CHAPT 11 - GAJI PERTAMA

308 5 0
                                    

Shazuan mengigil kesejukan kerana air di sungai ini cukup segar dan sejuk. Sangat jernih air sungainya di sini sehingga kelihatan jelas ikan yang bermain main di dalamnya.Tambahan pula tempat ini belum pernah diteroka sebelum ini.En Firdaus dan aku juga hadir melihat kejayaan mereka dalam menjalankan tugas.

Ashraff dan Shauki masing-masing keja bermain air ketika ini.Kedua remaja itu sering memperagakan aksi untuk terjun ke dalam sungai dari atas batu yang bertenggek itu.Jeritan Uncle Adnan kedengaran begitu jelas meminta mereka berdua supaya berhati-hati.

En Firdaus mencadangkan agar tempat ini dibangunkan menjadi chalet ataupun homestay kerana terdapat air terjun dan sungai yang jernih berada disini.Aku dan Uncle Adnan menyambut baik cadangan tersebut.

"Berapa agaknya kos modal kalau nk buat ni Firdaus?", tanya Uncle Adnan.

"Banyak jugak Uncle.Saya kena cari dulu kontraktor untuk bincang tentang harga.Rasanya lebih baik kita buat bangunkan sikit-sikit je dulu.Lagipun tanah ni besar." Jawab En Firdaus pula.

"En Firdaus,maaf mencelah.Saya rasa better kita pagarkan dulu sekeliling kawasan ni.Memanglah kita nak bukak dulu kat sungai ni untuk orang mandi, tapi kita kena bersihkan dulu kawasan ni sekurang kurangnya.Sebab taknak ada apa-apa yang terjadi macam serangan haiwan berbisa dan buas.
Untuk masa ni kita buat rumah rehat untuk kita dulu pun takpe.
Kita tambah sikit pondok dan buat tapak khemah untuk pengunjung sewa.
Chalet atau homestay yang nak dibangunkan tu kemudian pun takpe", Cadangku kepada En Firdaus.

"Kamu ni Wafi,walau baru berumur macam ni dah pandai bagi idea dan cadangan bernas macam ni.Saya setuju dengan pandangan Wafi ni Firdaus", kata Uncle Adnan menyokongku.

"Ada sebab kenapa En Kamzul jaga dia Uncle", jawab En Firdaus sambil melemparkan senyuman kepadaku.
-------------------------------------------------------------
Shauki tersandar kepenatan di dalam kereta,begitu juga dengan Asraff yang berada di sebelahnya.Shazuan pula berada di kerusi hadapan bersebelahan Wafi yang sedang memandu.Hari ini merupakan hari yang paling penat buat dirinya dan 2 orang rakannya yang lain.Awal pagi tadi mereka sudah tiba dikebun dan menebas semua semak dan belukar.

Mereka juga mengumpulkan semua semak yang mereka tebas dan membakarnya.Kemudian mereka menyambung lagi kerja menebas belukar dan membuat denai sebagai jalan menuju ke air terjun.Meskipun mereka berasa amat keletihan ketika itu,tetapi rasa itu berbaloi selepas kerja mereka selesai.Kesegaran air terjun di kebun itu masih dirasakannya sehingga kini.

Mereka menjamu selera dulu di sebuah kedai makan di Pekan Rembau.Sungguh lahap mereka bertiga menjamah makanan.Wafi yang melihat mereka ketika itu hanya tersenyum sahaja.Habis licin semua makanan dan lauk yang ditempah dan ketika ini mereka bertiga tersandar kekenyangan.

"Semua duduk dulu kat ruang tamu", arah Wafi kepada mereka selepas mereka sampai di rumah.

Mereka bertiga yang keletihan itu menurut sahaja arahan daripada Wafi. Jika diikutkan mereka mahu masuk ke dalam bilik sekarang untuk tidur.Wafi kembali dengan membawa air dari dapur dan dihidangkan di hadapan mereka.

"Aku tahu masing-masing barai,minum dulu air ni.Sekurangnya mengantuk korang hilang kejap", kata Wafi.

"Aku cuma sampaikan amanah je.Untuk pihak keluarga Shazuan aku nak ucap terima kasih terutamanya pada korang berdua Ashraff dan Shauki yang membantu Shazuan membersihkan kebun dia tu.Abang faham macamana penatnya korang bertiga,jadi esok korang tak payah la kerja.Korang boleh bercuti." Kata Wafi.
Shazuan dan 2 orang kawannya yang lain menyambut berita itu dengan penuh gembira.

"Ni adalah gaji korang bertiga dari En Firdaus untuk beberapa hari korang bekerja ni.Aku cuma menyampaikan amanah je.Pesan aku berjimatlah dengan duit gaji yang korang dapat.Kalau rasa ada lebih bagilah kat keluarga masing-masing.So kejap lagi korang boleh berehat,jangan keluar merayap pulak", Pesan Wafi lagi.

Sebelum mereka semua bersurai,mereka bertiga menerima gaji masing-masing sebanyak RM750.00 seorang.Shauki cukup terkejut kerana gaji yang diterimanya ini sama dengan gaji sebulan dia bekerja di tempat lamanya.Manakala Ashraff yang tidak pernah memegang duit sebanyak itu cukup teruja apabila menerima gaji pertamanya.

REMAJA 2011Where stories live. Discover now