Selesai mandi,Shauki membelek handphonenya,manalah tahu ada mesej daripada Shazuan.Puas juga dia menyemak,yang ada hanyalah mesej dari awek dan juga crushnya.Mungkin Shazuan sudah tidur fikir Shauki.Entah mengapa dia seperti selesa jika Shazuan ada bersamanya.Shauki bukanlah lelaki gay,buktinya adalah dia sering meninggalkan gadis setelah mendapat dara daripada mereka.
Itulah pakai buang yang dimaksudkan Shauki kepada Shazuan.Tetapi ternyata Shazuan gagal memahaminya.Tahulah Shauki bahawa Shazuan itu adalah remaja yang baik,tidak liar sepertinya.
Berapa ramai sudah gadis yang telah dinodai oleh Shauki,selepas mendapat apa yang diinginkannya,dia akan meninggalkan gadis tersebut.Shauki juga sedar apabila dibandingkan dirinya dan Shazuan,sudah pasti Shazuan akan menjadi pilihan ramai gadis kerana kesempurnaan wajah dan fizikalnya yang cukup menawan.Sebagai remaja yang berusia 18 tahun, sudah pastilah Shauki faham apa yang dimaksudkan dengan istilah gay itu. Shauki juga sering diganggu oleh lelaki jenis songsang,kebiasaanya lelaki jenis itu akan menghantar chat di laman sosialnya,tetapi Shauki langsung tidak melayan.Bahkan ada juga kawan sekerjanya yang gay,tapi Shauki tidak menghiraukan minat mereka kepadanya dan melayan mereka seperti biasa,sama seperti Shauki melayan kawan-kawannya yang lain.
--------------------------------------------------------------
Aku mengajak Shazuan ke kedai Al-Ikhsan untuk membeli kasut futsal. Taufik ada memberitahuku malam ini ada futsal dan mengajak aku dan Shazuan untuk turut serta.Kasut futsal yang sedia ada aku tinggalkan di Rembau,jadi mahu atau tidak aku terpaksa membeli yang baru untuk digunakan pada malam ini.Kami berdua memilih jenama TOPSALA yang berharga RM299 sepasang.Setibanya aku di futsal,Mok dan Taufik sudah pun menanti kehadiranku dan Shazuan.Kata mereka berdua game kami kami akan bermula dalam 15 minit lagi.Dapatlah aku duduk sebentar menghisap rokok sambil berbual dengan kawan-kawanku yang lain.
"Fuhh,kasut baru siut.Ni bukan kaleng-kaleng ni", tegur Taufik ketika Shazuan menyarung kasut barunya.
"Terpaksa beli bang,kasut asal tertinggal kat Rembau", jawab Shazuan sambil tersengih.
"Berapa jam kau order court ni?" Tanya aku kepada Taufik.
"2 jam pi.Okay la kot", jawab Taufik kepadaku.
Shauki baru pun tiba dari tempat kerjanya.Kelihatan dia tergesa gesa kerana takut lewat.Kemudian dia menghampiri kami semua dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman.
--------------------------------------------------------------
Taufik ada menghubungi Shauki petang tadi berkenaan game futsal pada malam ini. Gembira sungguh dia rasakan apabila Taufik memberitahu Wafi dan Shazuan turut serta bermain pada malam ini. Sebab itulah dia tergesa gesa pulang ke rumah pada waktu rehat tadi untuk mengambil kasut futsalnya."Weh Wan,nanti kau team dengan aku lah.Boleh jadi king,stay lama dalam court", pelawa Shauki kepada Shazuan.
"Aku okay je Shauki.Mana manapun boleh.Tapi jangan marah pulak,aku noob tau.Tak tau sangat main futsal ni", kata Shazuan sambil mengemaskan lagi ikatan tali kasutnya.
Secara tidak sengaja,mata Shauki terpandang benjolan Shazuan yang kelihatan dari seluar pendek yang dipakai olehnya.Tidak berkedip mata Shauki melihatnya ketika itu.Entah kenapa Shauki merasakan mahu meramas benjolan tersebut.Kemudian dia memandang lagi wajah Shazuan yang kemerahan itu.
"Kau mengelamun apa? Cepatlah pakai kasut futsal tu." Tegur Shazuan apabila dia sedar Shauki merenung wajahnya.
"Biasalah penat baru balik kerja", jawab Shauki memberikan alasan.
Banyak juga kemenangan yang dicatatkan oleh pasukan Shauki yang dianggotai oleh Shazuan dan kawan-kawannya yang lain.Ada suatu ketika mereka mencatatkan 7 kemenangan berturut turut.Shazuan cukup lincah pada malam ini,banyak juga gol yang dijaringkan.Sebenarnya Shazuan memang handal dalam permainan futsal dan bola padang.
"Sembanglah kau Wan,cakap tak reti main futsal bagai", luah Shauki kesal selepas masa permainan mereka tamat.
"Hahaha.Aku biasalah je lah.Takdelah hebat manapun." Jawab Shazuan merendah diri.
"Kau nak ke mana?", tanya Shauki apabila melihat Shazuan mulai bangun.
"Pergi tandaslah tukar baju dengan seluar.Dahlah tuala tak bawak." Jawab Shazuan.
"Tukar sini je la.Apa kau nak malu? Semua lelaki kot." Jawab Shauki pula.
"Malulah aku", kata Shazuan ringkas.
Shauki mengekori Shazuan ke tandas untuk menukar pakaiannya ketika itu. Shazuan merupakan seorang yang pembersih,sebab itu dia sentiasa menjaga penampilannya agar kemas sentiasa.Shazuan mula membuka bajunya,otot sixpacknya mula kelihatan.Kemudian dia menanggalkan pula seluar pendeknya dan tinggalah spender RENOMAnya yang berwarna hijau itu.Benjolan Shazuan yang besar itu betul-betul menarik perhatian Shauki.
YOU ARE READING
REMAJA 2011
RomansaBERCERITA TENTANG AKU YANG BERUMUR 19 TAHUN PADA TAHUN INI DAN TELAH PUN DITERIMA UNTUK MASUK KE MAKTAB PERGURUAN. TAHUN INI JUGA BERMULA PERKENALANKU DENGAN SHAUKI DAN IKHTIARKU BERSAMA SHAZUAN DAN KAWAN-KAWAN YANG LAIN UNTUK MEMBANGUNKAN TANAH TER...