadi adalah Kamarul, tetapi Shauki memintanya berubah tempat kerana dia hendak bersembang dengan Shazuan.Segera dia memanggil mamak untuk memesan makanan dan minuman.
"Hei mamak,bagi megi goreng sama milo ais kaw-kaw punya", pesan Shauki. Mamak itu hanya mengangguk.
"Kau sekolah mana dulu?", tanya Shauki kepada Shazuan.
"Ouh,aku sekolah kat MRSM @#&#*# Melaka,kau pulak?", tanya Shazuan kembali.
"Fuhh,budak pandai la ni.Aku sekolah sini je.Nak masuk sekolah elit macam kau tak dapat hahahaha", kata Shauki sambil tertawa.
"Takdelah,semua sekolah sama je Shauki.Ni kau baru balik kerja ke?", tanya Shazuan kepada Shauki.
"Haah,aku promoter part time kat JJ. Kau tak keje ke?", tanya Shauki sambil memandang Shazuan.Sambil itu dia menyalakan batang rokoknya.
"Belum lagi,minggu depan baru aku start", jawab Shazuan.
YOU ARE READING
REMAJA 2011
RomanceBERCERITA TENTANG AKU YANG BERUMUR 19 TAHUN PADA TAHUN INI DAN TELAH PUN DITERIMA UNTUK MASUK KE MAKTAB PERGURUAN. TAHUN INI JUGA BERMULA PERKENALANKU DENGAN SHAUKI DAN IKHTIARKU BERSAMA SHAZUAN DAN KAWAN-KAWAN YANG LAIN UNTUK MEMBANGUNKAN TANAH TER...