𝗦𝗠𝗞 𝗗𝗘𝗟𝗜𝗠𝗔 𝗣𝗨𝗧𝗥𝗜
••
•
•
𝗣𝗮𝗴𝗶 yang indah lagi nyaman dengan suasana sekolah yang tenang bagaikan tiada masalah sedangkan ada . Di serata pelusuk bangunan kedengaran suara guru-guru sedang mengajar .
“ Arman cikgu Farhan panggil 𝙍𝙮𝙠𝙖𝙡 𝘼𝙙𝙮𝙖𝙣 5 Sarjana . Kata dekat dia cikgu nak jumpa dia dekat bilik guru sekarang ”
“ Okayh ” Arman melangkah keluar dari pejabat setelah urusanya selesai .
5 𝐒𝐚𝐫𝐣𝐚𝐧𝐚
𝘛𝘰𝘬 𝘛𝘰𝘬 !
“ Okay homework harini– ”
“ Assalamualaikum cikgu , maaf ganggu ..err cikgu Farhan panggil Rykal pergi bilik guru sekarang ” katanya sopan
Pen di tangan di letaknya lalu Rykal berdiri dan meminta izin untuk keluar sebentar untuk berjumpa dengan cikgu Farhan.
Sedang dia berjalan sambil tangan kanan di masukkan ke dalam kocek seluar . Dengan tak sengaja dia terlanggar sesuatu.
𝘗𝘢𝘱 !
“ Ish lah time ni la nak jatuh pun ! ” dengan cepat gadis itu mengutip kesemua buku-buku yang berterabur di atas lantai . Rykal melihatnya tetapi di biarkan . Malas
Baru sahaja Rykal ingin pergi , tiba-tiba langkahnya terhenti tatkala mendengar suara seseorang.
“ Hoi kau dah la langgar aku , kau tak minta maaf pun ! dah la langgar tolong pun tak . Benci lahhh ” jeritnya biar semua orang dalam sekolah itu dengar . Sakit hatinya bila dia mahu cepat pergi ke kelas tiba-tiba ada mamat mana entah main langgar lepas itu tak tahu tolong.
Rykal pusing tubuh menghadap gadis tadi . Pendek betul . Matanya terus tertumpu pada name tag gadis itu . Dibaca nama tersebut di dalam hati .
‘ 𝘽𝙪𝙣𝙜𝙖 𝙄𝙨𝙖𝙗𝙚𝙡𝙡𝙖 ’
Matanya kembali menatap wajah gadis di hadapanya. Cantik , manis orangnya seperti nama .
Gadis itu hairan dengan lelaki di hadapanya sekarang.Dahi di kerutkan . Sekali lagi dia cuba memanggil untuk mengejutkan Rykal yang masih tak habis tenung wajahnya .
“ Hoi ! kau dengar tak ?! ...alamak main tenung-tenung pulak kau ..nak lawan mata cakap kita boleh fight tak ada hal ”
Terus sedar Rykal bila di sergah begitu. Cuba mengawal rasa gemuruh .
“ Aku tak langgar kau ” ringkas , padat dan tidak betul . Membulat mata dia bila dengar Rykal menyatakan kenyataan yang memang dia sudah lakukan . Wahh dasar ini anak .
“ Eh-eh hello ..kau langgar aku kot bila masanya pulak kau tak langgar ? ” ni benci ni , orang bila dia rasa dia sorang ja nak betul ini la jadi . Langgar tapi nafikan . Hek elehhh.
Rykal berfikir sejenak sebelum kembali menatap gadis itu .
“ Oh kau ke aku ingat dinding yela kau pendek sangat ” mendatar sahaja Rykal membalas
Hah ni yang berapi-api ni , pantang nenek moyang aku main ketinggian ni.
“ Wah-wah kau mulut tak ada insurans kan ? sedap je kau kata aku pendek. Hello aku 154 cm kot ! tinggi apa ” tak nak kalah
Rykal senyum sinis . Tinggi ? Really ? . Rykal cuba dekatkan dirinya sedikit dengan gadis itu lalu tubuh di bongkokkan sedikit untuk menyamai paras dengan gadis tersebut.
“ I'm 187 cm ” bisik Rykal
Terkejut beruk dia bila tahu tinggi Rykal . Ini orang ke zirafah ? bapak tinggi macam KLCC ! .
Dia berdeham sedikit sebelum memusingkan badanya lalu ingin pergi.“ Lain kali cermin dulu ” kata Rykal sengaja ingin memanaskan hati gadis itu .
“ Diam arh kau ”
Setelah kelibat gadis itu hilang dari pandangan, Rykal meneruskan semula perjalanannya untuk ke bilik guru .
Sesampainya dia di depan bilik guru lelaki , tanpa membuang masa terus dia menapak masuk ke dalam . Dari jauh sudah nampak cikgu Farhan sedang menanda buku-buku tingkatan 3 .
“ Cikgu panggil saya ? ”
“ Haah ya duduk-duduk ” pelawa cikgu Farhan.
Kerusi di hadapanya di tarik lalu punggung di labuhkan
“ Cikgu nak ambil kamu jadi ketua boleh ? ”
Rykal bingung . Dahinya berkerut . Ketua ? .
“ Kenapa cikgu ? ” katanya datar
Cikgu Farhan menghela nafas. Tangan di silangkan ke dada.
“ Haih cikgu suruh orang lain jadi diorang tak nak banyak alasan bagi sebab itu lah cikgu panggil kamu . Boleh eh Rykal ? ”
“ Untuk apa ? ” soalnya
“ Camping ”
Memang patutlah diorang tak nak . Berkhemah kot sapa ja mau . Nak kena jaga junior lagi memang sakit otak la .
Cikgu Farhan masih menunggu jawapan yang bakal keluar dari mulut Rykal . Berpeluh-peluh dirinya tika ini takut-takut Rykal menolak .
Rykal berfikir sejenak. Nak pergi ke tak nak . Macam nak eh tak nak ..tapi macam best .
“ Saya terima tawaran cikgu ”
“ YES ! ” terjatuh kerusi yang cikgu Farhan duduk. Happy sangat sampai tidak sedar kesemua cikgu di dalan bilik guru itu sedang melihatnya.
“ Err maaf-maaf ...ehem ! kalau macam itu setujulah ye . Okay esok cikgu kenalkan dengan pembantu kamu ”
“ Who ? ” soal Rykal hendak tahu .
“ Nanti cikgu kenalkan sekarang ni pergi masuk kelas sebab cikgu ada kelas kejap lagi ni ”
Mendengar itu Rykal tidak membantah malah hanya menurut . Cikgu kan , kang lawan biadab pulak .
Terus Rykal bangun dari duduk dan berlalu pergi ke kelasnya . Hatinya tertanya-tanya siapakah pembantunya nanti .
‘ Harap berguna lah ’ desis hatinya .
* Haluuu sebelum itu kalau ada typo maafkan saya..saya manusia penuh dengan kesilapan dan kekurangan 🙏
YOU ARE READING
30 𝖣𝖺𝗒𝗌 𝖶𝗂𝗍𝗁 𝖫𝗈𝗏𝖾𝗋 [ 𝐎𝐆 ]
Random𝑹𝒚𝒌𝒂𝒍 𝑨𝒅𝒚𝒂𝒏 > 𝑩𝒖𝒏𝒈𝒂 𝑰𝒔𝒂𝒃𝒆𝒍𝒍𝒂🦋 --------------------------------------------------------------- Apabila nasib kedua mereka tidak baik , mereka tersesat di sebuah gunung sewaktu mereka mahu berangkat pulang dari perkhema...