CHAP 3 - MASA TERLUANG

411 10 0
                                    

Aku sudah pun meninggalkan hotel di Cameron Highlands dan memandu pulang ke Kajang.Sepanjang perjalananku menuruni Cameron Highlands ke jalan utama,aku langsung tidak membuka aircond kereta.Tetapi aku membuka tingkap kerana aku mahu merasai sendiri angin dan cuaca yang dingin dan sejuk di sini.Ada juga aku singgah di gerai yang terletak di tepi jalan untuk membeli cenderamata dan buah tangan untuk keluargaku.

Ibu dan ayahku menyambut kepulanganku dengan wajah yang cukup gembira.Maklumlah sudah lama aku tidak pulang ke sini.Kemudian mereka berdua mempelawa aku dan Shazuan menikmati hidangan di atas meja.Mereka bertanyakan berkenaan pengajianku di maktab.Aku mengatakan semua baik-baik sahaja. Dalam masa yang sama aku meminta mereka mendoakanku supaya aku dapat menghabiskan tempoh pengajianku di maktab dengan berjaya.

Mereka juga ada bertanyakan kepada Shazuan mengenai rancangannya sementara menanti keputusan SPM keluar.Kata Shazuan mungkin buat masa ini dia akan mengikuti En Firdaus bekerja.Dalam masa yang sama dapatlah dia melihat harta peninggalan kedua orang tuanya seperti aset tanah dan perniagaan yang pernah orang tuanya lakukan.

Aku merehatkan diriku sebentar di dalam bilik sementara Shazuan sedang rancak berbual dengan kedua orang tuaku di ruang tamu.Malam ini mungkin aku mahu melepak dengan Taufik dan Mok seketika di kedai mamak.Maklumlah sudah lama juga kami tidak bertemu.Pasti banyak topik yang kami akan katakan,maklumlah sudah lama tidak berjumpa.

Aku tidak sedar bilakah aku terlena saat Shazuan mengejutkanku.Dia meminta aku mandi untuk membersihkan diriku.Dalam masa yang sama juga dia mengajak aku dan kedua ibubapaku untuk menikmati hidangan makan malam di luar.Aku mengangguk tanda setuju.

Aku,Shazuan dan kedua ibubapaku telah pun tiba di Sate Kajang Haji Samuri yang terletak berhampiran Stadium Kajang.Sememangnya tempat ini menjadi destinasi pilihan terutama buat pengemar satay.Lagipun Satay Samuri ini telah sinonim dengan bandar Kajang.Ayahku dan Shazuan masing-masing menempah satay untuk dijadikan hidangan kami berempat pada malam ini.

"Apa je rancangan kamu Wafi masa kat rumah ni?", tanya ayah kepadaku.

"Takde pun.Just lepak kejap la kot dengan kawan-kawan taman sebelum balik Rembau balik.", jawabku ringkas.

"Ibu dan ayah ingat kalau kamu berdua nak pulang ke Rembau,kami berdua nak mengikut dan hendak bermalam di sana.Dah lama kami tak pergi ke rumah Shazuan.", Luah ibuku.

"Oh,boleh je nak ikut takde masalah. Cuma kena tanya tuan rumah la." Kataku lagi sambil menjeling ke arah Shazuan.

"Apa benda abang ni? Ayah dengan ibu datang je.Nak duduk sana terus pun boleh." Jawab Shazuan lagi.

"Betul ke Shazuan? Kalau betul ayah dan ibu nak duduk lama sikit kat sana. Ingat nak duduk sampai hujung bulan 3", tanya ayah lagi untuk mendapatkan kepastian.

"Betul ayah,Wan tak kisah pun.Ayah dengan ibu nak duduk terus pun takpe.Sekurangnya ada la orang duduk rumah tu", kata Shazuan lagi.
--------------------------------------------------------------
Amir membelek profil rakan lamanya di MySpace.Tujuannya hanyalah satu, untuk mendapat tahu di mana keberadaan Zairol dan Mubin ketika ini.Dia yakin bahawa kedua orang kawannya itu telah menyekat dirinya daripada melihat profil mereka.Kerana sudah berasa putus asa,Amir kemudian membelek profil kepunyaan Wafi.

Wajah Wafi masih tidak berubah,sama sahaja seperti dahulu.Dia kelihatan cukup tampan dan segak.Kali terakhir Wafi menaikkan statusnya adalah kira-kira 9 bulan yang lalu.Selepas itu mungkin dia beralih ke facebook.Hatinya menjerit mahu menemui Wafi,tetapi dia tidak tahu bagaimana untuk menyampaikan haststnya itu kepada Wafi.Lalu dia kemudian menghantar chat kepada Wafi dengan harapan Wafi akan membacanya satu masa nanti.

Malam itu Amir terkenangkan semuanya,daripada keluarganya sendiri hinggalah kepada kawan-kawannya yang sudah lama dia tidak berjumpa.Hatinya meronta mahu menemui mereka semua,tetapi dia takut dihina dan ditertawakan lagi. Berbagai kenangan yang terlintas di fikirannya saat ini.

Dahulu dia adalah seorang yang sangat ceria dan suka bergurau.Amir cukup disenangi kawan kawannya tidak kira lelaki atau perempuan.Hubungannya dengan keluarganya juga amat rapat, tetapi video yang tersebar itu menghancurkan segala galanya.Dalam tidak sedar air matanya mengalir di pipinya.

REMAJA 2011Where stories live. Discover now