CHAP 5 - SHAUKI

377 8 0
                                    

Rancak sungguh perbualan antara Wafi dan kawan-kawannya,begitu jugalah Shazuan dan Shauki.Antara mereka sudah mula bergurau dan menyakat antara satu sama lain meskipun baru berkenalan.Lama juga mereka melepak di mamak,hampir 4 pagi baru mereka pulang ke rumah.Sebelum itu sempat Shauki dan Shazuan bertukar nombor.

Lena sungguh kedua beradik ini tidur ketika ini.Mungkin kerana balik begitu lewat ketika melepak di mamak.Bagi Shazuan itulah kali pertama dia lepak begitu lama di kedai seperti itu.Itu juga kali pertama dia dapat bersembang dengan kawan-kawan yang ramai. Shazuan memeluk erat dan manja abang angkatnya ketika ini.Seperti biasa mereka tidur hanya memakai spender sahaja.

Pintu bilik Wafi diketuk dengan kuat sekaligus mengejutkan Wafi dan Shazuan yang sedang lena tidur. Masing-masing segera mencapai seluar masing-masing.
"Itulah,ibu suruh balik awal kamu berdua nak jugak lepak lama dekat mamak tu,lekas mandi lepas tu turun makan.Dah pukul berapa jam sekarang?" Tegur ibu Wafi kepada mereka berdua.Shazuan hanya tertunduk malu.

Mereka berdua lekas mandi seperti yang diarahkan kerana tidak mahu dibebel lagi.Kemudian dengan segera mereka menjamah makan tengahari. Patutlah ibu bising kerana jam sudah menunjukkan pukul 2 petang.
"Kamu berdua malam ni kalau nak keluar jangan balik lewat sangat,takut ayah kamu bising",pesan ibu lagi ketika mereka sedang menikmati makan tengahari.

Barulah kini Shazuan faham mengapa abangnya jarang pulang ke Kajang. Sebenarnya Wafi bukanlah jenis yang suka melepak,apatah lagi bersembang dalam tempoh yang lama.Shazuan amat mengenali sikap abangnya itu.Cuma mungkin disini dia sedikit berbeza kerana bukan selalu dia berjumpa dengan kawan-kawannya di sini. Bagaimanapun dia kagum dengan cara abangnya mendengar teguran tersebut, Wafi hanya mendiamkan diri sahaja, tidak menjawab.Mungkin dia tidak berminat hendak memanjangkan cerita.

Malam ni kau free tak? - Shauki

Shazuan menerima mesej daripada Shauki.Kemudian dia segera membalasnya.

Free je,tapi tak tahulah abang aku nak ke mana malam ni. - Shazuan

Kau tanya dulu abang kau. - Shauki

"Bang,malam ni kita ada ke mana-mana ke?", tanya Shazuan kepada abangnya yang sedang leka menonton youtube ketika itu.

"Takde kot,cuma maybe aku lepak jap dengan Mok.Asal ?" Jawab abangku.

"Shauki mesej ni dia tanya malam ni saya free ke tak.Itu yang saya tanya abang takut abang ajak saya keluar ke apa", jelas Shazuan lagi.

"Ouh, kalau kau nak lepak ngan dia pergi jelah.Tapi balik awal,kang bising lagi diorang." Pesan Wafi merujuk kepada kedua orang tuanya.

Malam ni aku tak ke mana pun.Cuma Wafi lepak dengan kawan dia semalam. - Shazuan.

Malam ni jom ikut aku round-round KL. - Shauki

Boleh tu boleh,tapi aku kena balik awal sebelum pukul 12. Boleh tak? - Shazuan

Okay boleh je.Jumpa malam ni.Pukul 10.30 aku sampai depan rumah - Shauki

Shauki merupakan seorang remaja berusia 18 tahun,sama seperti Shazuan. Ayahnya mempunyai perniagaan sendiri iaitu bas sekolah.Tetapi tidak pasti mengapa Shauki tidak bekerja dengan ayahnya.Shauki lebih selesa bekerja sebagai promoter di sebuah pusat membeli belah terkenal di Cheras Selatan.

Berbicara tentang Shauki,dia merupakan seorang yang boleh dikatakan tampan.Mempunyai senyuman lebar yang cukup manis.Dia juga mempunyai ketinggian seperti Shazuan dan berat badannya sekitar 52KG.Shauki sebenarnya cukup digilai oleh kawan wanita yang seusia dengannya di taman perumahan ini.
Selain itu juga dia memang seorang yang cukup peramah.

Pada malam ini,2 orang remaja yang baru berkenalan itu meronda di sekitar Kuala Lumpur menaiki motosikal.
Cukup gembira Shazuan ketika itu,apatah lagi dapat melihat keindahan kota metropolitan ini pada waktu malam.Kemudian mereka menikmati keenakan Nasi Lemak Kg Baru di tengah-tengah ibu kota.

"Kau dah ada awek ke Wan?", tanya Shauki kepadanya.

"Ada dah, kau pulak?", jawab Shazuan sambil mengelap bibirnya dengan tisu.

"Hahaha.Ada je.Cuma pakai buanglah", jawab Shauki bersahaja.

"Pakai buang? Tak faham." Kata Shazuan.Sememangnya Shazuan tidak tahu dalam perkara seperti itu.

"Aduhh kau ni.. serius lah tak tahu? Hahaha." Kata Shauki lagi sambil tertawa.

"Aku memang tak tahu la gila." Jawab Shazuan lagi.

REMAJA 2011Where stories live. Discover now