Hari ini aku akan menghantar kedua orang tuaku kembali ke Kajang. Untie Esah kelihatan cukup sedih ketika memeluk ibuku sebelum kami bertolak ke Kajang tadi.Maklumlah sepanjang ibuku berada di sini,dengan Untie Esah lah dia membawang.Mereka berdua juga menjemput kedua orang tuaku datang lagi ke sini apabila berkelapangan.
Kelmarin En Firdaus ada datang ke sini.
Dia ada memberitahuku tentang rancangan kerja untuk Shazuan yang akan bermula pada minggu hadapan. Tetapi kerja yang perlu dilakukan Shazuan itu perlu bertiga.Segera Shazhuan mencadangkan nama Ashraff dan Shauki.Pada mulanya aku terkejut juga apabila Shazuan mencadangkan nama Shauki,tetapi setelah dia memberikan alasan dan penjelasan, aku dan En Firdaus bersetuju.Shazuan,Ashraff dan Shauki akan memantau dan membaikpulih rumah yang telah diubahsuai untuk menjadi bilik sewa di Senawang.Rumah itu sebenarnya memang milik ayah Shazuan yang dibeli ketika dia hidup. Begitu juga dengan beberapa rumah lain seperti di Seremban dan Tampin. Selain itu juga mereka bertiga perlu menjaga kebun buah buahan peninggalan ibu Shazuan yang bersaiz 3 padang bolasepak yang terletak di Pedas.Uncle Adnan juga turut akan membantu di kebun tersebut.
Aku sememangnya mengenali Shauki. Lagipun dia merupakan jiranku di Kajang.Dia juga mempunyai kemahiran seperti bertukang,kerana itu merupakan salah satu dari hobinya. Selain itu juga dia merupakan seorang yang sangat lasak,jadi elok juga dia menemani Shazuan dan Ashraff di kebun nanti.
Selepas aku menghantar kedua orang tuaku,terus aku menjemput Shauki di kedai berhampiran dengan mamak tempatku melepak.Meskipun aku tahu mengapa Shauki memilih untuk menunggu disitu dan tidak memberikan alasan,aku sudah masak sangat mengapa.Ini kerana dia tidak memberitahu kedua orang tuanya yang dia akan mengikuti Shazuan bekerja di Rembau,tambahan pula ayahnya memang seorang yang sangat rumit.
Sungguh rancak perbualan Shazuan dan Shauki di dalam kereta sepanjang perjalanan kami bertiga ke Rembau.
Sekali sekala ada juga Shauki mengajakku bersembang.Dari cermin ini aku dapat melihat betapa mesranya Shauki apabila dia berbual dengan Shazuan.Wajah tampan Shauki membuatkan aku berfikir untuk melakukan perkara yang nakal kepadanya jika ada kesempatan nanti."Wan,tinggalkan abang dengan Shauki kejap.Ada benda abang nak bincang dengan dia", arahku kepada Shazuan yang ketika itu melepak dengan Shauki di ruang tamu.Seperti yang diarahkan, Shazuan meninggalkan kami berdua.
"Sekarang ni kau dengar apa yang aku cakap.Aku tak kisah kalau kau lari rumah sekalipun,tapi kalau kau kantoi jangan babitkan aku dengan Shazuan. Faham?", kataku kepada Shauki dengan nada yang tegas.
"Tapi bang,mana ada saya lari dari rumah." Jawab Shauki yang masih tidak lagi mengaku.
"Kalau tak,kenapa kau tak tunggu depan rumah kau tadi.Kalau kau berani kau call lah mak ayah kau sekarang.
Bagitahu yang kau duduk Rembau dengan aku", cabarku kepada Shauki."Hmm baik bang.Maafkan saya.Saya janji saya takkan libatkan Shazuan dengan adik abang", jawab Shauki yang akhirnya mengaku kesalahannya.
"Perangai lama kau kat Kajang jangan bawa ke sini.Jangan ajar Shazuan dengan Asraff tu benda bukan-bukan. Kalau kau jahat,cukuplah jahat tu kat kau sorang.Kau kenal aku mcmana dan aku pun kenal kau mcmana.Aku rada kau faham kot apa yang aku maksudkan." Kataku lagi kepadanya.
"Baik bang,saya janji tinggalkan perangai lama saya tu." Jawab Shauki yang sudah menundukkan wajahnya.
"Orang yang kau ikut kerja ni peguam keluarga Shazuan.Aku harap kau tak ambik kesempatan sebab dorang ni semua orang baik.Hormat orang sekeliling kau terutamanya Uncle Adnan dengan Untie Esah.Aku percaya kau ikut datang sini sebab nak ubah diri kau, nak betulkan pandangan serong ayah kau pada kau.Teruskan niat kau tu,kalau baik Tuhan akan bantu", pesanku lagi kepada Shauki sebelum mengakhiri perbualan kami berdua.
YOU ARE READING
REMAJA 2011
RomanceBERCERITA TENTANG AKU YANG BERUMUR 19 TAHUN PADA TAHUN INI DAN TELAH PUN DITERIMA UNTUK MASUK KE MAKTAB PERGURUAN. TAHUN INI JUGA BERMULA PERKENALANKU DENGAN SHAUKI DAN IKHTIARKU BERSAMA SHAZUAN DAN KAWAN-KAWAN YANG LAIN UNTUK MEMBANGUNKAN TANAH TER...