CHAPT 16 - PELEPASAN

324 7 3
                                    

Malam ini aku langsung tidak dapat melelapkan mata,begitu juga dengan Shazuan.Kami berdua mengambil kesempatan dan ruang yang ada untuk bersembang.Ada juga aku mendengar bunyi suara kawan Shazuan diluar, mungkin mereka masih belum tidur lagi sama seperti kami berdua ketika ini.

"Kau nak tidur,tidur lah Wan.Pukul 4.30 pagi kang kau dah kena bertolak ke KLIA," kataku kepadanya.

"Kalau nak tidur pun tak puas bang. Berapa jam je lagi.Tak sampai 3 jam pun.Abang esokkan ada exam,abanglah yang patut tidur." Jawab Shazuan kepadaku pula.

"Hahaha.Memang taklah.Abang nak kena study dulu kejap lagi.Pastu kena terus ke maktab sebab pukul 8.30 pagi exam dah mula.Kalau abang tidur ni silap-silap esok petang baru sedar", kataku lagi.

"Apa yang abang nak buat lepas ni?", Soal Shazuan kepadaku.

"Maksud Wan apa?", tanyaku lagi meskipun aku tahu apa yang dimaksudkan olehnya.

"Lepas Wan takde kat sini,apa abang nak buat? Abang kan biasa tidur dengan Wan je.Lepas ni abang nak tidur dengan sape pulak?", tanya Shazuan kepadaku sambil tertawa kecil.

"Teruskan hidup macam biasa je Wan", jawabku ringkas.

"Abang yakin abang boleh buat?", soal Shazuan lagi.Ketika ini suaranya mula berubah sedikit.

"Boleh atau tak itu perkara No 2.First kena cuba dulu.Tak cuba tak tahu kan?", jawabku lagi sambil tertawa sendirian.Ini bukanlah masa dan saatnya untuk aku beremosi.

"Thanks bang sebab ada dengan Wan selama ni.Abang yang jaga Wan selepas ibu dan ayah Wan meninggal.Abang jaga Wan macam abang jaga adik sendiri.Selama ni Wan terhutang budi dengan abang." Kata Shazuan lagi.Aku langsung tidak memandang wajahnya ketika ini kerana aku tahu dia sedang menitiskan air mata.

Perkarangan rumah Shazuan mulai riuh.Ada 4 kereta yang akan berkonvoi menghantar Shazuan ke KLIA. En Firdaus akan membawa Shazuan, Uncle Adnan dan Untie Esah akan mengikuti dengan menaiki kenderaan sendiri dan 2 buah kereta lagi di bawa oleh Ilham dan Ashraff.Shauki akan menumpang kenderaan dengan Ashraff.Selepas itu Shauki akan terus pulang ke Kajang.
Aku sendiri tidak pasti dia akan kembali bekerja di sini ataupun tidak, hal itu biarlah dia berurusan dengan En Firdaus.

En Firdaus mengigatkan Shazuan agar semua barang yang penting telah dibawa dan tidak ada yang tertinggal. Bagasi pakaian milik Shazuan telah pun dimuatkan di dalam bonet kereta En Firdaus.
"Mari Shazuan,kita dah lewat untuk bertolak", kata En Firdaus lagi.

Shazuan memandangku dengan wajah yang berat.Aku tidak melihatnya langsung ketika ini.Ketika aku berjalan mahu masuk ke dalam rumah,Shazuan berlari ke arahku dan memelukku sambil menangis.Aku menepuk bahu adik angkatku itu supaya dia terus kuat dan bersemangat.Aku sedar airmataku kini turut mengalir,tapi aku sedaya upaya menyembunyikannya tanpa dilihat oleh sesiapa.

"Jaga diri.Jangan buat apa yang kita buat kat sini dekat sana.Abang akan tunggu kau balik.Apa-apa nanti call je. Kuatkan diri dan kuatkan semangat. Jangan pernah berubah.Pastikan kau Shazuan yang sama bila balik ke Malaysia nanti", pesan ku kepada Shazuan.Suaraku bertukar serak basah kerana kesedihan.

Kenderaan yang menghantar Shazuan mula keluar meninggalkan perkarangan rumah.Tiada siapa yang tinggal di sini kecuali diriku sendiri. Aku berharap perjalanan Shazuan ke KLIA selamat dan dipermudahkan.Aku mula memasuki rumah Shazuan yang mulai sunyi,tiada apa-apa suara lagi yang kedengaran kecuali bunyi tapak kakiku sendiri.Dalam tidak sedar airmataku masih mengalir di pipi.

REMAJA 2011Where stories live. Discover now