Asap rokok berkepul kepul di meja mamak tempat aku melepak.Turut berada disini adalah Taufik,Mok dan kawan tamanku yang lain.Inilah port kami apabila bilangan ahli kami mencukupi.Kebetulan pula Mok dan Taufik balik wajib pada hari ini.Aku berbual rancak bersama mereka di samping bertukar pengalaman pengajian dan kursus yang kami ambil ketika ini.
Aku berasa sangat gembira apabila Taufik dan Mok masing-masing seronok mengambil kursus kemahiran di tempat masing-masing.Mereka berdua masing-masing "claim" tempat belajar mereka adalah yang terbaik.Kadang kala berlaku perdebatan hangat antara mereka,tetapi aku yakin itu cumalah gurauan kasar sesama mereka berdua.
"Hi abang-abang,rindu adik tak?", tanya Shauki yang tiba-tiba muncul.
"Oii musibat mana kau pergi haa? Main lama hilang?, jerkah Faizal kepadanya.
Semasa Shauki bekerja mengikuti En Firdaus,dia telah memilih untuk merahsiakan pemergiaannya ke Rembau daripada keluarga dan rakan- rakannya di sini.Dia hanya kembali ke sini seminggu sebelum mendaftarkan diri ke ILP Rembau tetapi memilih untuk meluangkan masa bersama keluarganya sahaja ketika itu.
"Weh Shauki? Kau pergi mana? Abang kau carik kau macam orang gila masa kau hilang tu." Tanya Taufik pula.
"Aku follow kawan aku kerja luar lah. Aku tau Shafiq (abg Shauki) cari aku. Tapi aku dah setle pun dengan dia. Family aku pun semua aku dah jumpa balik", jelas Shauki lagi.
"Kau pun,lepas ni kalau lari rumah pun bagitahulah kawan-kawan kau pergi ke mana.Ni hari-hari kitorang kena soal dengan abang kau.Kena sekolah pulak dengan ayah kau yang acah-acah bagus tu lagi", luah Faizal kesal.
"Okay geng, sorry kalau susahkan korang.Tapi lepas ni korang jangan risau sebab dorang dah tahu aku pergi mana.", Kata Shauki lagi.
"Kau lama tak nampak,mana kau pergi?", tanya Mok pula.
"Aku sekarang study la sbb tu aku jarang ada dekat sini", jawab Shauki lagi.
"Kau study kat mana Shauki?" Tanya Zul dengan penuh minat.
"Aku study kat ILP Rembau.Kos macam Taufik gak", jujur Shauki.
Kawan-kawan kami yang berada di situ amat terkejut mendengar penjelasan Shauki.Mereka seolah olah tidak percaya Shauki menyambung pelajaran.Apatah lagi mereka sudah masak dengan karenah nakalnya."ILP Rembau? Dekat dengan tempat kau ke Wafi?", tanya Mok kepadaku.
Belum sempat aku menjawab,Taufik sudah mencelah;
"Wafi study maktab,Shauki kat ILP.. Mana sama Mok.Sebab tu lah aku cakap tempat kau study acah gempak je. Sebab tu budak dia bodoh macam kau".Selepas melepak bersama mereka,aku kembali pulang dan baring di dalam bilik.Aku sebenarnya berasa amat lega rahsiaku dan Shauki tidak terbongkar. Jika mereka yang lain tahu sebelum ini Shauki ada bersamaku,pasti akan mendatangkan masalah kepadaku. Tambah lagi ayahnya seorang yang sangat cerewet.
Handphoneku berbunyi,seperti ada mesej yang masuk.Pantas aku membuka mesej tersebut manalah tahu daripada Shauzan.Rupanya pesanan itu dikirim oleh Shauki.
Hi bang.Abang balik Rembau hari Ahad ke? Kalau abang balik Shauki nak tumpang boleh? - Shauki
Haa boleh je.Aku gerak petang sebab kelas aku pagi Isnin tu.Kau nak aku ambik kau kat mana? - Aku
Abang amik saya kat bustand KTM Kajang boleh? - Shauki
Dah jauh sangat aku kena pusing ambik kau tu. - Aku
Habis abang nak saya tunggu kat mana? - Shauki
Haa takpelah.Kau tunggu je situ esok pukul 4.Kita ikut jalan lama je - Aku
YOU ARE READING
REMAJA 2011
RomanceBERCERITA TENTANG AKU YANG BERUMUR 19 TAHUN PADA TAHUN INI DAN TELAH PUN DITERIMA UNTUK MASUK KE MAKTAB PERGURUAN. TAHUN INI JUGA BERMULA PERKENALANKU DENGAN SHAUKI DAN IKHTIARKU BERSAMA SHAZUAN DAN KAWAN-KAWAN YANG LAIN UNTUK MEMBANGUNKAN TANAH TER...