𝓑𝓪𝓫 5♥︎

28 8 0
                                    


“ 𝗔𝗽𝗮 𝗶𝗱𝗲𝗮 𝗸𝗮𝘂 ? ”

“ kau tengok je nanti ” kata Fiqah sambil tersenyum sinis .

              𝗕𝗲𝗹𝗹𝗮 yang sedang elok mendengar muzik tiba-tiba di ganggu oleh sesuatu . Terasa seperti ada satu lembaga hitam sedang berjalan di luar khemahnya .

“ Budak form mana dok berkeliaran kat luar ni? ”

𝙂𝙪𝙡𝙥 !

Liur di telah pahit.Bulu romanya mula berdiri dengan tegak . Seram sejuk dirinya sekarang. Sudahlah hanya dia seorang sahaja di dalam khemah tersebut.

Kelibat lembaga tadi masih di luar dan kini lembaga tersebut berdiri betul-betul di hadapan khemah Bella . Oleh kerana Bella memasang lampu di dalam khemah , jadi ia amat mudah untuk melihat lembaga tersebut hanya kerana bayang-bayang si lembaga .

Dengan perlahan zip khemah di buka oleh Bella . Getaran tanganya dia kawal . Jantung berdetak dengan teramat laju . Keringat di dahi di biarkan sahaja . Bella masih membuka zip tetapi dengan agak perlahan. Mulut tidak henti-henti membaca surah yang di ingatnya .

𝙕𝙖𝙥

Zip sudah terbuka sepenuhnya . Sebelum Bella menjengukkan kepala ke luar , sempat dia mengerling jam di telefon miliknya .

11:58 p.m.

lagi dua minit untuk pukul 12 tengah malam . Di beranikan diri untuk keluar dari khemah.

Sunyi sepi . Tiada langsung bayang orang . Semua pelajar sudah lena dibuai mimpi manakala dia masih berjaga dan kini dia berada di luat . Keseorangan .

Anak matanya meliar sekeliling mencari siapa gerangan makhluk yang cuba menakutkan dirinya namun usahanya sia-sia kerana tiada seorang pun berada di luar hanya dia sahaja . Jadi siapakah dia ?

𝙆𝙧𝙚𝙠 !

Dengan pantas Bella pusing tubuh ke belakang menghadap pokok-pokok . Tidak henti-henti mulutnya membaca ayat kursi . Jantungnya seakan mahu tercabut apabila merasakan sesuatu di belakang. Seperti deruan nafas seseorang. Agak panas. Makhluk itu semakin hampir dengan Bella. Semakin dekat semakin Bella takut.

Entah dari mana datangnya keberanian dia untuk menoleh ke belakang menghadap makhluk tersebut. Bella pusing dan ...

“ ARHHHHH JANGAN MAKAN AKU !! AKU TAK KAHWIN LAGI TOLONG !! ” jerit Bella kuat .

Cepat-cepat Rykal menutup mulut Bella menggunakan tapak tangan .

“ Shhhhh jangan bising bodoh ! nanti form lain terjaga ” bisik Rykal di tepi telinga Bella.

Bella buka mata . Tangan Rykal yang masih menutup mulutnya di tepis kasar . Tajam dia memandang Rykal.

“ Kau ingat lawak ke buat macan tu ? kalau ye pun benci aku jangan la sampai nak takutkan aku ! benci tau tak !! ” tersembur kesemua amarahnya tika ini . Rykal garu kepala .

Dia tiada niat pun mahu menakutkan gadis itu tetapi dia mahu mengajak gadis itu menemani dia sahaja .

Bella sudah mengalirkan air mata . Rambutnya yang kusut dan tidak di ikat di biarkan . Bertambah bersalah Rykal di buatnya . Aduh nak buat apa ni ?

“ Huaaaa !! aku benci kau Rykal sumpah aku tak akan maafkan kau sampai bila-bila ” tersedu-sedu dia menangis. Biarlah buruk pun mukanya dia tidak kisah yang dia tahu ini semua salah lelaki di hadapanya sekarang.

30 𝖣𝖺𝗒𝗌 𝖶𝗂𝗍𝗁 𝖫𝗈𝗏𝖾𝗋 [ 𝐎𝐆 ]Where stories live. Discover now