Sudah seminggu Shazuan,Asraff dan Shauki mengikuti En Firdaus bekerja,dan seminggu juga mereka berdua tinggal bersama kami berdua di rumah ini.Setakat ini semuanya berjalan dengan baik dan Shauki mengikuti segala pesanan dan nasihat yang aku sampaikan kepadanya sebelum ini.
Mereka tidak akan lama bekerja bertiga,kerana Shazuan dan Ashraff masing-masing menunggu tawaran untuk memasuki universiti selepas mendapat keputusan SPM yang cemerlang tempoh hari.Shauki pula aku tidak pasti,aku berharap dia akan mengambil kursus ataupun sijil kemahiran di IKBN atau ILP.
Sepanjang mereka bertiga bekerja,aku hanya berseorangan sahaja di rumah. Disebabkan tiada sesiapa lagi di sini, semua kerja rumah terpaksa aku selesaikan.Lagipun aku sudah biasa melakukan perkara itu dari dahulu.
Cuma aku seringkali berpesan kepada Ashraff dan Shauki untuk menjaga kebersihan tandas dan bilik tidur yang mereka gunakan ketika ini.Selama Shauki berada di rumah ini,aku tidak pernah melihatnya merokok di dalam rumah kecuali di luar sahaja.Ada kalanya aku berasa kebosanan juga,pernah juga aku menghubungi Aliff untuk mengajak melepak,tetapi dia menolak kerana mengikuti kawannya bekerja part time sempena cuti sem ini.Nizam pula jauh berada di UUM.Jadi aku menikmati hari-hariku di rumah sahaja.Kadang kala mereka bertiga balik lewat selepas bekerja dan terus terlena setelah sampai di rumah, jadi aku tiada masa untuk bersembang lama dengan Shazuan dan mereka berdua.
-------------------------------------------------------------
Selepas menebas semak,Shauki hanya tersandar sahaja di pokok.Peluh jantan membasahi tubuhnya.Jelas sekali dia berasa begitu penat.Meskipun Uncle Adnan telah berusia,namun tenaganya mengalahkan tenaga 3 remaja yang berusia 18 tahun itu.Asap rokok berkepul kepul di udara,Shauki menikmati setiap sedutan rokok yang diambilnya.Shazuan dan Ashraff baru sahaja pulang membungkus makanan dan minuman dari kedai berhampiran. Kemudian Shauki menghamparkan tikar sebagai tempat untuk mereka mengisi perut sebentar lagi.Bau kari ayam betul-betul harum semerbak sehingga menusuk ke dalam hidung mereka.
"Uncle Adnan,Shauki jom sempedek dulu.Lapar bangat ni", pelawa Ashraff sambil memberi bungkusan makanan dan minuman kepada mereka berdua.
"Boleh tahan gak kau Shauki,lama gak dapat menebas dgn Uncle Adnan. Aku dgn Ashraff dah K.O dah", puji Shazuan kepada Shauki.
"Uncle Adnan lagi champion lah.Kena cepat weh,kalau tak memang berkicap lah hadap benda ni lama-lama.3 hari dah buat ni", kata Shauki sambil mengunyah makanannya.
Sememangnya dia berasa amat lapar sekali."Betul kata Shauki tu.Kita sekarang kena siapkan jalan masuk dulu untuk mudahkan backhoe masuk.Dah selesai jalan masuk tu tak payah dah nak menebas." Terang Uncle Adnan sambil memberi semangat kepada mereka bertiga.
Uncle Adnan amat kagum dengan semangat 3 orang remaja berusia 18 tahun itu.Selepas menikmati makan tengahari,mereka terus menyambung kerja mereka untuk menebas semak dan anak pokok yang kecil.Sebagai orang dewasa,Uncle Adnan sendiri tidak menyangka bahawa mereka bertiga masih larat bekerja sehingga hari ketiga mereka.Jika remaja yang lain setengah hari sudah cabut melarikan diri kerana kerja ini memang memenatkan.
"Wan,aku dengar macam ada bunyi air lah kat depan tu", kata Ashraff kepada Shazuan.
"Bunyi air,dari mana pulak?", tanya Shauki pula.
"Cuba kau dengar betul-betul Shauki. Telinga dah capang dah takkan tak dengar." Jawab Shazuan sambil ketawa. Shauki memang mempunyai sepasang telinga yang capang.
Mereka bertiga semakin teruja apabila Uncle Adnan memberitahu terdapat air terjun dan sebatang anak sungai dihadapan.Semakin laju mereka menebas semak yang berada dihadapan mereka.Dalam tidak sedar mereka telahpun menebas hampir 2 jam dan bunyi air terjun itu semakin jelas kedengaran.
"Come on geng,sikit lagi ni", kata Shauki kepada kedua orang kawannya itu.
Uncle Adnan mula membawa masuk kereta Hilux melalui jalan yang telah ditebas semaknya oleh mereka bertiga sebelum ini.Dia berasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Shazuan dan dua orang rakannya itu.
"Uncle rasa dah boleh berhenti kot. Mari naik dulu,kita lenyek je jalan ni untuk tengok kat sungai kat depan tu", arah Uncle Adnan kepada remaja bertiga itu.
Mereka bertiga kemudiannya menaiki di bahagian belakang Hilux tersebut. Cuaca ketika ini tidaklah seterik tengahari tadi.Hembusan angin yang kuat menyejukkan sedikit tubuh mereka yang ketika ini sangat berpeluh.Setelah bergerak hampir 200m,akhirnya Uncle Adnan memberhentikan kenderaannya di hadapan rimbunan pokok yang tebal di hadapannya.
Mereka bertiga semakin teruja apabila mendengar bunyi air terjun dihadapan mereka.Uncle Adnan meminta mereka bertiga untuk menebas sedikit semak untuk dijadikan sebagai laluan menuju ke kawasan air terjun tersebut.
"Fuhh,cantiknya", kata Ashraff.
Mereka bertiga begitu teruja melihat air terjun dan sebatang anak sungai yang jernih berada dihadapan mereka ketika ini.Air terjun yang setinggi hampir 2 meter itu cukup cantik.Apa yang membuatkan mereka kagum adalah sungai di sini masih belum tercemar kerana belum ada sesiapapun yang meneroka tempat ini sebelum ini.
YOU ARE READING
REMAJA 2011
RomansaBERCERITA TENTANG AKU YANG BERUMUR 19 TAHUN PADA TAHUN INI DAN TELAH PUN DITERIMA UNTUK MASUK KE MAKTAB PERGURUAN. TAHUN INI JUGA BERMULA PERKENALANKU DENGAN SHAUKI DAN IKHTIARKU BERSAMA SHAZUAN DAN KAWAN-KAWAN YANG LAIN UNTUK MEMBANGUNKAN TANAH TER...