CHAPT 24 - AIDA

332 7 0
                                    

Seusai tamat kuliah di maktab,aku terus ke Parkson Terminal One untuk membeli kemeja untuk kegunaan pada hujung minggu ini.Seniorku di maktab, Hafsam akan melangsungkan perkahwinannya ketika itu dan aku dijemput untuk menghadirinya bersama rakan sekuliahku yang lain.

Sebenarnya aku berasa agak janggal juga apabila hadir berseorang mencari pakaian di sini.Sebelum ini Shazuan adalah orang yang setia menemaniku, malah dia adalah orang yang mencari pakaian yang boleh dipadankan denganku.Terpaksalah aku meneliti dan memilihnya sendiri.

Ketika aku berjalan-jalan pergi ke kedai lain,aku mendengar namaku seolah olah dipanggil oleh seseorang.Rupanya Aida,rakanku semasa di MRSM dahulu yang memanggilku.
"Wafi buat apa kat sini?", tanya Aida ketika aku menghampirinya.

"Ohh Wafi cari baju,hujung minggu ni member kahwin." Jawabku sambil tersenyum.

"Mana awek? Takkan jalan sorang je?" Tanya Aida sambil memandang sekeliling.

"Hahaha mana awek nak Wafi ni. Lain lah kacak macam Helmi.Aida pulak datang sini buat apa? Dengan sape?" Tanyaku pula.

"Amboii bertalu soalan dia ni.Aida tadi datang sini jumpa saudara.Ingat nak balik Melaka tapi bas lambat lagi. Tu yang naik kat atas jap rasa aircond. Ternampak pulak Wafi dari atas tadi." Jelas Aida.

"Nak balik Melaka la ni? Wafi nak balik Rembau,kalau Aida nak Wafi hantarkan ke rumah terus boleh je.Lagipun takde la jauh sangat Rembau dengan Melaka tu", tawarku kepada Aida.

"Really Wafi nak hantar Aida ni? Bukan main-main kan?", tanya Aida yang mahu mendapatkan kepastian.

"Yep,lagipun bukan jauh pun Rembau Melaka tu.Tak silap rumah Aida kat Pengkalan balak kan?" Soalku semula kepada Aida.

"Haah,rumah Aida kat situ." Jawab Aida ringkas.

Kami berdua berbual mesra sepanjang perjalanan menghantar Aida ke rumahnya.Aida kini merupakan penuntut sebuah universiti awam di Melaka dalam bidang perakaunan tetapi tidak tinggal di hostel memandangkan rumahnya terletak berhampiran dengan kampus.

Aida turut bertanyakan kepadaku tentang perkhabaran kawan-kawan kami yang lain semasa di MRSM dahulu.Aku bercakap jujur dengannya yang aku sememangnya sudah lama tidak bertemu dan bertanya khabar kawan-kawanku yang lain.Jelasku mungkin ketika ini mereka sibuk menumpukan pengajian di dalam bidang masing-masing.Mungkin apabila cuti semestar bermula kami dapat berkumpul lagi seperti tahun lepas.

Dalam masa yang sama juga Aida berkongsi tentang kisah peribadinya. Kata Aida sebelum ini dia pernah bercinta dengan salah seorang penuntut dalam pengajian yang sama di kampusnya.Tetapi hubungan itu tidak bertahan lama kerana kekasihnya itu berlaku curang kepadanya.Aku titipkan pesanan kepada Aida supaya menguatkan diri kerana satu hari nanti dia pasti akan menemui lelaki yang benar-benar menyayangi dirinya.

Ketika ditanya mengenai soal peribadiku terutamanya tentang percintaan,aku menjawab bahawa aku tidak memikirkannya sekarang.
Bukannya aku tidak mahu,tetapi mungkin pintu hatiku ini belum diketuk oleh sesiapa.Padahal di maktab ramai sahaja gadis di sana yang mahu berkenalan denganku,cuma aku yang tidak melayannya.

Aida kemudian mengungkit kembali ketika kami berdua dan rakan betchku yang lain terlibat dalam program reunion di Jelebu pada tahun lepas. Jelas Aida aku kelihatan paling kacak diantara rakan lelakiku yang hadir ketika itu.Aku tidak pasti jika pujiannya itu benar-benar ikhlas ataupun tidak, tetapi aku mengatakannya mungkin matanya rosak ketika itu kerana menilaiku sedemikian,Aida hanya tertawa mendengarnya.

Bau perfume yang dipakai Aida begitu kuat aromanya di dalam keretaku,apatah lagi ketika aircond di pasang.Sebenarnya semasa berbual dengan Aida,ada juga aku mencuri pandang buah dadanya ketika itu. Meskipun Aida kembali bertudung ketika ini,tetapi tudung yang disarungnya itu begitu singkat.Dari Terminal One,Seremban tadi aku mula memerhatikan batang tubuhnya, terutama pada punggungnya yang bulat dan lentik itu.

Aku kemudian akhirnya sampai juga di rumah Aida dengan selamat.Sebuah rumah teres 2 tingkat lot corner yang terletak di kawasan kejiranan melayu. Ada juga Aida mempelawa aku masuk ke dalam menemui keluarganya,tetapi aku menolak dengan baik.Lagipun batangku sudah menjerit di dalam spender kerana sudah tegang.Aku perlu membetulkan posisi batangku segera agar ia tidak menyakitiku terutamanya ketika aku memandu.Aku kemudian meminta diri untuk pulang ke Rembau.

REMAJA 2011Where stories live. Discover now