CHAPT 7 - MESEJ

334 9 0
                                    

Aku,Shazuan dan kedua ibubapaku telahpun selamat tiba di rumah Shazuan di Rembau.Begitu riang wajah ibu dan ayahku apabila menjejakkan kaki mereka ke sini semula.Mereka akan berada di sini sekurang kurangnya seminggu sebelum kembali semula ke Kajang.

Sementara ayah dan ibuku berehat di ruang tamu,aku dan Shazuan pula mengemas bilik adik-adik Shazuan yang kini dijadikan sebagai bilik tetamu.Ibu dan ayahku akan menggunakan bilik ini,tambahan pula tandas sudah tersedia di dalam.Selepas itu akan dan mereka semua ke pasaraya terdekat untuk membeli barangan basah.

Kehadiran kedua orang tuaku disini disambut mesra oleh Uncle Adnan dan Untie Esah.Maklumlah mereka hampir sebaya,dapatlah mereka berbual panjang sementara orang tuaku berada di sini.Dalam masa yang sama juga,aku mengarahkan Shazuan menyapu daun gugur yang berselerakan di halaman rumah.

Keputusan SPM Shazuan akan diumumkan pada minggu hadapan. Selepas itu Shazuan akan bekerja part time dengan En Firdaus sementara menanti permohonannya ke institusi pengajian tinggi.Sebagai seorang abang, aku berharap Shazuan akan mendapat keputusan yang lebih cemerlang dariku.
--------------------------------------------------------------
Sejak beberapa hari ini Shauki kelihatan muram sahaja.Entah mengapa dia rasakan tidak begitu bersemangat.Segalanya bermula selepas Shazuan pulang ke Rembau, Shauki seperti kehilangan arah. Bukannya dia tiada kawan lain di sini, ramai sahaja.Tetapi apabila bersama Shazuan dia berasa sangat selesa. Mungkin Shauki dan Shazuan sekepala berangkali.

Esok keputusan SPM akan diumumkan, dia sudah meneka bagaimana keputusannya esok.Dia sedar dirinya bukanlah pandai seperti Shazuan. Tetapi Shauki tertarik dengan kata-kata Shazuan tempoh hari,kegagalan pada hari ini bukan penentu masa depan.
Kemudian Shauki membelek handphonenya dan menghantar mesej kepada Shazuan.
--------------------------------------------------------------
Aku ketika ini bersantai sahaja di ruang tamu sambil menonton tv. Ibu dan ayahku pula berada di rumah Uncle Adnan berbual.Memang begitulah rutin kedua orang tuaku apabila berada di sini.Rumah Uncle Adnan dijadikan tempat berbual,mereka hanya akan pulang ke rumah ini untuk berehat dan tidur sahaja.

Shazuan pula sedang sibuk menyiapkan pakaiannya untuk mengambil keputusan SPM esok. Meskipun dia hanya sebentar sahaja berada di sana,namun penampilannya perlu dijaga.Dia seperti kawan-kawannya yang lain,berdebar menanti keputusan yang bakal diumumkan esok.

Bosan melihat rancangan yang disiarkan di tv,aku membuat keputusan untuk membuka komputer dan melayari laman sosialku,MySpace. Agak lama juga aku tidak membuka MySpaceku.Kemudian aku perasan bahawa ada mesej yang masuk dan aku membacanya,

"Thanks Wafi.Aku tak sangka kau masih ingat lagi kat aku walaupun dengan apa yang aku cuba buat dekat adik angkat kau,Shazuan dulu.Aku sekarang dah bekerja Wafi,kerja kilang je lah kat Tanjung Malim.Aku harap hidup kau semakin baik dari dulu.Rindu kau bro.
Ni no aku 012-23456789" - Amir
--------------------------------------------------------------
Wan,buat apa dah tido ke? - Shauki

Shazuan baru menyedari Shauki menghantar pesanan kepadanya kira-kira setengah jam yg lepas.Lantas dia segera membalas mesej kawannya yang baru dikenali itu.

Sorry Shauki,aku baru lepas iron baju untuk esok.Kau buat apa tu? - Shazuan

Uishh.Kau pakai kemeja ke amik result esok? Aku kat rumah takde mood lah nak lepak mamak - Shauki

Haah,aku pakai kemeja esok.Lah? Kenapa? Kau ada masalah ke Shauki?
- Shazuan

Bosan bila kau takde.Rasa rindu pulak Hahaha. - Shauki

Eleh.Mengadalah kau.Ajak lah awek kau keluar. - Shazuan

Keluar dengan awek tak sama macam keluar dengan kau.Dengan kau boleh gila-gila.Dengan awek tak boleh.
- Shauki

Kau ada masa datang je lah rumah aku. Ada bilik kosong sini. - Shazuan

Rumah kau jauhlah Wan.Lagipun aku seganlah. - Shauki

Kalau macam tu tak payah la cakap rindu kat aku.Hahahaha.Nak segan apa? Kat rumah ni aku berdua je dengan abg Wafi. - Shazuan

Eh,kenapa bang Wafi duduk rumah kau.Mak ayah kau mana? - Shauki

Mak ayah aku dah meninggal sebelum PMR.Dorang accident sekali dengan 2 orang adik aku.Abg Wafi memang anak angkat family aku.Sekarang ni dialah yang jaga aku kat rumah ni. - Shazuan

Oh,baru aku tahu.Kau tak cerita pun. Bang Wafi ada lagi aku segan nak datang. - Shauki

Dia okay je lah.Lagipun dia kenal kau rasanya dia takde masalah kot - Shazuan

REMAJA 2011Where stories live. Discover now