Suasana di halaman rumah Shazuan cukup meriah apabila dikerumuni oleh Ashraff dan beberapa orang kawannya dan juga juniorku dari asrama seperti Bob,Ilham dan Aniq,Uncle Adnan dan isterinya,begitu juga dengan kehadiran Mak Ngah dan keluarganya.Mereka kelihatan cukup gembira meraikan sesuatu.Aku yang ketika itu baru pulang dari maktab begitu tertanya tanya apa yang berlaku sebenarnya.
"Bang Wafi", jerit Shazuan semasa aku membuka pintu.Dia terus berlari ke arahku dan memelukku.
"Kau kenapa ni?", tanyaku kepada Shazuan.
"Wan dapat offer bang study,biasiswa kelas pertama." Katanya kepadaku.
"Haa elok lah tu rezeki kau,tapi yang kau happy sangat ni kenapa?", tanyaku lagi.
"Wan dapat sambung study kat London bang", ujarnya.Aku cukup terkejut mendengar berita itu daripada Shazuan,segera aku memintanya memberikan surat tawarannya kepadaku.
--------------------------------------------------------------
Aku berjalan menuju ke dapur,ketika itu aku melintasi bilik tidur Shauki dan Ashraff.Lantas aku masuk ke dalam dan melihat Shauki hanya termenung sahaja ketika itu dengan wajahnya yang muram."Kau kenapa ni?, asal tak ikut dorang keluar?", tanyaku kepada Shauki ketika aku menghampirinya.
Shazuan ada meminta izinku petang tadi untuk berjalan jalan dan bertemu dengan kawannya di Melaka bagi meraikan kejayaannya menyambung pelajaran ke sebuah univeriti terkemuka di London.Aku ingatkan Shauki turut serta bersama mereka, rupanya tidak.
"Seganlah bang.Lagipun saya ni tak macam Shazuan dengan kawan-kawan dia", kata Shauki kepadaku.
"Kenapa pulak? Apa yang tak samanya?", tanyaku lagi kepada Shauki.
"Shazuan bijak bang.Sama dengan Ashraff.Dorang pun dari sekolah elit macam abang.Dorang melepak sebab happy dapat sambung belajar? Saya pulak?", luahnya kepadaku.Shauki memandangku dengan wajah yang berat.
Aku merenung kembali apa yang diluahkan Shauki,kemudian aku duduk dihadapannya.Aku mengerti apa yang dimaksudkan oleh Shauki.Dia malu dan sedih kerana tidak bernasib baik seperti Shazuan dan rakan rakannya yang lain.
"Kita hidup ni Shauki dah ditentukan dengan rezeki masing-masing.Setiap orang akan dapat bahagian dia.Setiap orang dah ditentukan dengan jalan dan takdirnya sendiri.
Masa depan tu subjektif Shauki.Tak semua yang kita ada hari ni akan kekal pada masa depan.Dulu gaji kau masa promoter RM750 dekat KL,kau kerja dekat sini gaji kau lebih daripada tu. Semuanya itu rezeki dan takdir yang datang tanpa kita boleh pilih.
Betul,Shazuan ke London untuk sambung belajar,tapi sejauh manapun dia belajar ending dia kat satu tempat je Shauki,company yang ayah dia uruskan.
Kau pulak masih ada harapan,sebab tu aku nak kau masuk kemahiran sebab itu bidang kau.Shazuan mungkin bijak dalam subjek matapelajaran,tapi kau handal bertukang,benda yang dia langsung tak tahu tapi kau tahu.
Semua orang ada kelebihan dan rezeki masing-masing.Kau jangan mengalah. Hidup kau takkan berakhir sebab tak terima tawaran study.
Nasihat aku,mohonlah tempat kemahiran,asah bakat dan kelebihan yang kau ada.Kalau itu memang rezeki kau,benda tu takkan ke mana", pujukku kepada Shauki."Aku bukan Tuhan untuk ubah hidup kau,kau sendiri kena berubah.Aku datang dalam keluarga Shazuan tanpa apa-apa.Macam tu jugak kau,tanpa kau kenal siapa dia sebenarnya.
Kau renung balik kehidupan kau 3 bulan lepas dan yang sekarang,adakah kau Shauki yang sama di Kajang sekarang atau Shauki yang berbeza?
Kehidupan ni tak mudah Shauki,setiap orang ada ujian dia dan kau dah lepas salah satu ujian,iaitu pandangan serong family kau kat diri kau selama ni.
Kalau kau rasa kau dah puas hati dengan hidup kau sekarang,kau tak payah buat apa.Tapi kalau kau rasa diri kau masih ada harapan untuk berjaya, mulakan langkah kau.
Termenung,kesal dan sedih takkan mengubah apa-apa melainkan kau sendiri nak melangkah ke hadapan.
Jalani lah hidup kau sebaik mungkin,
Fikirkan apa yang aku pesan ni baik-baik.Moga kau faham apa yang aku maksudkan", terangku mengakhiri perbualan kami berdua.Aku melangkah keluar dari bilik Shauki dan aku kembali ke dalam bilikku. Mungkin aku bukanlah orang yang baik untuk memberi nasihat sebegitu,tapi aku percaya setiap orang berhak diberikan peluang kedua.Aku meletakkan kepalaku di atas bantal dan kemudiannya aku tertidur.
YOU ARE READING
REMAJA 2011
RomanceBERCERITA TENTANG AKU YANG BERUMUR 19 TAHUN PADA TAHUN INI DAN TELAH PUN DITERIMA UNTUK MASUK KE MAKTAB PERGURUAN. TAHUN INI JUGA BERMULA PERKENALANKU DENGAN SHAUKI DAN IKHTIARKU BERSAMA SHAZUAN DAN KAWAN-KAWAN YANG LAIN UNTUK MEMBANGUNKAN TANAH TER...